Showing posts with label Kuih tempatan. Show all posts
Showing posts with label Kuih tempatan. Show all posts

Friday, June 8, 2012

Koci Labu Bonda Yang Glamour

Sy membesar dgn hasil titik peluh bonda menjual kuih utk menyara kami 9 beradik. Alhamdulillah pengorbanan bonda yg bertungkus-lumus mencari rezeki (walaupun kais pagi mkn pagi, kais petang mkn petang) membuahkan hasil apabila kami adik-beradik berjaya dgn bidang masing-masing.

Teringat lagi 20 tahun yg lalu sy akn bangun seawal jam 4 pagi utk membantu bonda mengentel dan membungkus kuih koci. Selesai membantu ibu barulah sy bersiap utk ke sekolah. Kehidupan waktu itu memang mencabar dan susah. Kerana kehidupan yg susahlah sy berusaha belajar bersungguh-sungguh hingga ke menara gading utk membalas jasa bonda. Alhamdulillah sy bersyukur dgn ujian yg lalu kerana membuatkan sy jd tabah setabah hari ini.

Ok enough my friday rambling ;)

Kita sambung ttg resepi yg sy nak share di N3 kali ini iaitu kuih koci labu bonda yg femes dikalangan org kg di tempat sy.



Kuih koci labu dinikmati bersama Kopi 'O' atau Teh 'O'  mmg layan!

Bahan-bahan: (Anggaran dalam 50 keping menggunakan Labu 1 kilo)

Labu - disiang dan direbus
Tepung pulut lbh kurang 1 kampit (jika labu 2 kilo gunakan 11/2 kampit - Sukatan tepung bergantung pd tekstur doh. Andai doh tidak lembik maka tidak perlu lagi tambah tepung.
Sedikit garam

Cara membuat:
1- Leyek labu
2-Masukkan tepung dan sedikit garam (untuk menambah rasa lemak)
3-Setelah diuli menjadi doh, ambil sedikit doh tersebut dan masukkan inti lalu dibulat-bulatkan.
4-Rendamkan dlm minyak kelapa (supaya tidak melekat pada daun pisang)
5-Bungkus dgn daun pisang dan kukus hingga masak.

Inti kelapa:
Bahan-bahan:
250 gm gula melaka asli
11/2 biji kelapa separa matang

Cara-cara:
1-Masakkan gula melaka hingga mendidih
2-Tambahkan sedikit gula pasir (untuk menambah rasa manis)
3-Apabila renehan gula telah berbuih masukkan kelapa
4-Kacau hingga sebati dan kental.
5-Angkat dan sejukkan dahulu sebelum digentel untuk dijadikan inti koci.


Rumah utk kedua orgtua sy on-progress...walau tidak tersergam indah seperti bunglow tapi cukup selesa utk didiami. Sebenarnya kami adik-beradik (terutama adik sy Maryam) bekerjasama menyumbang  wang masing2 utk membina teratak impian ayh & bonda. Takperlah kami tdk memandu kereta import atau membeli rumah dahulu asalkan dapat menyiapkan teratak kedua orgtua kami yg dah hidup susah masa membesarkan kami 9 beradik.


Friday, August 12, 2011

Roti Jala

Hai semua. Eh sekejap jer dh nak hujung minggu utk minggu ke-2 bulan ramadan. Tak lama lg berkumandanglah lagu2 raya kt radio huhu ;) Sy nie tgh memikirkn nak ganti butter apa utk kek lapis yg bakal sy buat utk juadah raya nnt. Maklumlah dah sah status butter tu tak halal. Pelik gak dah hampir 40 thn d pasaran baru skrg pihak  berkuasa nk siasat perkara mcm ni. Hm...abeh yg dulu2 kita buat kek dan biskut dgn butter ni dh jd darah daging la..tapi takperla masa tu kita tak tahu ada kdgn DNA babi...sy rasa nak gunakan butter ScS atau Anchor. ScS butter nie sedap kalau buat kek dan biskut. Harga pun 'sedap' gak lah hehehe...kalau kat Bake with Yen dlm RM5 lebih utk Anchor. Tp sy kena check dulu price tu Sabtu nie.

Oklah N3 kali nie sy nak share resepi roti jala yg sy buat semlm. Wah, betul kata tuan empunya yg berkongsi resepi  roti jala nie. Mmg lembut walau pun dimakan waktu sahur. Pertama kali menjala nih ;) 2-3 keping yg pertama mmg tak berapa nk menjd jala pd roti tuh huhu..tp bila dh menguasai teknik mengirai bancuhan tpg tuh, alhamdulillah jd la mcm rupa roti jala ;P




Ini resepi kari daging bonda yg sy belajar :)

Roti Jala

Bahan-bahan (5 orang)

Tepung 3 cwn
air/santan
1 biji telur
1 cmt garam
21/2 cmb minyak masak

Cara:
1- Masukkan semua bahan dan kisar dlm blender. Adunan cukup sedia jika angkat dgn senduk jatuh dgn terus menerus (tidak putus-putus).
2-Kirailah di atas kuali (sy guna non stick) hingga msk. tak perlu diterbalikkan.


Monday, August 8, 2011

Talam oh Talam

Assalamualaikum semua :) Esk dah masuk minggu kedua kita berpuasa. Cepat sungguh masa berlalu. Hm..sy dah dilanda Monday blues...malasnya nak kerja esk hehe..terasa nak dok umah jd housewife jerk. Tp nnt dh dok umah boring plak sbb dah biasa berkerjaya. Nak tak nak terpaksalah mengagahkan diri ke tmpt kerja. Nanti dah masuk hari Rabu hilanglah mood tak best nih. Sebab dah nak ari Jumaatkan huhu ;P [Kalo dh sampai ari Jumaat esknya Sabtu dah cuti,YaY!]
Ok sy nak berkongsi resepi berasakan sotong dan kacang hijau pd entry kali nih. Sebenarnya pertama kali sy try buat talam, alhamdulillah menjadi talam lapis kacang hijau sy. Kebetulan pula colleague sy memberikan gula kabung (seperti gula melaka) yg dibawanya dr Terengganu. So sy pun gunakanlah dlm ramuan kuih talam ini. Harum jer bau gula kabung nie.

 Resepi sotong tu plak gara2 Isnin lepas p beli sotong sumbat masak sos masam manis tp harga seketul sotong (yg saiz sederhana) ialah RM1.50! Mahal sungguh. Hb kata baik masak sendiri. Itu yg sy msk resepi sotong sumbat hari nih. Tp sy buat style gulai lemak cili api. Sotong tu plak sy sumbatkan dgn telur ikan. Pagi tadi ke pasar tgk2 ada byk telur ikan. Apa lagi dpt idea nk sumbatkan dlm sotong.





Kuih lapis kacang hijau
Bahan A
200 gm tepung kacang hijau
50 gm tepung hoon kwee
40 gm tepung kanji>>Tepung Ubi>>Tapioca starch
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pewarna hijau
Bahan B
300 gm gula melaka
100 gm gula halus
2 helai daun pandan
800ml santan pekat KARA
400 ml air
Loyang 9" empat segi

Cara-cara:
1-Satukan bahan B, masak sehingga gula larut. Ketepikan.
2-Satukan semua bahan A, kecuali pewarna didalam mangkuk dan tuangkan bahan B tadi, kacau rata dan tapis.
3-Bahagikan adunan kepada 2 bahagian satu bahagian warna asal dan satu bahagian lagi dimasukkan pewarna hijau.
4-Setiap bahagian pula dibahagi kepada dua. Tuangkan satu bahagian warna hijau dan kukus selama 10 minit.
5-Apabila masak ambil satu bahagian warna asal dan tuangkan keatas lapisan pertama tadi. Kukus selama 10 minit lagi. Ulangi proses mengukus dengan diselang selikan adunan. Sekiranya selepas 15 minit terdapat takungan air dipermukaan lapisan hendaklah dikeluarkan air tersebut. ini adalah kerana mendapan kacang hijau dan air dari kukusan yang terbentuk dipermukaannya. Tutup loyang dengan aluminium foil untuk mengelakkan air dari menitik.
6-Untuk lapisan yang terakhir kukus selama 25minit sehingga masak

Sunday, August 7, 2011

Tertunai hajat dihati

Hai semua. Masa berlalu dgn pantas kan? dah hampir seminggu kita berpuasa.Alhamdulillah sy mampu bertahan lagi setakat ini. Bb dlm perut nih mmg baik tak byk ragam. Tp sy perasaan selepas berbuka dia mcm aktif sket huhu..skali skala terasa mcm ada rerama dlm perut. Tak taw camner nk gambarkan tapi mcm gitu2 lah hehe..

