Showing posts with label mee. Show all posts
Showing posts with label mee. Show all posts

Wednesday, August 10, 2011

Mee rebus dan kek gula hangus

Diam tak diam dah masuk hari rabu dlm minggu ke-2 kita berpuasa. Cepat benar masa berlalu kan? Ok entry kali ini sy nak share resepi mee rebus yg sy dpt dr blogger cik Mat Gebu kita. Katanya mee rebus ala Singapura. Sebenarnya sy mmg teringin nk mkn mee rebus. Kt tmpt kerja asyik dok terbayang jer nak uat juadah berbuka. Godek kt tenet ada byk resepi tp hati tertarik dgn CMG nyer resepi hehehe..mmg sedap! tak rugi sy mencuba ;) Nnt bolehla masak utk juadah rumah terbuka time raya.




Kek gula hangus pun pertama kali sy cuba. Itu pun sbb teringin, mak 'Buyung' ler katakan huhu..asyik teringin memanjang jer ek ;)) Seb baiklah rajin ke dapur. Kalau tak beli ajerlah jwbnya...
Setelah 3 bln tak heat-up Zanussi kesygan sy tu skrglah masa dia bekerja semula. Oven tu hb hadiahkan so mmg masih baru lg. Bfr sy preggy adalah beberapa kali membakar kek tp ada satu masalah yg sy hadapi..api atas terlalu panas menyebabkan bhgn atas kek cpt hangus. Kemudians sy dpt tips dr sorang colleague bagaimn nak mengatasinya. Rupanya bahagian atas tu kena balut dgn kertas foil barulah hasil pembakaran biskut dan kek kita tdk cepat hangus di bahagian atas. Terima kasihla pd colleague tu yg sudi berkongsi tips dlm baking.

Resepi Mee Rebus Udang

Bahan-bahan (5 orang)
500g mee kuning
2 kpg tauhu, digoreng dan dihiris
3-4 biji telur rebus, belah dua
Limau kasturi
Taugeh, dicelur
2-3 kelopak salad - dihiris
Hirisan cili (sy suka cili padi)
Bawang goreng dan hirisan daun sup/bawang
250g udang sederhana besar

Bahan-bahan kuah:
3 ulas bawang putih*
6 biji bawang merah*
1/2 cm halia*
2 cmb udang kering, rendam 10 minit & toskan
2 cmb taucu, dicuci & ditoskan (kisar halus)
2 cmb rempah kari, bancuh dgn sedikit air
1 btg serai, dititik
1 inchi lengkuas, dititik
3 biji kentang (sy tukar dgn keledek-rasa kuah lbh manis)
1 cmb tpg gandum, bancuh dgn sedikit air (optional)

Cara-cara:
1- Sediakan stok udang. Rebus kulit udang. Tuang air, masukkan belahan bawang besar dan lobak merah. Renih 30 minit. Tapis ambil air rebusan.
2-Dalam periuk, tuang 1/2 cwn minyak masak, goreng udang yg telah dikopek selama seminit. Angkat dan toskan. Dgn minyak yg sama masukkan serai dan lengkuas diikuti bahan-bahan kisar, rempah kari dan taucu. Tumis hingga naik bau.
3- Tuangkan air rebusan udang, dan keledek lecek. Perasakan dgn gula dan garam secukupnya. Masak hingga kuah pekat. Boleh masukkan tepung gandum jika suka.




Alhamdulillah, menjadi gak sarang tu sampai semut pun suka ;P Sy peram sampai 8 jam! hehe...tidur dulu pastuh bgn sahur kui 4am baru sy bakar kek ini ;)

Kek Gula Hangus

Bahan-bahan:( sesuai utk loyang 6'- kalau nak byk double
kan bahan2)
1/2 cwn gula
1 cwn air panas
2 sdb butter
*Gula digoreng dgn api sederhana. Bila gula berwarna perang, masukkan air panas (hati-hati akan meletup sikit). Kacau hingga gula larut dan tuangkan baki air panas. Kacau hingga sekata. Tutup api. Masukkan mentega dan kacau sampai mentega cair. Sejukkan.
4 biji telur
1 cwn susu pekat
1 cwn tepung gandum
2 sdk soda bikarbonat
1 sdk esen vanilla

Cara:
1- Pukul telur sampai kembang dan pekat
2-Masukkan susu pekat, kacau hingga sebati
3-Masukkan tpg dan soda bikarbonat yg tlh diayak
4-Tuang esen vanila
5- Masukkan gula hangus
6-Perap adunan ini selama 3-4 jam (bertutup)
7-Bakar selama 60 minit sshu oven 160'c api bawah shj. Baki 10 minit terakhir bakar api atas dan bawah.




