Showing posts with label Kek kukus. Show all posts
Showing posts with label Kek kukus. Show all posts

Friday, May 25, 2012

Mei utk nurse,ibu dan guru...

Lama sy tak up date entry. Bz layan lil Qaseh ;) ok dlm kesibukan menjd ibu sempat gak sy 'mengekek'.
Adalah beberapa resepi yg sy cuba cuma tak sempat lg masukkn dlm N3 sy. Kali ni sy baking sempena Hari Ibu,Hari Jururawat dan Hari Guru.


MaMa sayang kamu sweet n cute- mute girl!


My babe skrg dh guling2 n suka bangat meniarap. Happy tgk bb sy membesar dgn sihat dan ceria. Alhamdulillah Allah mempermudahkan urusan sy... kata ustazah, La Tahzan (Jgn bersedih) mungkin ini ujian utk sy. Jika sy bersabar insya'allah semakin byk nikmat yg Allah tambah, insya'allah. Utk mereka yg sengaja tdk mengerti dan sgt mementingkn diri, mungkin juga masa ini masa kesenangan mereka...kelak kita tdk tahu apa yg Allah akn tunjukkan pd mereka2 itu...

Hm, pjg plak tazkirah sy kali ini ;)

Ok balik pd resepi2 kek yg telah sy cuba sepanjang bln ini. Yg pertama sy telah berjaya mengukus kek buah yg femes tu.Pheww...mmg 'masak' tunggu 4 jam kek siap dikukus ;DD
Sebenarnya dh lama teringin nk buat. Sy biasa tgk ibu sy di kg mengukus kek ini yg merupakan kek kegemaran ibu. Tp tdk pernah teringin nk belajar resepi ibu. Bila teringin nk makan sy pon skodeng dapur CMG. Mmg terujalah tgk gambo kek buah kukus CMG tu..terus pantas ke dapur dan siapkn semua bhn.

Percubaan pertama mengukus kek buah, alhamdulillah jd cuma ibu fida kata kena msk gula hangus lbh gelap lg :)
Resepi kek buah ini sy merujuk di blog CMG. Jd sesiapa yg ingin mencuba resepi ini bolehla ke blog Mat Gebu :)

Ibu sy juga suka bangat kek pisang. Tp kali nie sy uat versi dlm cupcake.


Kek Pisang dgn Kacang Pecan & Walnut 

Bahan-bahan: 
(Satu adunan boleh dpt 22 kek cawan yg besar. Utk loyang pula bole guna loyang 8")

Bahan A:
250 gm tepung (fida guna tepung kek/superfine) -Kalo takder tpg gandum biasa pon ok tp mesti ayak 2x
1  1/2 sdt soda bikarbonat
*semua bhn A diayak bersama

Bahan B:
4 kuning telur
11/2 cwn minyak jagung
120 gm brown sugar
160 gm gula kastor
*semua bhn B dipukul hingga sebati

Bahan C:
4 putih telur
*diputar hingga bertanduk

Bahan D:
1 cawan walnut cincang + pecan (kalo ada walnut jer pon boleh)
1/2 cwn kelapa kering

Cara-cara:
1-Setkan ketuhar pada suhu 180'c.Ketepikan bhn A yg telah diayak.
2-Pukul bahan B hingga sebati kemudian masukkan sedikit2 bhn D.
3-Seterusnya masukkan tepung sedikit2 sambil dipukul perlahan.
4-Ambil sebahagian putih telur dan kacau perlahan (guna teknik kaup blk)*jgn over mix nnt byk gelembung2 udara. Akhir skali masukkan baki putih telur yg tinggal dan kacau rata.
5- Sendukkan adunan ke dlm cawan kertas dan bakar selama 20 minit utk cawan kertas yg besar (bergantung pd saiz kertas cawan)




  




Wednesday, September 21, 2011

Kek Kukus 3 Rasa

Entry kali nie fida nk share resepi kek kukus yg lembut, gebu dan enak. Nama kek mcm mskan ikn 3 rasa plak hehehe...tp mmg mudah menyediakn kek ini. Sesuai dimkn bila2 masa.


Sy gunakan 3 perisa, mocca,strawberry dan coklat. Gabungan 3 rasa yg pasti enak :))

Kek Kukus Baldu 3 Rasa (Sumbangan  dr blog Easybakes )

Bahan-bahan:
( loyang 4 segi 7x7) 
4 biji telur sejuk saiz B @ 3 biji saiz besar (A) (dari peti ais)
1/2 cawan gula halus
1 cawan tepung gandum yang berkualiti 
1/2 sudu kecil rata baking powder
1/2 sudu besar ovalette
75 ml susu cair
1/4 sk garam
50 ml minyak sayur atau minyak jagung
1/2 sudu kecil vanilla
sedikit coklat emulco, mocca dan strawberry
coklat bar/chip atau atau apa-apa coklat yang sesuai secukupnya

Cara-cara

1. Sediakan pengukus dan sapu sedikit butter pada loyang.

2. Ayak tepung garam dan baking powder, kemudian campur kesemua bahan-bahan di dalam mangkuk mixer kecuali minyak, coklat chip, mocca emulco, dan strawberry emulco.

3. Pukul selama 3-4 minit (stand mixer) atau 5-7 minit (hand mixer) sehingga adunan menjadi kembang dan ringan. Masukkan minyak dan kaup balik degan senduk kayu atau spatula hingga sebati. (masa ni jangan terlebih kacau je)

4. Tuang adunan coklat dan ratakan keseluruh loyang. Kukus selama 5 minit dalam kukusan yang telah mendidih (tutup loyang kek dengan aluminium foil agar air tidak menitik, cukup sekadar letak gitu je). Kemudian letakkan pula adunan strawberry dan taburkan coklat chip secara rawak. Buat sampai habis. Akhir skali lapisan mocca.

5. Lapisan akhir sekali kukus selama 20 minit. Kemudian sejukkan dulu sebelum dipotong.