Hari nih tertunai hajat dihati sy yg nak mkn bubur lambuk dan popiah basah. Daging yg hb beli last week siap2 sy rebus pagi tadi yerla takut tak sempat bila blk dr kerja arinih. Hari ni plak ada trainning E-Report card kat sekolah. Hm, hated to work in saturday :(( tapi nk uat camno dah kerja namanyakan. Plan nk ke kedai Bake With Yen selepas sekolah. Nak 'usha' (pujuk) cik abg beli mould agar2 n puding yg cantik2 kt situ ehek ;P teruja plak tgk blogers yg lain buat puding, agar2 n talam dgn bentuk2 yg cantik dan menarik. Bahan2 buat kuih raya pun nmpknya dh kehabisan stok. Mungkin survey brg2 n harga dulu  n compare dgn kedai2 bhn kek dan biskut yg lain di sekitar KL sbb Fida biasanya bakar cookies n cakes seminggu bfr raya. Bukan apa nnt cookies n cakes tuh masih segar lagi bila menjelang hari raya.


Resepi Popiah Basah (terima kasih pd kak Besah yg sudi share resepi ini di myresepi)

Bahan-bahan ( 12 - 15 keping kulit popia )
(a)Inti:
  • 5 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih - dihiris
  • segenggam udang kering - dicuci & kisar dgn bawang
  • sebatang lobak merah - disagat
  • 5 helai kacang panjang - dipotong 1 cm
  • timun - disagat 
  • 1/4 biji sengkuang - disagat [sayur-sayuran boleh diubah ikut citarasa masing]
(b) Bahan2 utk kulit:
  • 2 cawan tepung gandum
  • sebiji telur, 1 sudu makan cuka, 1 sudu makan minyak masak, 1 sudu teh rata garam & air secukupnya.
(c)Bahan utk sos:
  • 20 tangkai cili kering, 5 ulas bawang putih, 2 sudu makan bawang goreng - dikisar
  • 1 sudu kicap manis, 2 sudu sos tiram, 1/2 cawan air asam jawa, gula melaka secukupnya, garam secukup rasa.
Cara-cara
1-Masak inti; panaskan sedikit minyak, tumis bawang hiris hingga layu, masukkan udang kering dan tumis hingga kering.
masukkan carrot, & kacang panjang.Msk ngn api besar dan pantas supaya x berair. Last skali masukkan sengkuang dan timun. Suaikan rasa garamnya dan angkat - ketepikan.
2-Masak sos; campurkan semua bahan dlm periuk bersama 1 cawan air. masak hingga pekat sambil disuaikan asam garamnya. ikutlah selera masing2 ya..
3-Membuat kulit; gaul sebati semua bahan menggunakan hand whisk/senduk. adunan hendaklah pekat/kental seperti adunan cekodok/cucur/jemput2.
PERAP 3,4 jam.
4-Setelah diperap, panaskan kuali dgn api perlahan (Fida guna non stick pan saiz yg besar)
5-Angkat kuali dari api, letak tepi tungku,dgn tangan ambil sejemput besar adunan lalu di lenserkan atas kuali dgn cepat & nipis.Mmg mula2 sgt panas tapi lama2 ok ;) bawa/tarik adunan serata kuali. (bnda ni kena praktis la..hehe.. tp sbnarnya senang je..)
6-Adunan yg lebih tu kaut & masukkan balik dlm mangkuk brsama yg lain. Jika terlalu panas, sengetkan kuali, kaut ngn sudu lebihan doh tu.
7-Lepas tu letakkan kembali kuali atas api, masa ni boleh jika nk kuat kan skit api.. skit je tau.. biar beberapa minit, lalu blhlah diangkat.
8-Buatlah sampai habis.
9-Ambil sekeping kulit popia, sapukan sos keatasnya.. jgn banyak2..nnti lencun kulit tu n pedas sgt plak hehe.. isikan inti, lalu gulung lah ikut citarasa/kreativiti masing2..


