Showing posts with label Gardening. Show all posts
Showing posts with label Gardening. Show all posts

Saturday, August 13, 2011

Ada taman dlm hati

Entry kali ini sy nk berkongsi citer pasai bunga plak. Maklumlah selain memsk sy mmg minat sgt dgn gardening. Dlm entry yg lepas sy dh citer ttg mini kebun bunga sy yg comel jerk kt balkoni umh tu huhu...wah 3 ari yg lepas hati sy kembang bg bunga sdg mekar bila tgk pokok ati2 sy idup subur. Time beli 3 bln pas pokok tu kecik jer. Masa tu tgh shpng kt Carefour, terpandang pokok ati2 tuh yg daunya sgt unik dan cntk. Mr.Hb kata ameklah sbb dia tgk sy dh belek2 pasu pokok ati2 tuh. Murah jer harga sepasu ati2 tu cuma RM4.00. Diam tak diam pokok ati2 sy tu dh membasar bg johan hehe...pas ni nk tukar pasu dia. Ksian dah sempit bangat sy tgk pokok tu dlm pasunya ;)

Pink colour! Favorite sy tu huhu ;)

Daun ati2 yg unik dan cntk...
 
Daun pokok ati2 nie mmg cntk dan unik. Itula keistimewaan pokok nie.

 Semlm sy kirim kt sorang colleague sy mintak belikan ank pokok Ros Jepun sbb dia dok kat Sg Buloh. dah lama nk beli bunga nie. Satu nak tnm kt umah n projek satu g nak gunakan dlm P&P semasa pengajaran dlm kelas nnt. Di sek sy mmg perlu mengajar topik tanaman hiasan pd stdnt sy pasai KH mmg ada silibus tu. So sy plan nk soh bebudak tu semai keratan bunga Ros Jepun ni. Ros Jepun atau ada org mengelarkannya bunga kembang pukul 10 sbb sharp at 10 am mmg bunga2 nie akan mekar. Kalo tnm kt umah mmg tak sempat la nk tgk bunga2 tu mekar pasai kita dh p kerjakan huhu...nk tgk kena tgu weekend jerla jwbnya. Bunga nie ada pelbagai warna dan ada dua jenis bunga. Satu berkelopak 5 shj dan satu jenis lagi kelopaknya sprt bunga ros.
Sy suka jenis yg berkelopak 5 nie, tp susah nk cari benihnyer skrg :(

Dulu arwah nenek sy mmg byk tnm pokok nie. Arwah nenek tnm sbg pagar dikeliling batas kebun bunga dia. Arwah nenek pernah bergurau dgn sy yg bunga tu ada penjaganya. Masa tu bdk2 kan so naif sy pun percayalah. Sebenarnya nenek taknk bg sy petik bung2 ros Jepun dia tu heheh...

Tuesday, June 28, 2011

Rumpun-rumpun hijau kesayangan saya...

Sy dh lama tak masukkan N3 masakn sebab utk 3 bln nih sy nk berehat jer dulu. Lepas kdgn dh kuat baru sy akn 'panaskan' blk oven kesygan sy tu ;) Hajat di hati nak buatkn kek lapis Sarawak utk rakan sekerja adik yg mengidam di sek tempat dia mengajar. Ksian pula bila dgr kwn adik yg pregnant tu teringin sgt nk mkn kek lapis keju Sarawak sy.. Insya'allah hujung bln 7 nih genap 3 bln sy bolelah mulakan aktiviti baking sy.
Sejak berehat dr aktiviti baking nih sy menumpukan pd mini garden sy yg ada di balkoni rumah. Wah, sangat hapi bila melihat ada dua pokok Orkid yg bercambah dgn tunas yg baru. Alhamdulillah...maknanya akan ada musim bunga lagi untuk Orkid2 kesygan sy itu. Bila ada tunas baru akan menghasilkan dahan baru dan bunga yg baru :)) Hubby pun seronok jer tgk pokok2 yg dia hadiahkan itu hidup subur.

Kalau pokok2 itu mati sy pun akan sedih sebab itu pemberian hubby, jd seolah2 sy tidak menghargai pokok2 itu. Setiap pagi sebelum ke sekolah sy akan 'berbual2' dulu dgn pokok2 kesyg sy itu. Bila petang2 takder apa2 nk buat sy belek2 dan sembang2 lg dgn pokok2 tuh hehehe...sebenarnya ia satu terapi utk ketenangan minda juga. Arwah nenek sy mcm itulah. Sering berckp2 dgn pokok2 yg ditanamnya. Mmg tgn arwah nenek kata org tua2  'sejuk'. Setiap bunga yg arwah tanam hidup subur dan bunganya gemuk2 belaka. Sylah cucunya yg nakal suka memetik bunga2 tersebut ;P Ayah sy juga mengikut jejak arwah nenek. Kalau tanam pokok2 mesti menjadi. Di kg, sy ada belikan 4 pasu Orkid dan minta ayah tlg jagakan. mmg hidup subur pokok2 Orkid tuh.

Ini pokok ati2 yg sy beli di Carefour. Skrg makin subur dan sy terpaksa mencari pasu yg lebih besar utk pokok ini. Sy sukakan daunnya yg unik dan cantik itu ;)


Inilah tunas baru utk pokok Orkid sy :)

Tunas yg baru ibarat satu kehidupan yg baru...

Yg ini tanaman renek sy. Suka dgn warna2 daun pd pokok ati2 ini. Mula2 beli daunnya kecil shj, lama-kelamaan menjadi subur dan daunnya bertambah banyak.