Monday, December 31, 2012

Crepe Durian a.k.a Bantal durian ;)





Sebelum masuk ke tahun baru nie, marilah kita akhiri resepi di tahun 2012 dgn Bebantal Durian (Durian Crepe) yang femes dikalangan peminat masakan dan bloger makanan. Bagi Fida crepe mmg sgt sedap ;) Dengan rasa lemak-lemak manis isi durian yang segar bersama whipping cream dimakan dengan kulit dadar yang lemak dan nipis memang mengasyikkan.

Dulu Fida kalo teringin makan akan beli kuih nie kt Mid-V. Korang nak taw berapa?? harganya RM10 utk 3 bantal. Gulpp! Mahai!

Bila dpt resepi ini dr MyResepi terus teruja nak mencubanya. Alhamdulillah menjadi. So sebelum blk ke KL menyempat lah sy men'crepe' kt dapur rumah bonda hehe...mak kata dia lebih suka kuih dadar versi yang asal. Adik saya pula sukakan dadar versi crepe ini. Jadi ikut selera masing-masingla, ada yang suka inti durian, ada yang suka inti kelapa/kacang hijau. Crepe durian nie jadi mahal bila dijual kerana isi durian yang digunakan adalah dari gred yang terbaik. Manakala krim yang digunakan pula ialah whipping cream yang mahal (sekotak non-dairy whipping cream berharga RM12)


Tercapai gak hajat nak bikin sendiri crepe durian hehe...terbaeek! Sy suka filling yg mcm nie. Tak berapa gemar jenis yang kastard tu ;)





Saturday, December 22, 2012

Cerpen pendek 2

Salam ya sahabat alam siber...
Sebelum rakan-rakan membaca cerpen pendek ini, marilah kita renungkan seketika :


‎"Siapa yang mengajak kebaikan maka baginya pahala seperti pahala orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun, dan siapa
yang mengajak kesesatan maka baginya dosa seperti dosa yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa mereka sedikitpun."
 (HR. Muslim no. 2674)

Pertolongan Allah itu mungkin tidak datang terlalu cepat dan mungkin juga tidak datang terlalu lambat...
Tetapi pertolongan Allah itu selalu datang pada saat yang tepat...


Suatu hari di bulan Januari...

Suami:"Ayang, kak Suhana ajak abg ke Kuantan 28hb nanti."
Isteri: " Ada apa bang? tarikh tu dah dekat waktu sy bersalin. Doktor jangkakan sy bersalin pd 30hb nanti."
Suami: " Itulah masalahnya..serba salah abg. Kakak dia nak hantar ank ke rumah pihak perempuan untuk majlis pernikahan pada 28hb tu..kalau abg tak ada apa kata kakak ipar nanti. Kak Hana kau pun nanti tarik muka kalau abg tak ikut.." Keluh si suami.
Isteri: " Tak boleh ker abg dtg rumah sy lepas hantar pengantin? Kan saya bersalin 30hb? Insya'allah sempat.." Si isteri memberikan cadangan. Namun jauh di sudut hatinya ada gelombang kesedihan.

Petang 26 Januari,di masjid besar Shah Alam.

"Alhamdulillah, dpt gak aku bersolat di masjid nie.." Bisik hati Ida. Dengan keadaan perut yang sdg sarat dia kuatkan diri untuk mengikuti adiknya Maryam ke DEMC Shah Alam kerana Maryam ada temujanji dengan doktor pakar mulut di situ.Balik dari hospital mereka singgah sebentar di masjid Shah Alam untuk menunaikan solat asar sebelum meneruskan perjalanan balik ke Kuala Lumpur. Sengaja dia meniti anak tangga yang tinggi itu untuk ke bahagian atas masjid. Tujuan Ida ialah agar dia mudah bersalin. Doktor pun ada memberitahunya agar kerap berjalan dan membuat senaman ringkas yang akan memudahkan bukaan jalan untuk bayi keluar nanti.

Ida menunaikan solat asar dan diakhiri dengan doa mohon Allah permudahkan proses bersalinnya. Dia juga memohon kepada Allah agar anak yang bakal dilahirkan nanti selamat dan sihat. Tidak lupa juga dalam doanya dia memohon agar Allah membukakan pintu hati suaminya agar berlaku adil terhadap dirinya dan anak yang bakal dilahirkan itu.Sudah lama dia menanti suaminya akan berubah menjadi suami yang adil dalam perkahwinan poligami ini.Sudah lama juga Ida bersabar dengan kerenah madunya Suhana yang tidak mengizinkan Fakri,suami mereka berdua untuk bermalam di rumahnya yang mana ia adalah wajib ke atas suami yang berpoligami.Walaupun sehari bermalam Suhana memang sesekali tidak membenarkan dia menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami kepada Ida.

Sejak awal mengandung hinggalah ke 9 bulan memang setiap malam Ida tidur berseorangan. Malam-malam sepi dan sedihnya diisi dengan solat serta mengaji. Setiap hari juga dia berdoa agar Allah mengurniakannya seorang anak perempuan. Fakri  memang teringin sangat seorang anak  perempuan memandangkan 4 orang anak dengan isteri pertama kesemuanya lelaki.

Jam 2 pagi Jumaat 27 Januari.

Tidur Ida dikejutkan dengan rasa sakit diperutnya. Sakitnya seolah-olah seperti memulas mahu membuang air besar. Selang 5 minit rasa sakit itu datang dan pergi.Segera dia mendail nombor adiknya Lina seorang jururawat bidan untuk memastikan yang rasa sakit itu adalah kontraksi awal bersalin.

"Aduh, sah memang anakku mahu lahir ke dunia saat ini." Bisik Ida dengan peluh dingin membasahi dahinya.

Dalam keadaaan menahan sakit, dia segera mendail nombor suaminya.

Ida: "Assalamualaikum abg.."
Suami: "W'salam...Hm..Naper call pagi2 nie?"
Ida:"Abg ayang dah rasa kontraksi lah, dah nak bersalin nie.."
Suami:"La..g  hospital soh Maryam hantar." 
Kecewa Ida mendengar jawapan suaminya. Segera dia meletakkan telefon.

