Showing posts with label karamel. Show all posts
Showing posts with label karamel. Show all posts

Monday, October 10, 2011

Craving for the caramel ;)

Terjadinyer tart ini sebab fida teringin nak mkn karamel sejak beberapa hari lalu. Tp dlm teringin nk mkn maknan yg manis2 nie kena ingat pesanan doktor Daud kawal pemakanan yg berasaskan gula takut kena diabetik nnt tgh2 preggy nie. Surfing punya surfing kt blog2 makanan sy pun terjumpa satu resepi yg menarik dan nmpk enak dr sorang minah saleh nie. Nama blognyer My Baking Addiction dan penulisnya ialah Jamie. So apa lagi sy pun mencubalah resepi tart coklat berkaramel by Jamie. Alhamdulillah mmg menjadi dan rasanya mmg AWESOME! ;)) Plg hapi dpt buat sendiri homemade caramel. Yang ini pun ambil dari resepi org puteh hehe...Tahan sehingga 3 minggu. Sy akn gunakan utk caramel cheese cake yg bakal di buat sooner sbb ada lg sebuku cream cheese yg perlu dihabiskan seblm tarikh luput dec ini.

Walla..hapi sungguh dpt buat homemade caramel n chocolate caramel tart yg enak :DD Thanks a lot blogger Jamie for ur wonderful recipe!


CHOCOLATE CARAMEL TART

(Fida gunakan acuan tart yg kecil so bole dpt dlm 40-45 tart)

Ingredients:

FOR THE CRUST


cucuk dgn garpu sebelum dibakar utk elak gelembung udara terjadi.


 
1 1⁄2 cups flour (fida tambah masa uli sbb kalau ikut ini doh sgt lembik. Tambahkan tepung sehingga doh tidak melekat di tgn)
1⁄4 cup plus 1 tablespoon dutch-process unsweetened
cocoa powder (fida gunakan serbuk koko Van Houten jer..)
1⁄4 teaspoon. kosher salt (cari gak garam nie tp takder stok kt Cold Storage so gunakan garam bukit shj)
10 tablespoons unsalted butter, cubed and softened
1⁄2 cup plus 2 tablespoons. confectioners' sugar
2 egg yolks, room temperature
1⁄2 teaspoon pure vanilla extract


FOR THE CARAMEL (fida tukarkan dgn resepi karamel yg lebih mudah)

(Resepi Jamie)
1 1⁄2 cups sugar
3 tablespoons light corn syrup
1⁄4 teaspoon kosher salt
6 tablespoons water
6 tablespoons unsalted butter
6 tablespoons heavy cream
1 tablespoon sour cream
1 teaspoon pure vanilla extract

Karamel Fidanie ;)
Bahan-bahan:-
1 cwn gula pasir
90gm mentega
1/2 cwn heavy/whipping cream
Kaedah:
1-Masak gula hingga keperangan di atas periuk(gunakan periuk sebab bila dh letak mentega ia akan berbuih2)
2-Apabila perang masukkan mentega, kacau rata sehingga mentega cair dan sebati.
3-Tutup api dan masukkan cream, dgn menggunakan whisk kacau sehingga karamel dan cream sebati.
4-Simpan dlm bekas kedap seperti botol dan letakkan dlm peti sejuk utk thn lebih lama.
 
Karamel buatan sendiri jika disimpan dlm peti sejuk tahan sehingga 2-3 minggu.


FOR THE GANACHE

1⁄2 cup heavy cream
4 oz. Scharffen Berger Bittersweet Chocolate, (fida guna Colatta bittersweet chocolate - boleh dibeli d kedai pembekal bhn2 kek dan biskut) finely chopped
Vanilla Fleur de Sel for garnish (optional) (fida tak letak pun..)