Bubur Lambok Ramadhan


Org Johor sambal kicap manis mmg takleh miss! ;)

Bahan-bahan: [untuk 6-8 orang]
  • 1 cawan beras
  • 3 cawan air
  • 4-5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit halia
  • 2-3 sudu besar rempah kurma
  • sedikit kulit kayu manis, buah pelaga & bunga lawang
  • 1 mangkuk daging/ atau lebih -ikut selera masing masing (dihiris nipis)
  • secawan kacang kuda yg telah direndam semalaman
  • 1/2 cawan santan
  • minyak untuk menumis
  • daun ketumbar (hiasan)
  • bawang goreng (hiasan)
  • garam & gula secukup rasa
Cara-cara
  1. Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, buah pelaga bunga lawang. Kemudia masukkan bawang, bawang putih & halia yang telah dia kisar bersama.
  2. Bila dah naik bau, masukkan rempah kurma. Jika terlalu kering, masukkan sedikit air. Masak hingga naik minyak.
  3. Masukkan pula daging, beras & air. Biarkan bubur merenih sehingga daging dah beras masak.
  4. Bila bubur dah masak..masukkan santan, rasa garam gula, & masak lagi sehingga mendidih.
Hiaskan dengan bawang goreng & daun ketumbar




Saturday, August 6, 2011

Hari santan sedunia ;))

Hb sy suka bangat makanan yg berasaskn santan. Maklumlah org nogori ;PP tp sy plak lah yg susah hati nnt kolestrol dia naik nak2 time bulan posa ni kan. Semlm sy cuba buat kuih lompat tikam sagu yg berasal dari Kelantan. Alhamdulillah rasanya mmg enak tapi rupa 'kureng' sket huhu...ada tetamu dtg berbuka tu yg sy masak kuih itu sebagai manisan dan bihun kari serta lauk-pauk yang lain. Apa-apa pun terasa puas hati dpt menjamu org lain dgn hasil masakan kita. Bila tgk tetamu enjoy menikmati juadah yg dihidang terasa hilang segala penat lelah semasa menyediakan juadah tersebut.
Okeyla, inilah dia resepi lompat tikam sagu yg sy cuba semlm. Untuk mengurangkan penggunaan santan, kuahnya sy campurkan dgn susu cair.




Sago
200g Sagu
Rendam sagu dgn air & pewarna sehingga kembang lebih kurang 10 min.
Letakkan ke dlm bekas  & masukkan air secukup nya sehingga sagu terendam (Sukat air agak2 jer).
Kukus 20 min.
(Sy guna 200 gm aje sago kerana  guna acuan cawan kecil-kecil. Sy guna sago putih yg direndam dengan pewarna oren dan hijau)

Lapisan Atas
160g Tepung Beras
200ml peket Santan
800ml Air
1 sb Pes Pandan
1 st Air Kapur
1/2 st Garam
sedikit pewarna merah
Campurkan kesemua bhn2 lapisan atas sehingga sebati.
Kacau atas api perlahan sehingga pekat sedikit.
Tuangkan ke atas lapisan sagu & kukus 20 min.
Sejukkan di suhu bilik & kemudian dlm peti sejuk.

Kuah
200ml peket Santan
250ml Susu Cair Segar
1/4 tsp Garam
Masak santan, susu & garam sehingga mendidih (jgn menggelegak).
Sejukkan. 
Air Gula
5 tbsp Gula Merah
3 tbsp Gula - ita gantikan dgn gula Melaka
Daun Pandan

Masak gula merah, gula putih, sedikit air (agak pekat) & daun pandan.
Sejukkan.

Hidangkan Lompat Tikam dgn kuah santan & sirap gula merah.