7 pagi 27 Januari
Kaunter Kecemasan Hospital PUSRAWI.

Jururawat: " Puan sila daftar dulu sebelum kami bawa puan ke labour room.Oh ya mana suami puan?" Tanya jururawat tersebut.
Ida: " Er..sy datang sendiri..dia kerja." Ringkas jer jawapan Ida sambil menahan rasa sakit kontraksi.

Selesai urusan check-in Ida ditempatkan  ke  dalam  labour room. Jururawat yang bertugas memberitahu bahawa bukaannya baru bersaiz 2cm. Ida diminta berehat sehingga bukaan yang sesuai untuk proses meneran. Sambil berbaring menahan rasa sakit dia membanyakkan zikir Ya Khafid dan membaca surah Al-Fatihah agar proses bersalin akan dipermudahkan Allah.

Jam 9 pagi.
Doktor datang memeriksa keadaan Ida.
" Anak awak memang nak keluar masa naga Kong Xi Fa Chai keluar!" Selorah Doktor Daud. Doktor Daudlah yang memeriksa kandungan Ida sejak awal  kehamilan. Dia membuat lawak sempena Hari Raya Cina yang kebetulannya pada waktu Ida sakit nak bersalin. Dr.Daud merupakan doktor pakar O&G yang berpengalaman luas dalam hal sakit puan di hospital PUSRAWI.
'' Sekarang bukaan sempit lagi, awak berehat dulu. Awak nak saya suntik ubat tahan sakit tak? Ubat ni mengurangkan rasa sakit." Saran doktor Daud.
" Takperla doktor, saya tahan jer rasa sakit tu." Ida menyatakan jawapannya.
" Ok, saya akan datang lagi dalam masa 1 jam untuk memeriksa air ketuban awak." Doktor Daud pun berlalu pergi.

Ida merenung siling bilik bersalin dengan perasaan yang bercampur-baur. Irama jantung bayinya yang datang dari mesin CTG memecahkan kesunyian. Tadi sebaik sahaja dia siap menukar pakaian untuk proses bersalin jururawat segera memasang mesin CTG itu untuk memantau denyutan jantung bayi. Sekejap-sekejap jururawat datang memeriksa keadaan bayinya.

Dalam menahan kesakitan kontraksi,tangannya pantas mendail nombor Fakri suaminya.
"Hello, assalamualaikum abang. Dah gerak ke Kuantan ker?
"Belum lagi, tengah bersiap, pas solat jumaat baru gerak." Sayup-sayup suara Fakri di telefonnya.  "Abeh memang abang tak sempat datang tengok saya? Semenyih ke Jln. Tun razak tak jauh sangat.." Tanya ida lagi.

"Macamana abang nak datang....kak Suhana dan Danni nak tunggu dalam kereta ker? susahlah."

Jawapan Fakri menyebabkan air mata Ida bergelinangan. Telefonnya dimatikan. Dia menangis menahan kepiluan hati dengan kesakitan mahu bersalinkan anak Fakri.

"Sabarlah wahai diri, Allah akan melindungi aku dan anak yang bakal dilahirkan ini." Ida menenangkan hatinya. Ida kembali tenang dan berzikir hinggalah dia terlelap seketika.

"Assalamualaikum". Sayup-sayup kedengaran suara doktor Daud.

Ida membuka matanya dan mengagahkan diri untuk bersandar. Disamping doktor Daud terdapat dua lagi jururawat yang akan membantu proses Ida bersalin. Jururawat yang bernama Mariam sangat pandai menenangkannya. " Puan, banyakkan berzikir dan baca surah Al-Fatihah. Insya Allah semua akan dipermudahkan." Katanya dengan tenang sambil tangannya memeriksa perut Ida.

AKAN BERSAMBUNG DI ENTRY YANG AKAN DATANG....APAKAH AKHIRNYA FAKRI AKAN MUNCUL JUA MELIHAT ISTERINYA BERJUANG MAHU MELAHIRKAN ANAKNYA? ADAKAH IDA SELAMAT MELAHIRKAN? APAKAH YANG BERLAKU SETERUSNYA? 

The best ever marble cake

Salam semua.

Cuba teka kek apa yang digemari oleh orang-orang lama seperti mak-mak kita?
Ya kebanyakkan mereka amat mengemari kek marble. 
Atas permintaan mak yg teringin nak makan kek marble Fida pon cuba resepi dari CMG 
( Mat Gebu - Dapur Tanpa Sempadan ). Sebelum nie uat kek marble guna resepi lain. Apa yg Fida nak komen ialah resepi dari Mat Gebu ni memang terbaekkkk! Mak yg cerewet pon angkat jari ibu tanda kek marble tu sedap :D
Pastu bg kat mak saudara dan jiran. Mereka kata boleh buat jual kek tu sebab memang sedap. Fida pun makan dari sepotong ke sepotong tak sedar dah makan banyak hehehe....

Maka dengan rasminya kek ni antara yang wajib dibuat masa hari raya, dan kenduri kendara.



Resepi asal CMG guna 3 warna, tp mak Fida suka dua warna n rasa je.



Si kecil sy ni pon suka mkn kek ni. Tgkla aksi dia.
RESEPINYA:


Bahan-bahan ( Acuan ( 8 x 8 x 3 ) inci )

300 g mentega, pada suhu bilik
280 g tepung naik sendiri *
1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)
5 biji telur Gred A
250 g gula kastor
1 camca besar ovallet
30 g glycerin
20 g air
1/2 camca teh esev vanilla
1/2 camca teh strawberi emulco
1 camca teh coklat emulco

