Sunday, October 9, 2011

Ayam Panggang Tomato

Sejak seminggu ni cuaca mendung dan hujan di kawasan sy. Dah masuk musim tengkujuh bila masuk bulan Oktober. Bila sejuk2 nie perut mulalah berdondang sayang cepat lapar hehe...Hari nie cuba resepi ayam panggang. Sebenarnya sy dah dpt resepi ayam panggang nie lama dah tp tak ada masa nak memanggang ayam. Lagipun masa first 3 months preggy fida tgk ayam pun dah kembang2 tekak. Sedap rasa ayam panggang tomato nie. Masin,pedas dan manis dgn perisa rempah2 dan tomato. Semlm tgk kt SOGO ada baby potato, sy beli dan hari nie sy bakar skali dgn ayam. Selalu fida tgk kt resepi mat saleh mereka mmg suka bakar potato. Rempah utk membakar kentang ni mudah sahaja. Campak shj bwg putih yg diketuk, herba rosemary, serbuk blackpaper dan sedikit garam. Dan jgn lupa juga minyak zaiton. Bakarlah dlm jangka masa 15-20 minit suhu ketuhar 170'C.


Ayam Panggang Tomato

BAHAN2:
Bahan untuk kuahnya(ayam bersaiz 800g)
1/2 labu bawang merah sederhana dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
3 inci halia dikisar
1 biji cili hijau dikisar
sedikit kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang
4 sudu besar tomato dalam tin( atau tomato biasa 2 buji besar)
1 sudu kecil serbuk cili
1/2 sudu kecil cajun
sedikit rosmary
1 sudu besar madu
sedikit garam
1 sudu besar marjerin
bijan hitam untuk hiasan

Bahan perapan:
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
sedikit kunyit
sedikit garam

Cara-cara:
1-Bersihkan ayam dan lumurkan dengan bahan perapan.
2-Sementara itu kisar semua bahan yang perlu dikisar
3-Masukkan mentega didalam periuk setelah cair dan panas masukkan bahan kisar dan kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang. tumis sebentar.
4-Masukkan serbuk cili yang telah dibancuh sedikit air, masak sebentar
masukkan serbuk cajun, rosemary, tomato.
5-Setelah itu masukkan madu dan masukkan garam. ingat garam pun ada pada ayam yang diperap jadi hati2 dengan rasanya.
6-Setelah itu tutup api dan lumur pada ayam yang diperap tadi. taburkan bijan hitam.
7-Bakar dalam oven 180 selama 20 minit . Kemudian terbalikkan ayam dan letakkan kuah ayam tadi diatas ayam supaya ayam tidak kering.
8-Bakar lagi 30 minit dengan api 170. jika masih belum perang dan masak boleh tambah masa mengikut oven masing2. siap untuk dihidang.


No comments: