Diam tak diam dah masuk hari rabu dlm minggu ke-2 kita berpuasa. Cepat benar masa berlalu kan? Ok entry kali ini sy nak share resepi mee rebus yg sy dpt dr blogger cik Mat Gebu kita. Katanya mee rebus ala Singapura. Sebenarnya sy mmg teringin nk mkn mee rebus. Kt tmpt kerja asyik dok terbayang jer nak uat juadah berbuka. Godek kt tenet ada byk resepi tp hati tertarik dgn CMG nyer resepi hehehe..mmg sedap! tak rugi sy mencuba ;) Nnt bolehla masak utk juadah rumah terbuka time raya.
Kek gula hangus pun pertama kali sy cuba. Itu pun sbb teringin, mak 'Buyung' ler katakan huhu..asyik teringin memanjang jer ek ;)) Seb baiklah rajin ke dapur. Kalau tak beli ajerlah jwbnya...
Setelah 3 bln tak heat-up Zanussi kesygan sy tu skrglah masa dia bekerja semula. Oven tu hb hadiahkan so mmg masih baru lg. Bfr sy preggy adalah beberapa kali membakar kek tp ada satu masalah yg sy hadapi..api atas terlalu panas menyebabkan bhgn atas kek cpt hangus. Kemudians sy dpt tips dr sorang colleague bagaimn nak mengatasinya. Rupanya bahagian atas tu kena balut dgn kertas foil barulah hasil pembakaran biskut dan kek kita tdk cepat hangus di bahagian atas. Terima kasihla pd colleague tu yg sudi berkongsi tips dlm baking.
Resepi Mee Rebus Udang
Bahan-bahan (5 orang)
500g mee kuning
2 kpg tauhu, digoreng dan dihiris
3-4 biji telur rebus, belah dua
Limau kasturi
Taugeh, dicelur
2-3 kelopak salad - dihiris
Hirisan cili (sy suka cili padi)
Bawang goreng dan hirisan daun sup/bawang
250g udang sederhana besar
Bahan-bahan kuah:
3 ulas bawang putih*
6 biji bawang merah*
1/2 cm halia*
2 cmb udang kering, rendam 10 minit & toskan
2 cmb taucu, dicuci & ditoskan (kisar halus)
2 cmb rempah kari, bancuh dgn sedikit air
1 btg serai, dititik
1 inchi lengkuas, dititik
3 biji kentang (sy tukar dgn keledek-rasa kuah lbh manis)
1 cmb tpg gandum, bancuh dgn sedikit air (optional)
Cara-cara:
1- Sediakan stok udang. Rebus kulit udang. Tuang air, masukkan belahan bawang besar dan lobak merah. Renih 30 minit. Tapis ambil air rebusan.
2-Dalam periuk, tuang 1/2 cwn minyak masak, goreng udang yg telah dikopek selama seminit. Angkat dan toskan. Dgn minyak yg sama masukkan serai dan lengkuas diikuti bahan-bahan kisar, rempah kari dan taucu. Tumis hingga naik bau.
3- Tuangkan air rebusan udang, dan keledek lecek. Perasakan dgn gula dan garam secukupnya. Masak hingga kuah pekat. Boleh masukkan tepung gandum jika suka.
Alhamdulillah, menjadi gak sarang tu sampai semut pun suka ;P Sy peram sampai 8 jam! hehe...tidur dulu pastuh bgn sahur kui 4am baru sy bakar kek ini ;) |
Kek Gula Hangus
Bahan-bahan:( sesuai utk loyang 6'- kalau nak byk double
kan bahan2)1/2 cwn gula
1 cwn air panas
2 sdb butter
*Gula digoreng dgn api sederhana. Bila gula berwarna perang, masukkan air panas (hati-hati akan meletup sikit). Kacau hingga gula larut dan tuangkan baki air panas. Kacau hingga sekata. Tutup api. Masukkan mentega dan kacau sampai mentega cair. Sejukkan.
4 biji telur
1 cwn susu pekat
1 cwn tepung gandum
2 sdk soda bikarbonat
1 sdk esen vanilla
Cara:
1- Pukul telur sampai kembang dan pekat
2-Masukkan susu pekat, kacau hingga sebati
3-Masukkan tpg dan soda bikarbonat yg tlh diayak
4-Tuang esen vanila
5- Masukkan gula hangus
6-Perap adunan ini selama 3-4 jam (bertutup)
7-Bakar selama 60 minit sshu oven 160'c api bawah shj. Baki 10 minit terakhir bakar api atas dan bawah.
No comments:
Post a Comment