Cara-cara
  1.  Pukul mentega hingga kembang. Masukkan tepung yg telah diayak tadi. Gaul rata dgn mentega. Ketepikan.
  2.  Dalam mangkuk yg kering dan bersih. Satukan telur, gula dan ovallate.
  3.  Menggunakan kelajuan yg tinggi, pukul adunan hingga kembang dan gebu. Seperti adunan kuih baulu.
  4.  Perlahankan speed, masukkan adunan mentega tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga gliserin dan air. Gaul hingga rata.
  5.  Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu dicampur dgn serbuk koko (sy tak ada coklat emelco gantikn dgn 3 sdb serbuk koko ), satu lagi dicampur dengan pewarna kuning. 
  6.  Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x x3 ) inci dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas minyak. Tuang setiap adunan secara berselang seli hingga habis.
  7.  Bila sudah siap. Ambil lidi tester kek/lidi satay lorek sedikit adunan.
  8. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 40 - 45 minit, bergantung pada oven masing2. Jika selepas 45 minit dan apa bila dicucuk dgn lidi satu dibhg tgh2 kek dan hasilnya tidak kering. Tutup permukaan tin kek dgn tudung periuk (sy guna aluminium foil ) dan tambah masa membakar 5 - 10 minit lagi. Uji kek selepas 5 minit dibakar. Bila masak keluarkan kek dari tin dan sejukkan. Tujuan meletakkan "tudung periuk" / kertas foil ialah untuk mengelakkan kek hangus pada permukaannya.







Wednesday, December 12, 2012

Satu2Satu2Satu2 :)

SubhanaAllah, cantik tarikh hari ini kan?

Hari ni Fida pun tumpang gembira dengan seorang sahabat yang berjaya mendapat tempat untuk KPLI sepenuh masa. Saya sentiasa memberi dorongan kepadanya sejak dari awal sahabat ni memberitahu niatnya mahu memohon kursus perguruan sepenuh masa itu. Nampaknya rezeki dia Allah dah berikan dalam bentuk yang sedemikian. Mudah-mudahan rezeki saya pula selepas ini. In sha Allah, saya akan berusaha ke arah masa depan yang lebih baik. Selain itu penghijrahan itu nanti adalah untuk mencari keredhaanNya. Takkan selamanya saya mencari rezeki disana. Perkhabaran yang mendukacitakan yang Fida terima dari Putrajaya akhir Oktober lalu tidak akan mematahkan semangat ini untuk terus memohon menjadi salah seorang warga pendidik di Kementerian Pelajaran. Sesungguhnya saya terasa rugi andai diploma pendidikan yang saya ada sejak  4 tahun lepas tidak digunakan di tempat yang sewajarnya.

Ya Allah permudahkanlah urusanku ini...aamiin.


Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya. Bumi Allah luas, berusahalah mencari rezeki  yang halal.

Tuesday, December 11, 2012

Kek kacang tanah

Jarang saya masukkan entry waktu petang. Tapi hari ini ada kelapangan so bolehla menaip ;) lagipun si kecilku Qaseh sedang lena tidur dibuai mimpi...

Ouch! Cuti tinggal beberapa minggu sahaja. Kegembiraan hidup di kampung akan berakhir...
*sigh*......hidup di hutan batu suatu perjuangan...terutama hal karier saya..
Kata hati "Beranilah membuat keputusan! biar susah sekarang.
Tahun baru apa azam baru ? biar rahsia....ada dalam kepala Fida, sedang dicongakkan...

Dah berbalik pada resepi kali ini, sebenarnya dapat daripada dapur Dayang Jack (DAPURKU SAYANG). Fida memang suka resepi-resepi beliau. Dijamin menjadi dan enak! Penggemar-penggemar kacang tanah sure sukakan kek ini ;)


tgkla aksi my little angel mkn kek kcg hasil  tgn mama dia, lucu!





KEK KACANG TANAH


bahan-bahan : loyang 22-23 cm
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan kacang tanah (yang sudah digoreng/panggang dan dikisar)
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 5 biji telur Gred B
  • 1/2 cawan susu segar (boleh tambah jika perlu)
  • 200 g mentega 
  • 1  1/4 cawan brown sugar  ( guna 1 cawan brown sugar + 1/4 castor sugar) 
  • 2 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 170-180C. Lengserkan loyang kek dengan mentega. 
  2. Ayakkan tepung bersama serbuk penaik dan soda bikarbonat di dalam satu bekas. Kemudian, masukkan kacang tanah kisar dan kacau rata-rata. Ketepikan.
  3. Di dalam mangkuk pengadun, putar mentega bersama gula hingga kembang. (HIGH SPEED)
  4. Masukkan telur satu demi satu sambil diputar perlahan. 
  5. Masukkan esen vanilla dan putar lagi hingga sebati.
  6. Tuangkan susu segar sedikit demi sedikit sambil diselang-selikan dengan tepung. Kacau sebati dan perlahan-lahan dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. (JANGAN DIPUTAR DENGAN MIXER)
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 45 minit atau hingga masak keperangan.
  8. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong. 





Monday, December 10, 2012

Cinta dari syurga

"life is funny, isn't it? just when you think you've got it all figured out, just when you finally begin to plan something, get excited about it and feel like you know what direction you're heading in, the paths change, the signs change, the wind blows the other way, north is suddenly south, and east is west and you're lost. we plan, but Allah is the best of planners"

Qoute tu dari seorang sahabat. Ya itulah lumrah kehidupan, kita merancang tetapi Allah yang menentukan...
Last nite saya menonton cerekarama berjudul "Cinta dari syurga". Berkisar tentang perkahwinan poligami, pengorbanan dan keadilan. Watak utama (Fauziah Gous) sbg isteri pertama. Sememangnya bukan semua lelaki yang berpoligami mampu berlaku adil. Fauziah memohon perceraian dari suaminya kerana dia tidak mahu suaminya berterusan menanggung dosa akibat sikap tidak adilnya pada dirinya selaku isteri pertama. Ya mulanya kita merancang untuk saling bertolak-ansur, redha, sabar dan berkorban. Malangnya apabila si suami tidak melaksanakan peranannya dengan betul sebagai suami yang adil sudah pasti ada pihak yang mengambil kesempatan...memanipulasi...saya percaya tindakan Fauziah tu wajar kerana dia seolah-olah seperti wanita yang tiada suami kerana suaminya tidak memberikannya hak penggiliran. Dia berkorban dan mengalah. Hidup sendirian bersama cinta Allah adalah suatu kebahagian hakiki, in sha Allah :)  


Pesan seorang sahabat : "mengalah itu satu keistimewaan, satu kemampuan yang tidak dimiliki oleh semua orang, dengan si kecil ia betul tidak mudah tetapi bersyukurlah kerana kamu adalah hambaNya yang terpilih bukannya dia yang hanya senang didunia sahaja..."


Nampaknya N3 kali nie Fida tak masukkan resepi. In sha Allah entry seterusnya saya masukkan resepi kek kacang tanah yang enak :D
Sehingga itu, nite2!

Friday, December 7, 2012

Kisah murtabak

Kali nie nak citer ttg juadah savoury yg menjd kegemaran semua iaitu murtabak. Selain popular waktu bulan puasa, murtabak juga ada bermacam-macam versi. Ada murtabak Singpura, murtabak mamak,dan sebagainya. Kt hometown Fida mmg ada sebuah restoran murtabak Singapura yg popular. Sy pernah try mkn ternyata mmg enak.

Sepanjang cuti sekolah nie Fida dok kt umah parent di hometown Fida. Hati terasa tenang dgn kehidupan di sini. Memang sy dah berniat mahu menikmati sepenuhnya  percutian hampir 2 bulan ini dikampung tercinta bersama si kecil Qaseh.Tapi tulah, nak buat hobi 'baking' banyak peralatan dan bahan yg tidak ada. Misalnya whipping cream. Skrg kan tgh sibuk semua blogger dan peminat dunia masakan menghasilkan crepe durian. Semua dok tayang kt pasebok hehe...So Fida pun nak gak try buat sementelah durian dari Segamat tgh byk melambak org jual kt Muar skrg nie. Malangnya tak dpt nk beli ingredient yg utama dalam kuih tu sebab kt pekan tak ada dijual..  :(  bhn yg sy maksudkan tu ialah whipping cream.  Kat bando (sebutan org Muar) ada tp kena cari di kedai pembekal bahan kek. Nantilah Fida akn cuba usahakan untuk mencari whipping cream tu. Bila dah jd bolehla kongsikan di blog nie.

OK, tak maw citer byk2, N3 kali ni nk masukkn resepi murtabak maggie yg sy dah cuba. Resepi amek dr blog DTS yg glemer tula hehe..sebenarnya anak2 buah Fida suka sgt nk mkn maggie. Daripda diorg mkn maggie yg perencahnya tak berkhasiat baik Fida beli jer mee maggie Cintan dan buatkan diorg murtabak. Oklah nmpknya diorang suka ;)


Tak ada cuka kt umah mak, so mkn jerlah dgn sos :)



MURTABAK MAGGIE 
(resepi asal : Dapur Tanpa Sempadan -Mat Gebu)

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 paket mee segera MAGGI perisa kari
2 biji telur
150 g daging cincang
1 biji bawang besar, cincang
1 cm halia*
1 ulas bawang putih*(*tumbuh lumat)
1 camca teh rempah kari daging
1 pokok kecil daun bawang, hiris halus (Fida tak letak)
1 biji cili merah, hiris halus (Nie pon tak letak sbb budak2 tak mkn pedas)
1 biji cili hijau, hiris halus
1/2 camca teh serbuk lada hitam

1 camca besar mentega
1/4 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak masak
Fida campur sayur campur (menderhaka sket dr resepi asal hehe)

BAHAN BAWANG JERUK :-)
1 biji bawang besar
1/4 cawan cuka makan
1 camca besar sos cili
1 camca besar gula
Secubit garam (jika perlu)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK JERUK BAWANG :- Bawang besar, dikupas, cuci dan hiris halus2. Satukan bersama cuka makan, cili sos, gula dan sedikit garam jika perlu. Kacau rata dan simpan dalam peti sejuk 20 - 30 minit.
  2. UNTUK MERTABAK MAGGI :- Asingkan mee segera dari rencahnya. Celur mee segera tadi hingga lembut, toskan dalam tapisan dan biar sejuk. Panaskan mentega, tumis bawang besar hingga perang, masukkan rempah kari, perencah mee maggi, serbuk lada hitam dan daging cincang. Kacau rata dan tuang air, masak dengan api perlahan hingga hampir kering. Tambah hirisan cili merah, hijau dan garam secukup rasa. Matikan api.
  3. Dalam satu mangkuk, masukkan 1/2 bahagian mee, 1/2 bahagian daging dan 1/2 bahagian hirisan daun bawang, gaul rata. Pecahkan 1 biji telur, kocok sedikit dan tuang dalam mangkuk berisi bahan2 tadi. Kacau rata dan tuang ke dalam non-stick pan yang telah dipanaskan dengan sedikit minyak masak.
  4. Masak dengan api perlahan sehingga permukaannya mengeras (nak cepat tutup sekejap), dan terbalikkan. Masak untuk 1 - 2 minit lagi hingga kuning keemasan. Alihkan ke dalam pinggan. Buat kaedah yang sama untuk baki bahan2 tadi.
  5. Potong murtabak maggi tadi ikut kreativiti masing2 

Friday, November 30, 2012

RM10 vs RM2000

Salam Jumaat semua.

Mama Qaseh ni masih lagi mood bersedih  ( lebih  kpd  terkilan ) mengenangkan tak dpt membawa mak, si santek Qaseh dan sepupu-sepapatnya berjln2 ke I-City dan zoo negara  kelmarin. Sy blk sekejap ke KL sbb on-duty. Buat permintaan kpd  hb minta tlg bwkkan ke tempat2 tersebut. Sebenarnya dh taw permintaan sy yg 'seciput' tu  takkan dpt dilunaskan (siap mention yg tiket tak mahal  byr RM10  jer..lainlah ke Bandung kena kuar duit ribu-riban )  Hm....nak buek  camno....org lain mahu bershopping dan rombongan Cik Kiah ke over the sea....cepat shj dia bawa.... :((   baiklah  bersabar...bersabar... insya'allah kelak sy dah dpt lesen driving sy akan bwk ke mana2 shj si santek qaseh dan sepupu-sepapatnya. Moga Allah permudahkan urusan sy ini amiin..