Bihun Kari Istimewa Ramadhan



Bahan untuk kuah kari:
**bahan dikisar
*1/2 inchi lengkuas
*2 btg serai
*1/2 inchi halia
*5 biji bawang merah
*3 biji bawang putih
**1 labu bawang besar
*3 sudu besar udang kering (rendam)

Stok udang (sy blend kepala n kulit udang, rebus,tapis dan ambil air stoknya)
1 sudu makan pes cili (kalo suka kuah pedas tambah la ikut suka)
4 sudu besar serbuk kari (campur dgn air)
200 ml santan pekat
2 keping asam gelugur
air secukupnya
daun kari

minyak utk menumis
gula dan garam secukup rasa

Bahan untuk rencah: (ikut suka, kalo suka daging, bole buat stok dr air rebusannya)
1 kilo kerang (rebus dan ambil isinya)
udang
bebola ikan
fish cake
tauhu
taugeh
kacang panjang - celur
daun bawang dan bawang goreng
telur rebus
limau kasturi

Cara membuat kuah:
1- Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang dikisar dan pes cili
2-Apabila naik bau masukkan pes kari, gaul sebati dan masukkan air dan stok udang
3-Apabila kuah mengelegak, masukkan pati santan,daun kari, udang,bebola ikan,fish cake dan tauhu.
4-Hidangkan bersama telur dan kerang rebus,taugeh,kacang panjang,limau kasturi dan potongan cili padi bersama kicap cair

 

Thursday, August 4, 2011

Ramadhan yang bermakna..

Alhamdulillah, dah nak masuk seminggu kita berpuasa. Kandungan sy pun dah 3 bulan pd minggu lepas dan disambut dgn kedtgan bulan yg mulia ini.Syukur, nmpknya tiada halangan kesihatan utk sy menjalani ibadah puasa pd thn ini kerana menurut doktor Daud sy boleh berpuasa selagi tidak memudaratkan diri dan bayi yg dikandung. Tambahan lagi sy tidak mempunyai alahan muntah dan sebagainya. Hm..last year tidak terfikir pun thn ini akn berpuasa sbg isteri dan mother to be...Yer, mmg benar kita hanya mampu merancang yg menentukan hanylah Allah. Siapa sangka nasib atau takdir kita pd masa2 akn dtg kan? yg penting berdoa semoga semuanya berjln dgn baik dan dipermudahkan tuhan.
Sekarang sy dah bole menaip entry ttg masakan. 3 bln yg lepas mcm tak larat jer nk ke dapur itu yg tak ada entry mskn huhu... So dah 4 hari berpuasa ini adalah beberapa jenis lauk pauk dan kuih muih yg sy masak utk hidangan berbuka yg boleh dikongsi bersama di blog ini. Entah kenapa sejak preggy nih sy suka 'bangat' mkn karipap. Plg sy suka karipap sardin. Puasa hari ke-2 yg lepas sy teringat resepi kulit karipap yg sedap yg dikongsikan oleh mak Usu sy. Mak Usu mmg menjual karipap, dan karipap dia mmg sedap ;) Selasa lepas sy pun berkobar2 lah suruh hb pergi beli bhn2 utk menyediakan inti karipap. Kali ini sy buat karipap daging bersama kentang. Dah terlebih rajin sy buat bentuk bulat dan yg jd mangsa kena gelek kulit karipap ttn lah hb kesygan hehe..(sebab sy takder mesin karipap kenalah uli dgn papan pencanai jer..)
Selain itu masa belek2 kt website kongsi resepi sy dpt plak resepi dessert yg yummy ini. Rich chocolate puding dgn kuah berkoktail. Mmg sedap! sesiapa penggemar coklat tentu menyukai puding ini. Nak lagi best mkn setelah disejukkan atau mkn bersama kuah yg ada ais.


Sy tiada simpanan koktail dlm tin, yg ada tinggal buah peach jer, sedap juga gunakan buah peach ;)

Oklah cukup lah bebelan utk kali ini,so inilah dia resepi mudah kulit karipap versi Mak usu sy..