Directions:

1. Prepare the Crust: In a medium bowl, combine flour, cocoa powder, and salt; set aside. Using a stand mixer fitted with the paddle attachment, or in a large bowl with a electric hand mixer, cream the butter and sugar until light and fluffy; mix in yolks and vanilla. Add in dry ingredients. Divide dough into 6 equal portions. Evenly press each portion into the bottoms and sides of 6 3.5-inch tartlet pan with removeable bottoms. Refrigerate tartlet shells for 30 minutes. Preheat oven to 350 degrees F, prick the tart shells all over with a fork. Bake in preheated oven until cooked through, about 13-15 minutes. Transfer to a rack and let cool.
2. Prepare the Caramel: In a medium saucepan over medium heat, whisk together sugar, corn syrup, salt, and 6 tbsp. water and bring to a boil. Cook, without stirring, until a candy thermometer inserted into the syrup reads 340°. Remove pan from heat and whisk in butter, cream, sour cream and vanilla (the mixture will bubble up) until smooth. Pour caramel into cooled tartlet shells and let cool slightly; refrigerate until firm, about 3-4 hours.
3. Prepare the Ganache: In a medium saucepan over medium heat, bring cream to a boil. Put chocolate into a medium bowl and pour in hot cream; let sit for 1 minute, then stir slowly with a rubber spatula until smooth. Spoon ganache evenly over tartlets and refrigerate until set, 3-4 hours. If desired, sprinkle tart with sea salt and slice. Serve cold.

Notes:

- My mini tartlet pans were 3.5 inches in diameter
- To make a full size 9 inch tart: Transfer dough to a 9" fluted tart pan with a removable bottom and press dough evenly into bottom and sides of pan. Refrigerate for 30 minutes. Prick the tart shell all over with a fork and bake until cooked through, about 20 minutes. Transfer to a rack and let cool. Fill with caramel chill for 4-5 hours and top with ganache and chill for 4-5 hours. Slice and serve cold.
- If you not have vanilla Fleur de Sel, a simple sea salt will work perfectly.
- Recipe adapted from Saveur



Monday, September 26, 2011

It's so pretty!

Alhamdulillah bersyukur dgn apa yg Allah kurniakn dlm hidup ini. Biar sederhana tp hati gembira dgn keluarga tersyg dan aktiviti yg sy lakukan. Sementara enjoy my 2nd trimester pregnancy nie hobi memasak tdk pernah luntur. Malah makin menjd2 especially bila tgk blogger2 yg lain menghasilkn hidangan yg lazat dan menarik!
Entry lepas sy masukkn resepi chiffon cake yg sy buat utk Aishah dan family yg dtg berhari raya semlm. Di samping dessert tersebut ada satu lagi pencuci mulut yg berjaya sy buat utk hidangan tetamu istimewa tersebut. Dessert yg dimaksudkan ialah kek karamel pelangi. Kejadian kek ini mmg cantik dgn warna-warni pelangi. Rasanya seakan kek span tetapi lembut diatasnya dgn karamel. Mmg puas hati bila berjaya membakar kek ini. It's so pretty! Nak mkn pun rasa syg! ;-P

Mr.Hb kata cantiknyer kek nie mcm pelangi! Hehe..bkn sekadar cntik rupa, rasa kek ini pun awesome taw :)


Kek Karamel Pelangi

Kek Karamel Pelangi (Resepi dari blog Masam Manis Azlita)
Bahan-bahan:
Gula Hangus
2 sudu besar gula pasir
-Sediakan loyang 8 inc.
-Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
-Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
-Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
Ketepikan



Bahan Karemel
1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

-Kacau susu dan gula hingga gula larut.
-Kacau telur dan esen perlahan.
-Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
-Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
-Ketepikan.
-Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
-(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )
Bahan-bahan kek:
Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak
1-Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
2-Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder


1-Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
2-Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
3-Ketepikan.
Merinque 
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2




-Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
-Pukul putih telur hingga berbuih
3-Masukkan gula dan cream of tartar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
4-Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
5-Gaul rata secara kaup balik
-Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga  bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

Teknik mencorak pelangi:
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan hijau, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan hijau (on top). Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan oren di tengah-tengah lapisan pink.Adunan tidak perlu kita kacau cuz ia akan bergerak sendiri ke tepi2 loyang.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.



Panaskan oven terlebih dahulu. Sy panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven sy tukar pada suhu 160C
Gunakan api bawah sahaja.


Kaedah Steam Bath Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.