Slalu ingat pesan  mak.. 'biar org buat jahat kt kita,kita bersabar, nnt Allah bg  ganjaran kpd kamu..'  Ya  mak, sy dan  Qaseh akn terus bersabar meniti hari2 mendtg. Sy percaya di hujung jln nnt ada sesuatu yg  indah menanti kami berdua.

Friday, November 23, 2012

I see green.

N3 kali nie semua ttg hijau/kehijauan hehe..


Masa melawat Kluang sempat  singgah satu kwsn perladangan nie. Menyegarkan! Fikiran pun rasa tenang sebab ku lihat hijauuu... (sebut mcm Zainal  Abidin nyanyi ok ! ) Di kawasan ladang organik tersebut ada tanaman herba yg pelbagai jenis dimn kebanyakkannya sy jarang jumpa. Selain itu terdapat ladang buah  Mulberry (spesis strawberry-bila kt sini terasa cam kat oversea la plak hehe..),buah Markisar, buah dragon,  rumah cendawan,nursery dan ladang ternakan itik, ayam  belanda dan juga arnab.

Andai penat  nak berjln kt situ ada juga disediakan basikal (ladang organik nie mmg  luas). Pastu  kalo nak hilangkn dahaga bolehla singgah ke cafe mereka yg menyediakan minuman segar jus buah-buahan organik.

Pendek kata sy mmg suka kwsn ladang tersebut. Insya'allah ada masa nnt nak bawa family plak :)

Ladang Mulberry. Takyah  g  oversea kt tmpt kita  pun dah ada ;)

Buah Mulberry sdg masak ranum tunggu masa dipetik..

Pokok Misai Kucing juga byk ditanam di ladang organik ini. Misai  Kucing satu herba yg byk khasiat antaranya mengubati penyakit kencing manis. 
Yg  ini  pula buah Strawberry India.  Tanaman ini juga adalah tanaman herba yg byk khasiatnya.
~RESEPI  PILIHAN~
Dah citer ttg topik hijau nie so fida masukkan skali lah resepi yg berasaskan tanaman hijau gak dlm N3 nie. Dah lama sy tak masukkan N3 resepikan? Resepinya ialah Kek Lapis Hijau Segar (memandai tukar nama hehe..asal nama kek lapis tu ialah kek lapis evergreen sumber resepi dr sifu kek lapis diinternet siapa lg kalau     bukan kak Dayang Jack).


Terbaeeklah. Kek  lapis kali nie alhamdulillah  menjd
sprt  yg diinginkan. Tekstur  yg lembab dan rasa  yg  enak.

Dengan aroma daun pandan dan
rasa lemak manis santan serta kaya, kek nie mmg dpt memuaskan hati peminat kek  berasaskan  pandan :)


Cara -cara :
  1. Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang. (high speed)
  2. Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega bersama susu pekat hingga putih berkrim. Kemudian masukkan serbuk santan dan putar lagi hingga sebati.
  3. Satukan adunan telur dan mentega tadi. Sebatikan.
  4. Setelah itu masukkan serikaya, pes pandan dan horlicks. Gaul-gaulkan sebati.
  5. Akhir sekali masukkan tepung dan esen vanilla. Kacau hingga betul-betul sebati.
  6. Sediakan loyang yang telah disapu dengan mentega disekelilingnya. Tuangkan sedikit adunan dan ratakan (anggaran 5 sudu makan). 
  7. Bakar lapisan pertama sehingga bertukar warna keperangan (dengan menggunakan api atas). Ulangi proses hingga habis.
  8. Untuk lapisan terakhir, bakar sekejap dengan menggunakan api atas sehingga keperangan dan barulah dipasangkan api bawah selama 10 minit. 
  9. Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.
  10. Cara-cara menyimpan kek : alaskan dengan kertas serap minyak, balutkan dengan cling wrap dan simpan dalam bekas yg bersesuaian. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk. 






Wednesday, November 21, 2012

Part 2 - Universal Studio Singapore (USS)

Ini sambungan gambo2 utk N3 ttg trip fida ke LEGOLAND dan USS (Universal Studio) pd bulan lepas. 


1set Laksa Singapura  yg  berharga 12 dollar ( Dlm rm30 lebihla)
Laksa  nie ada bebola ikan pedas. Rasa kuahnya  lemak2. Sdap  juga ;)

Lucu dengan telatah si  Betty yang seksi ;)











Lawatan ke LEGOLAND, KUKUP dan UNIVERSAL STUDIO Singapura (Part 1)

Salam semua.
Musim-musim cuti nie nak citerlah ttg percutian.
Kali nie nak ceciter ttg lawatan  fida last  month ke Taman Tema LEGOLAND. Masa dlm perjlnan ke sana sy singgah di Kukup Pontian utk bermlm d homestay kg nelayan disana. Selain  LEGOLAND fida sempat gak singgah ke negara jiran kita tuh Singapura melawat Taman Tema UNIVERSAL STUDIO. On d way blk singgah ke Kluang  plak.

LEGOLAND nie bg Fida belum mencapai standard 5 bintang . Oleh  krn negara kita beriklim panas, LEGOLAND  mmg sgt panas dan  bahang  terutama apabila melepasi  jam 12 tghari...merah mcm bara pp gebu ank2 Mat Salleh menahan kepanasan. Pandangan sy kekurangan senibina kt Malaysia nie selalu meninggalkan landskap hijau. Sebenarnya landskap taman yg kehijauan nie yg penting utk memberikan suasana yg sejuk  dan iklim yg menenangkan kerana tumbuh-tumbuhan akan meredupkan sesuatu kawasan yg panas itu.(Dulu STPM amek subjek Geografi tu yg sensitif sket pasai isu alam sekitar hehe..) Selain  itu permainan yg disediakan hanya sesuai utk golongan kanak2 sekolah rendah atau tadika. Pendpt fida yg menarik perhatian org dewasa hanyalah Mini Legoland. Harapan  Fida semoga Legoland nnt dpt  menambah             lagi daya tarikannya dan  membaik pulih seni landskapnya agar lbh hijau dan redup.

