Showing posts with label Kek Lapis. Show all posts
Showing posts with label Kek Lapis. Show all posts

Friday, November 23, 2012

I see green.

N3 kali nie semua ttg hijau/kehijauan hehe..


Masa melawat Kluang sempat  singgah satu kwsn perladangan nie. Menyegarkan! Fikiran pun rasa tenang sebab ku lihat hijauuu... (sebut mcm Zainal  Abidin nyanyi ok ! ) Di kawasan ladang organik tersebut ada tanaman herba yg pelbagai jenis dimn kebanyakkannya sy jarang jumpa. Selain itu terdapat ladang buah  Mulberry (spesis strawberry-bila kt sini terasa cam kat oversea la plak hehe..),buah Markisar, buah dragon,  rumah cendawan,nursery dan ladang ternakan itik, ayam  belanda dan juga arnab.

Andai penat  nak berjln kt situ ada juga disediakan basikal (ladang organik nie mmg  luas). Pastu  kalo nak hilangkn dahaga bolehla singgah ke cafe mereka yg menyediakan minuman segar jus buah-buahan organik.

Pendek kata sy mmg suka kwsn ladang tersebut. Insya'allah ada masa nnt nak bawa family plak :)

Ladang Mulberry. Takyah  g  oversea kt tmpt kita  pun dah ada ;)

Buah Mulberry sdg masak ranum tunggu masa dipetik..

Pokok Misai Kucing juga byk ditanam di ladang organik ini. Misai  Kucing satu herba yg byk khasiat antaranya mengubati penyakit kencing manis. 
Yg  ini  pula buah Strawberry India.  Tanaman ini juga adalah tanaman herba yg byk khasiatnya.
~RESEPI  PILIHAN~
Dah citer ttg topik hijau nie so fida masukkan skali lah resepi yg berasaskan tanaman hijau gak dlm N3 nie. Dah lama sy tak masukkan N3 resepikan? Resepinya ialah Kek Lapis Hijau Segar (memandai tukar nama hehe..asal nama kek lapis tu ialah kek lapis evergreen sumber resepi dr sifu kek lapis diinternet siapa lg kalau     bukan kak Dayang Jack).


Terbaeeklah. Kek  lapis kali nie alhamdulillah  menjd
sprt  yg diinginkan. Tekstur  yg lembab dan rasa  yg  enak.

Dengan aroma daun pandan dan
rasa lemak manis santan serta kaya, kek nie mmg dpt memuaskan hati peminat kek  berasaskan  pandan :)


Cara -cara :
  1. Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang. (high speed)
  2. Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega bersama susu pekat hingga putih berkrim. Kemudian masukkan serbuk santan dan putar lagi hingga sebati.
  3. Satukan adunan telur dan mentega tadi. Sebatikan.
  4. Setelah itu masukkan serikaya, pes pandan dan horlicks. Gaul-gaulkan sebati.
  5. Akhir sekali masukkan tepung dan esen vanilla. Kacau hingga betul-betul sebati.
  6. Sediakan loyang yang telah disapu dengan mentega disekelilingnya. Tuangkan sedikit adunan dan ratakan (anggaran 5 sudu makan). 
  7. Bakar lapisan pertama sehingga bertukar warna keperangan (dengan menggunakan api atas). Ulangi proses hingga habis.
  8. Untuk lapisan terakhir, bakar sekejap dengan menggunakan api atas sehingga keperangan dan barulah dipasangkan api bawah selama 10 minit. 
  9. Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.
  10. Cara-cara menyimpan kek : alaskan dengan kertas serap minyak, balutkan dengan cling wrap dan simpan dalam bekas yg bersesuaian. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk. 






Sunday, July 22, 2012

Ramadan yang bermakna

Alhamdulillah, bertemu lg Ramadan Al-Mubarak. Cepat jer masa berlalukan? Last year sy dpt berpuasa penuh walaupun hamilkan Qaseh 5 bln. Tahun ni plak berpuasa dgn kehadiran si kecil tentulah lbh bermakna lg utk sy dan hb.Selain itu rumah baru utk kedua orgtua sy dh pon siap dan kami semua gembira dpt menduduki rumah baru tu pd 1 ramadan semlm. Bahagia melihat kegembiraan kedua orgtua sy yg seronok dpt sebuah rumah baru yg ditunggu sekian lama. Ya, bahagia bkn shj bersandarkan pd harta benda dan sebagainya. Sebaliknya bahagia ialah bila kita gembira dpt menyebabkn org lain gembira.

Sebelum blk ke kg myambut bln puasa yg kebetulan jatuh pd hujung minggu, sy sempat membakar kek lapis Sarawak. Dah lama sy tak melapis. Bila dh start jer melapis wah pasni insya'allah ada jerla kek lapis yg lain yg akn myusul. Bkn apa dh lama tak melapis sbb hamil last year n awl thn bersalin so takder masa nak buat ratu kek utk segala kek nie hehe...maklumla nk melapis ni memerlukan kesabaran yg tinggi. Syukur jd gak kek lapis india atau lbh dikenali dgn panggilan kek lapis Cadbury. Rasa kek ni mmg sedap!



Bunga orkid ayh tanam....
Alhamdulillah Ramadan 1433 n Syawal ini dptla orgtua sy beraya di rumah baru mereka 
Lil qaseh bersama sepupu sepapat @ rumah baru nenek...