-Karipap Kentang Berdaging-

Bahan2 utk kulit karipap:
1/2 kilo tepung (sy agak2 jer, sy guna dlm setgh kampit)
4 sudu besar marjerin (dicairkan)
sedikit garam (jgn byk nnt masin)
sedikit air (curahkan sedikit2 hingga doh tidak melekat lagi)

Cara membuat:
1-Masukkan tepung, garam dan marjerin cair ke dlm bekas adunan.
2-Marjerin cair yg telah disejukkan dicampur dgn tepung, gaul rata.
3-Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh sebati dan tidak melekat di jari.
4- Canailah kulit karipap dan tekap menggunakan penekap berbentuk bulat.
5- Masukkan inti, kemaskan tepinya dan kelimkan (bab kelim kulit karipap sy plg suka ;)) )

Bahan-bahan untuk inti:
2 biji kentang saiz besar (boleh dpt dlm 20-30 biji karipap dlm saiz bulat sederhana)
1/2 peket daging kisar Ramly
4 sudu besar serbuk kari
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit cili kering yg dikisar (kalau suka pedas letak lebih)
garam dan gula secukup rasa
sedikit daun sup (jika suka tukar pd daun kari)
minyak utk menumis

Cara membuat:
1-Tumiskan bawang merah,cili dan bawang putih yg dikisar hingga naik bau,dan masukkan rempah kari.
2-Masukkan pula kentang dan daging. Masak sehingga kentang dan daging empuk.
3-Masukkan garam dan gula secukup rasa.
4-Akhir sekali selepas menutup api taburkan daun sup.
5-Sejukkan inti sebelum digunakan.


Besar2 kelim yg sy buat hehe.. ;)
-Resepi Rich Chocolate Puding Berkuah dengan Buah Peach-

Bahan-bahan puding:
3 1/4 cwn air
i peket serbuk agar2 (sy guna yg 8gm)
1 cwn serbuk koko
1/2 cwn susu tepung
4 sudu besar tepung jagung
1/4 cwn gula (kadar kemanisan ini bg sy dh ok, tak terlalu manis)
1 susu kecil esen vanilla
4 sudu besar mentega
sedikit garam

Bahan-bahan untuk kuah puding:
1 tin susu cair
Buah peach dlm tin
sedikit air gula

Cara menyediakan puding:
1-Gaul sebati semua bahan kecuali mentega dgn menggunakan whisk.
2-Apabila semua bahan dan gula telah sebati masukkan ke dlm periuk dan kacau dgn api sederhana sehingga menjadi likat dan berkilat.
3-Sebelum diangkat masukkan mentega, kacau hingga sebati.
4-tuanglah ke dlm acuan yg digemari dan disejukkan sebelum dihidang.
**Untuk kuahnya, campurkan susu cair bersama buah peach dan sedikit air gula. Kadar kemanisan ikut suka masing2.

Monday, November 29, 2010

My mom's recipe

Bila blk kg mmg seronok. Boleh menikmati kuih-muih bonda yg sedap hehe...mak menjual kuih since aku kecil lagi. Kuih koci mak mmg terkenal di kgku. Hari nih aku belajar membuat salah satu kuih jualannya yg juga digemari ramai iaitu kuih Tepung Gomak. Ever heard bout this kueh before? Kuih tradisional nih mmg selalu dijual di gerai kuih-muih tetapi biasanya kurang enak disebabkan kulit yg tebal dan inti yg tidak berasa gula melaka. So aku nk berkongsi my mom'r recipe for that kueh di sini..

Bahan-bahan kulit:
Tepung pulut 1 bungkus
Tepung gandum 1 cwn
Keledek 1/2 kilo
sedikit air garam
Serbuk kacang hijau

Cara membuat:
1-Rebus keledek dan lenyekkan.
2-Campurkan keledek dgn tepung pulut dan tepung gandum.
3-Uli sehingga boleh di kepal.
4-Masukkan inti bentuk2 bulat dan leperkan sedikit.
5-Rebus,angkat dan golekkan dalam serbuk kacang hijau.

Bahan-bahan inti:
Kacang hijau 1/2 kilo
Gula melaka 3 buku
Gula pasir [ikut suka]

Cara membuat:
1-Rebus kacang
2-Cairkan gula kelapa dan gula pasir sampai pekat
3-Masukkan kacang,kacau hingga pekat [hingga boleh boleh digentel]