Sementara tu kalau nak banding dgn Universal Studio di Singapura mmglah jauh ketinggalan. Servis d sana mmg tip-top. Segala jenis permainan yg menarik disediakan untuk pelbagai peringkat umur pengunjung  (teringat ada satu nenek nie bersemangat nak bermain Transformer 4D!).  Mmg kalau nak  masuk ke sana mesti dr awal  pagi hinggalah ia tutup pd jam 7p.m. Permainan yg plg  Fida suka ialah Transformer 4D. Sgt 'COoL'...sama mcm  pengalaman bermain Spiderman 3D semasa berada di Universal  Studio Japan dulu. 
Tiada mknan halal? Sebenarnya food court  kat sana ada dilabel  dgn restoran mana  yg halal dan tidak halal. Masa dpt pamphlet  kt entrance tu kita mesti study map U.S. barulah nmpk tmpt2 mkn yg dilabelkan dgn tanda halal.
Insya'allah ada rezeki nanti fida nak bawa si santek Qaseh ke sana.Trip yg nie atas urusan  kerja  jadi  tak boleh bawa si kecil tu ;)

WE'R  FAMILY! ;P

Burung  kakak  tua...  comelkn?

Yg nie  'cool'..air yg keluar  akn  diikuti oleh irama  muzik.

Try  my  luck!

Dptla  naga  merah buah tgn utk si kecilku Qaseh :D

Ok nak balik dulu ya, bye2!

Fida akan sambung lg gambo2 menarik di Universal Studio next entry k.




Thursday, November 15, 2012

Cerita Qasehku

Salam Maal Hijrah 1434.Semoga tahun baru ini kita semua akan berubah menjadi hambaNya yang lebih baik dunia dan akhirat insya'allah..

Musim cuti nie ingat nak tulis story mory a.k.a novel pendek.  Lama terpendam nak menulis novel.  Dulu masa study KPLI lecturer soh tulis satu cerpen pendek untuk tugasan akhir sem. Fida apa lagi tulislah satu cerita cinta ala-ala Korean movie ehek (cuma versi fida ialah bumi matahari terbit - Jepun). Sebenarnya cerpen tu ditulis berdasarkan pengalaman fida melawat Jepun satu masa dahulu. Sy banyak idea nak menulis cuma jari-jemariku maleh sungguh nak menari-nari di atas papan kekunci ;P

Fida dah post satu cerpen pendek dalam N3 yg lepas, bolehla baca  kalau sudi. Semoga cerpen-cerpen fida tu dapat memberi manfaat kpd pembaca blog semua.

Inilah cerpen  yg  fida  tulis masa last sem uat KPLI pd 2007.  

Ok berblk pd cerita asal N3 nie, si santek sy (Qaseh Humaira) kini dah berusia 9 bulan..alhamdulillah. Before start cuti sek sy hantar dak santek tu ke rumah bonda sbb sy bz (nak kena g trip sek, ada xtvt ari sabtu kt sek dan juga krn bln nov hanya kerja 5 hari sy taknk byr pengasuh, rugi!) Hampir sebulan  Qaseh dok umah nenek. Mula2 tu mmg rindu banget kt dia siap nangis2 sensorang kt rumah. Tp dah lama tu ok lah (tiap2 ari call kdg sampai 2-3 kali walhal si santek sy tu blom leh ckp dgn btol hehe...)

Bila fida blk on weekend nak jenguk dia, wah Qaseh majuk gak lah dgn mama dia! (T,T) Tp dia majuk skjap jer...pas 2-3 jam dia dah OK :D

Ok stop. Jom layan gambo2 si santek fida  tu..

Skrg ni lil  Q kuat myusu, 5 Oz enggak cukup ;)


WoW! My lil Q sdg 'usha' kek lapis mama dia ;)


Jenguk apa tu nak? lahai ksian santek  gigit   jari  kebosanan.

Gigit! Qaseh suka banget mengigit  pasai  gatai  gusi nak  tumbuh  gg ;)





Monday, November 12, 2012

Cerpen pendek 1 : Niat yang baik dipermudahkanNya..

Suatu petang yang indah,

Isteri: 'Abg boleh minta izin balik ke kg?"
Suami: 'Bole.." sambil mata tidak berganjak memerhatikan skrin televisyen.
Sambil tersenyum gembira si isteri mengusap-usap perutnya yang kian membesar. Tak sabar rasanya mahu bertemu ibuayah dan anak-anak saudara di kampungnya di selatan tanah air itu.
Suami:'Tapi abg tak bole hantar ayang ke TBS, ada kerja sket'
Isteri: "Yerker.." Disebalik wajahnya yang tenang terpancar rasa sedih dan kecewa kerana dalam keadaan berbadan dua dia mengharapkan si suami menghantarnya ke bus station. Walaupun si suami tidak dpt menghantarnya ke kampung tapi cukup baginya jika si suami dapat menghantar ke bus station.

"Takperlah, mungkin kerja abg tu penting..aku usaha sendirila berjln naik lrt ke bus station nanti. Lagi pun baik utk kandunganku ini." Bisik hati si isteri.

Keesokan harinya..

Si isteri sedang melayan perasaan menanti bas bergerak. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.
Tertera nama suaminya di skrin telefon.

"Assalammualaikum abg, kt mn?"
Suami: "W'salam. Kt Ampang Point.."
Isteri: "Eh ada apa kt situ?? kata semalam ada kerja?" Pelbagai persoalan bermain dalam kepala si isteri.
Suami:"Hm..sebenarnya kereta abg rosak..kak Ina kaulah mintak abg hantarkan ke salon kat sini nak buat kening katanya. Masa nak balik nak start enjin terus kereta meragam. Ayang dah sampai mana?"
Isteri: "La..inilah 'kerja penting tu'??... kan dia ada kereta sendiri naper minta tolong abg? Ayang dalam bas, belum gerak lagi."
Suami: " Dia tak taw jln nak ke sini.."
Isteri: " La..yerker..dah lama dok KL pon tak taw ker..naperla abg tak terus terang jer semlm..sy faham kalau abg ada hal dgn dia.."

