Pendapat sy kek ini sesuai utk penggemar kek yg berstruktur span atau chiffon. Kek lobak ini tidaklah terlalu lembab seperti resepi-resepi kek carrot yg lain. Memang enak dimakan bersama topping krim keju.
| Topping cream cheese tu sy hias dgn kepingan coconut flake dan homemade chocolate sy sendiri ;) |
| Cupcake carrot sy siap di packing dlm bekas yg cantik. So topping yg cantik tu takler terjejas ;) |
Carrot cake
(Anggaran utk 22 cuppies. Mangkuk kertas saiz L )
Bahan-bahan:
Bahan A:
250 gm tepung kek
1 1/2 sdt baking soda
1/4 sdt serbuk kayu manis
Bahan B:
4 kuning telur
140 gm gula perang
160 gm gula kastor
1 1/2 cawan minyak jagung (sy guna mazola)
Bahan C:
1 cawan parutan lobak
1 cawan kacang pecan/walnut yg dicincang kasar)
1/2 cawan kelapa kering
1/2 cawan nenas kiub yang dicincang kasar
Bahan D:
4 putih telur
Cara membuat:
1-Panaskan ketuhar pd suhu 170'C
2-Ayakkan bersama semua bahan A-ketepikan
3-Pukul semua bahan B hingga sebati
4-Masukkan sedikit-sedikit bahan D dan gaul sebati
5-Masukkan bahan A dan putar hingga semua bahan sebati-Ketepikan seketika
6-Putar putih telur hingga bertanduk
7-Ambil 1/4 putih telur dan masukkan ke dalam bahan-bahan A,B dan C tadi. Gaul secara kaup balik
8-Ambil baki telur putih dan kaup balikkan sekadar semua bahan jd serata. Jangan terlebih kacau kerana ia menyebabkan kek byk lubang udara.
9-Masukkan adunan ke dalam mangkuk kertas. Untuk mangkuk kertas yg nipis ia perlu diletakkan dalam loyang cupcake semasa dibakar.Jika cawan kertas yg tebal tidak perlu menggunakan loyang tersebut.
10-Bakar selama 20-25 minit atau sehingga masak (untuk menguji kek jika tiada lidi pencucuk kek, kita boleh tekan dgn jari pd permukaan kek. Jika ia anjal kembali bermakna kek telah pun masak)