Resepi kek lapis India@Cadbury


Bahan-bahan: loyang 9" x 9"
  • 450g mentega berkualiti tinggi 
  • 120g tepung hong kong / tepung gandum (diayak)
  • 220g gula halus
  • 10 biji telur 
  • 100g tepung biskut marie
  • 65g serbuk horlicks
  • 50g serbuk santan (1 peket)
  • 300g susu pekat manis
  • 2 bungkus kepingan coklat Cadbury
  • pewarna kuning - optional
Cara-cara:
  1. Sediakan loyang kek dan griskan dengan mentega.
  2. Putar mentega dan gula hingga kembang dan berkrim.
  3. Masukkan telur satu persatu sambil diputar perlahan.
  4. Masukkan tepung biskut marie, horlicks dan tepung, santan dan susu pekat sedikit demi sedikit. Putar lagi hingga sebati. Masukkan pewarna kuning jika suka. Kacau lagi sebati.
  5. Ambil 7 sudu besar adunan dan ratakan ke dalam loyang dan bakar hingga keperangan.
  6. Ulangi lapisan dan susunkan kepingan coklat pada setiap lapisan yang ketiga. 
  7. Sejukkan kek sebelum dipotong.





Wednesday, August 24, 2011

Kek Lapis Strawberry Keju

Sy buat lg kek lapis yg enak ini demi memenuhi permintaan adik yg mengajar di JB. Katanya ada seorg rakan sekerjanya yg pregnant teringin nk mkn kek itu. So sy apa lg tak sampai hati jd sy buatkanlah utk adik dan poskan 2 buku (biasa dijual dlm RM25) ke JB. Untuk resepinyer ada pd entry yg lepas..



Tuesday, August 16, 2011

Kek Lapis Sarawak Asam Manis

 Kek Lapis Asam Manis (Haw Flakes) kukus
Mkn sepotong demi sepotong tak sedar dh abeh huhu...

Sy sanggup menunggu 4 jam utk mengukus dan melapis satu demi satu sbb suka dgn kek lapis nie..

Walla, mmg sedap dan lembab jer kek lapis kukus asam manis nie. ini kegemaran semua dlm family sy terutama adik lelaki dan hb. Rasanya yg manis, masam dgn aroma wangi dr tepung biskut merrie mmg membangkit selera. Tambah lagi dgn rupanya yg menawan itu ;)

Kek Lapis Asam Manis kukus
Bahan-bahan : (loyang 8 x 4.5 x 4.5)
  • 2 cawan biskut marie yang sudah dikisar dan diayak sebanyak 1 kali
  • 4 biji telur A (sejuk)
  • 180 g gula kastor (boleh juga tambah jika suka manis)
  • 4 sb susu pekat manis
  • 1 sb ovalette
  • 2 sb horlicks - optional
  • 125 ml susu segar (sejuk)
  • 1 sk esen vanilla
  • 80 ml minyak jagung
  • 1 sdb Strawberry emulco
  • kepingan asam manis/hawflake secukupnya (Sy guna sebesar duit 50 sen)
  • sedikit pewarna hijau (warna lain pun ok)
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Sediakan loyang kek. Sapukan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Seelok-eloknya loyang dialas dengan kertas serap minyak.
  2. Satukan kesemua bahan (kecuali minyak jagung, hawflake dan pewarna) di dalam mangkuk adunan. Putar hingga kembang dan gebu.
  3. Kemudian masukkan minyak jagung dan kacau sebati dgn menggunakan spatula/senduk kayu. 
  4. Bahagikan kepada dua bahagian (lebihkan sedikit adunan untuk lapisan hijau). Bubuhkan pewarna hijau/pes pandan dan satu bahagian lagi diwarnakan kuning. Untuk lapisan hijau dan kuning, bahagikan lagi adunannya kpd beberapa bahagian mengikut saiz loyang agar lapisan menjadi sama rata.
  5. Tuangkan lapisan pertama (hijau) ke dalam loyang dan susunkan hawflake di atasnya (JANGAN DITEKAN). Kemudian, kukuslah hingga adunan dah tak cair (lebih kurang 5-7 minit). Tuangkan lapisan merah (strawberry) dan susunkan hawflake diatasnya dan kukus(jika tidak gemar manis sgt boleh susun Haw Flakes berselang dua lapisan). Ulangi proses hingga habis. Untuk lapisan terakhir, kukuslah selama lebih kurang 20-25 minit lagi atau sehingga kek masak sempurna. (untuk mengelakkan air menitik ke dalam adunan, tutuplah loyang dgn kertas foil, atau balutkan penutup kukus dgn menggunakan tuala). 
  6. Setelah masak, tutupkan api. Keluarkan loyang dan sejukkan kek sebelum dipotong.



Friday, February 4, 2011

I see red,limes and lion dance! ;)


Yesterday was Chinese new year so i decided to bake moist chocolate cake with orange flavour and Lapis haw flakes. I love the orangie taste mix with chocolate, it really delicious with cake ;-)
My brother loves haw flakes layer cake so i baked one for him. It was so nice sitting at the balcony of my parent's house and watch my favorite orchids while eating a slice of chocolate cake and Haw Flakes Lapis cake with my favorite drink.
A day before CNY i brought my niece to the town and shot some of her candid photos. She's so cute and adorable and chinese look. Always people thought she is chinese girl huhu...