Saturday, August 6, 2011

Hari santan sedunia ;))

Hb sy suka bangat makanan yg berasaskn santan. Maklumlah org nogori ;PP tp sy plak lah yg susah hati nnt kolestrol dia naik nak2 time bulan posa ni kan. Semlm sy cuba buat kuih lompat tikam sagu yg berasal dari Kelantan. Alhamdulillah rasanya mmg enak tapi rupa 'kureng' sket huhu...ada tetamu dtg berbuka tu yg sy masak kuih itu sebagai manisan dan bihun kari serta lauk-pauk yang lain. Apa-apa pun terasa puas hati dpt menjamu org lain dgn hasil masakan kita. Bila tgk tetamu enjoy menikmati juadah yg dihidang terasa hilang segala penat lelah semasa menyediakan juadah tersebut.
Okeyla, inilah dia resepi lompat tikam sagu yg sy cuba semlm. Untuk mengurangkan penggunaan santan, kuahnya sy campurkan dgn susu cair.




Sago
200g Sagu
Rendam sagu dgn air & pewarna sehingga kembang lebih kurang 10 min.
Letakkan ke dlm bekas  & masukkan air secukup nya sehingga sagu terendam (Sukat air agak2 jer).
Kukus 20 min.
(Sy guna 200 gm aje sago kerana  guna acuan cawan kecil-kecil. Sy guna sago putih yg direndam dengan pewarna oren dan hijau)

Lapisan Atas
160g Tepung Beras
200ml peket Santan
800ml Air
1 sb Pes Pandan
1 st Air Kapur
1/2 st Garam
sedikit pewarna merah
Campurkan kesemua bhn2 lapisan atas sehingga sebati.
Kacau atas api perlahan sehingga pekat sedikit.
Tuangkan ke atas lapisan sagu & kukus 20 min.
Sejukkan di suhu bilik & kemudian dlm peti sejuk.

Kuah
200ml peket Santan
250ml Susu Cair Segar
1/4 tsp Garam
Masak santan, susu & garam sehingga mendidih (jgn menggelegak).
Sejukkan. 
Air Gula
5 tbsp Gula Merah
3 tbsp Gula - ita gantikan dgn gula Melaka
Daun Pandan

Masak gula merah, gula putih, sedikit air (agak pekat) & daun pandan.
Sejukkan.

Hidangkan Lompat Tikam dgn kuah santan & sirap gula merah.

Bihun Kari Istimewa Ramadhan



Bahan untuk kuah kari:
**bahan dikisar
*1/2 inchi lengkuas
*2 btg serai
*1/2 inchi halia
*5 biji bawang merah
*3 biji bawang putih
**1 labu bawang besar
*3 sudu besar udang kering (rendam)

Stok udang (sy blend kepala n kulit udang, rebus,tapis dan ambil air stoknya)
1 sudu makan pes cili (kalo suka kuah pedas tambah la ikut suka)
4 sudu besar serbuk kari (campur dgn air)
200 ml santan pekat
2 keping asam gelugur
air secukupnya
daun kari

minyak utk menumis
gula dan garam secukup rasa

Bahan untuk rencah: (ikut suka, kalo suka daging, bole buat stok dr air rebusannya)
1 kilo kerang (rebus dan ambil isinya)
udang
bebola ikan
fish cake
tauhu
taugeh
kacang panjang - celur
daun bawang dan bawang goreng
telur rebus
limau kasturi

Cara membuat kuah:
1- Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang dikisar dan pes cili
2-Apabila naik bau masukkan pes kari, gaul sebati dan masukkan air dan stok udang
3-Apabila kuah mengelegak, masukkan pati santan,daun kari, udang,bebola ikan,fish cake dan tauhu.
4-Hidangkan bersama telur dan kerang rebus,taugeh,kacang panjang,limau kasturi dan potongan cili padi bersama kicap cair