Bas mula bergerak meninggalkan ibu kota Malaysia yang sentiasa sesak itu. Dalam kepala si isteri betapa Allah itu Maha Adil, jika sesuatu pekerjaan itu dengan niat yang baik insya'allah Dia permudahkan. Namun jika sebaliknya..itulah yang berlaku pada suaminya. Dia tidak berdoa atau terdetik apa-apa di dalam hatinya semalam apabila si suami tidak dapat menghantarnya ke bus station.

Doa si siteri satu sahaja, semoga si suami dapat bertindak dengan adil dan madunya itu dapat menerima dirinya seperti mana dia menerima madunya itu dengan ikhlas hati. Tidak pernah dia menahan langkah si suami untuk balik ke rumah madunya walaupun si suami hanya sekadar datang menjenguknya tanpa memberikan hak bermalam untuk dia. Tambahan lagi dalam keadaan berbadan dua itu dia memang sangat memerlukan suami berada di sampinganya jika berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini.

Saturday, October 27, 2012

Pengorbanan..

Salam Aidiladha. Bagi sy Hari Raya Aidiladha ini besar maknanya. Pengorbanan seorg ibu dan isteri. Hampir sebln Qaseh Humaira tdk bertemu ayahnya. Setiap kali memandang wajah ank kecil sy itu tiap kali itulah hati diruntun sayu.

"Takperlah nak, kita berkorban utk kebahagian dan kepuasan org lain...mudah-mudahan Allah akn melimpahkan rahmat,nikmat dan berkat pd kita..' Bisik sy ke telinga Qaseh apabila dia sedang tidur lena."

Walaupun tidak layak untuk disamakan dgn Siti Hajar namun ketabahan dirinya, ketaatnya pd suaminya dan kebergantungan Hajar pd Allah memberikn satu semangat untuk diri sy.

Iniah kisah Siti Hajar...
NABI Ibrahim dan Siti Sarah sudah lama berumah tangga, namun tidak dikurniakan zuriat. Siti Sarah mencadangkan supaya Nabi Ibrahim berkahwin seorang lagi dan merestui Siti Hajar menjadi madunya.

Pada mulanya, Nabi Ibrahim keberatan kerana cintanya terhadap Siti Sarah tidak luntur. Namun, Siti Sarah berkeras dan akhirnya, Nabi Ibrahim bersetuju memperisterikan Siti Hajar.

Apabila Siti Hajar hamil, Nabi Ibrahim amat gembira dan mengharapkan Siti Sarah turut berasa gembira. Namun, berita kehamilan Siti Hajar itu membuatkan madunya cemburu.

Kian hari, rasa cemburunya kian menebal, terutama selepas kelahiran Ismail hingga Siti Sarah mendesak suaminya membawa Siti Hajar dan anaknya jauh dari tempat itu.

Nabi Ibrahim dan Siti Hajar serta anak mereka lantas menuju ke Baitul Haram.

Siti Hajar adalah lambang wanita sejati yang taat kepada suami dan perintah Allah. Segala kesukaran, kepahitan, keresahan yang ditempuh Siti Hajar bersama anaknya kecilnya, Ismail ketika ditinggalkan Nabi Ibrahim di tengah-tengah padang pasir kontang, adalah lambang kesetiaan dan kepatuhan seorang isteri kepada peraturan suaminya.

Inilah iktibar kisah daripada al-Quran yang menggambarkan seorang isteri contoh yang menjadi lambang kewanitaan sejati. Kalau wanita Islam hari ini bersemangat kental seperti Siti Hajar, tentulah mereka akan sentiasa bahagia dan tidak akan mengenakan sekatan tertentu terhadap suami.

Contoh yang ditunjukkan oleh Siti Hajar, yang sanggup menempuh pelbagai kesusahan hidup semata-mata kerana taatkan perintah Allah dan suaminya, tidak syak lagi suatu contoh cukup baik untuk diteladani.


Kisah ketabahan Siti Hajar, turut mempunyai kaitan dan falsafah penting ketika umat Islam menunaikan ibadat haji sekarang. Sebab itulah bagi jemaah yang berada di tanah suci, sama ada ketika mengerjakan umrah atau haji, mereka difardu atau dirukunkan selepas tawaf di Batitullah al-Haram, menunaikan sai iaitu berulang alik dari Safar ke Marwah sebanyak tujuh kali. Ia bertujuan mengingati kembali falsafah penderitaan yang ditanggung Siti Hajar itu.

Berikut adalah sebahagian kisah pengorbanan Siti Hajar.

Dalam bahang terik mata hari di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang, Nabi Ibrahim, menunggang unta bersama Siti Hajar. Perjalanan agak sukar, namun hal itu tidak memberi kesan kepada mereka. Yang lebih diharapkannya ialah ketabahan hati untuk meninggalkan Siti Hajar dan bayinya di bumi gersang itu.

Sepanjang perjalanan, dikuatkan hatinya untuk terus bertawakal. Dia yakin, Allah tidak akan menganiaya hamba-Nya. Pasti ada hikmah di sebalik perintah itu. Selepas kira-kira enam bulan perjalanan, tibalah mereka di Makkah.

Nabi Ibrahim memilih sebuah lembah di tengah-tengah padang pasir. Nabi Ibrahim turun dari untanya dan mengikat tali unta di sebatang pokok tamar.

Bahang sinaran matahari bukan kepalang. Tekaknya yang dari tadi kehausan, sedikit pun tidak diendahkannya. Yang difikirkannya, bagaimanakah cara memberitahu isterinya mengenai perintah Allah itu. Sepanjang perjalanan lidahnya seolah-olah kelu untuk berkata-kata.

Selepas Siti Hajar diturunkan, tanpa berlengah lagi Nabi Ibrahim bersiap sedia untuk pergi. Apabila Siti Hajar melihat perlakuan suaminya, yang bergegas-gegas mahu pergi, ditariknya jubah suaminya sambil merayu-rayu:

"Wahai suamiku, apakah aku akan ditinggalkan bersama anakmu di sini?"

Tanpa memandang wajah isterinya, Nabi Ibrahim hanya mampu menganggukkan kepala. "Oh... kiranya kerana dosaku menyebabkan engkau bertindak begini, ampunkanlah aku. Aku tidak sanggup ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang ini."

Nabi Ibrahim menjawab: "Tidak wahai isteriku, bukan kerana dosamu..."

Siti Hajar bertanya lagi: "Kalau bukan kerana dosaku, bagaimana dengan anak ini... Anak ini tidak tahu apa-apa. Tergamakkah engkau meninggalkannya?"

Kepiluan dan kesedihan Nabi Ibrahim, hanya Allah yang tahu. Katanya: "Tidak, bukan itu maksudku. Tapi apa dayaku... ketahuilah, ini semua adalah perintah Allah."

Apabila disebut perintah Allah, Siti Hajar terdiam. Kelu lidahnya untuk terus merayu. Terbayang olehnya penderitaan yang bakal dihadapi sendirian nanti. Dia yakin kalau tidak kerana perintah Allah, masakan sanggup suaminya meninggalkan dia serta anaknya di situ.

Siti Hajar sedaya upaya menguatkan pergantungan dan pertolongan kepada Allah. Namun hatinya masih tertanya-tanya, apakah hikmah di sebalik perintah Allah itu? Ketika gelodak hatinya semakin memuncak, dengan rahmat Allah, disingkapkan penglihatan Siti Hajar ke suatu masa akan datang. Digambarkan tempat itu nantinya akan didatangi oleh manusia dari serata pelosok dunia, yang berduyun-duyun datang untuk membesarkan Allah.

Melihat peristiwa itu, terpujuklah hatinya. Cinta dengan Allah, dengan menegakkan agama-Nya, perlukan pengorbanan. Lalu dengan hati yang berat tetapi penuh keyakinan, Siti Hajar berkata kepada suaminya: "Jika benar ia adalah perintah Allah, tinggalkanlah kami di sini. Aku reda ditinggalkan." Suara Siti Hajar mantap sambil mengesat air matanya.

Ditabahkan hatinya dengan berkata: "Mengenai keselamatan kami, serahkanlah urusan itu kepada Allah. Pasti Dia akan membela kami. Masakan Dia menganiaya kami yang lemah ini."

Siti Hajar menggenggam tangan suaminya. Kemudian dikucupnya, minta reda di atas segala perbuatannya selama mereka bersama. "Doakanlah agar datang pembelaan Allah kepada kami," kata Siti Hajar.

Nabi Ibrahim terharu dan bersyukur. Isterinya, Siti Hajar memang wanita terpilih. Dia segera mengangkat tangannya untuk berdoa: "Ya Tuhan kami. Aku tinggalkan anak dan isteriku di padang pasir yang tandus tanpa pohon berkayu dan buah-buahan. Ya Tuhan kami, teguhkanlah hati mereka dengan mendirikan sembahyang, jadikanlah hati manusia tertarik kepada mereka, kurniakanlah rezeki pada mereka daripada buah-buahan mudah-mudahan mereka bersyukur kepada-Mu."

Menitis air matanya mendoakan keselamatan anak dan isteri yang dicintai. Hati suami mana yang sanggup meninggalkan anak dan isteri di padang pasir tandus yang sejauh enam bulan perjalanan dari tempat tinggalnya. Namun atas keyakinan padu pada janji Allah, ditunaikan juga perintah Allah walaupun risiko yang bakal dihadapi adalah besar.

Selesai berdoa, tanpa menoleh ke arah isteri dan anaknya, Nabi Ibrahim terus meninggalkan tempat itu dengan menyerahkan mereka terus kepada Allah. Tinggallah Siti Hajar bersama anaknya yang masih merah dalam pelukannya. Diiringi pemergian suaminya dengan linangan air mata dan syukur. Ditabahkan hati untuk menerima segala kemungkinan yang berlaku.

Tidak lama selepas pemergian Nabi Ibrahim, bekalan makanan dan minuman pun habis. Air susunya juga kering sama sekali.

Anaknya Ismail menangis kehausan. Siti Hajar hampir buntu. Di mana hendak diusahakannya air di tengah padang pasir yang kering kontang itu?

Sedang dia mencari-cari sumber air, dilihatnya dari jauh seperti ada air bertakung. Dia berlari ke arah sumber air itu. Tetapi apa yang dilihatnya hanyalah fatamorgana.

Namun Siti Hajar tidak berputus asa. Dari tempat lain, dia ternampak seolah-olah di tempat di mana anaknya diletakkan memancar sumber mata air.

Dia pun segera berlari ke arah anaknya. Tetapi sungguh malang, yang dilihatnya adalah fatamorgana. Tanpa disedari dia berulang-alik sebanyak tujuh kali antara dua bukit, Safa dan Marwa untuk mencari sumber air.

Tubuhnya keletihan berlari ke sana ke mari mencari sumber air, namun tiada tanda-tanda dia akan mendapat air. Sedangkan anak yang kehausan itu terus menangis sambil menghentak-hentakkan kakinya ke bumi. Tiba-tiba dengan rahmat Allah, sedang Siti Hajar mencari-cari air, terpancutlah air dari dalam bumi di hujung kaki anaknya Ismail.

Pada waktu itu gembiranya hati Siti Hajar bukan kepalang. Dia pun mengambil air itu dan terkeluar dari mulutnya, "Zami, zami, zami.." yang bermaksud, berkumpullah, kumpullah. Seolah-olah dia berkata kepada air itu, "Berkumpullah untuk anakku."

Selepas peristiwa itu, kabilah yang berlalu akan berhenti untuk mengambil air. Ada pula yang terus bermastautin di lembah Bakkah (Makkah) kerana dekat dengan sumber air itu. Begitulah kehendak Allah. Sengaja didatangkan sebab musabab untuk menjadikan Islam gemilang dan Makkah menjadi tumpuan manusia.
Perjalanan hidup ini masih jauh..insya'allah kan mama harungi demi masa depanmu Qaseh...

Saturday, October 6, 2012

Pahit akan manis jua akhirnya. Bertabahla hati!

Apa khabar dunia maya? Lama sy tak up-date N3 sejak bulan puasa lalu.Kesibukan diri sebagai ibu muda dan hambatan masa serta keletihan yg merantai menyebabkan sy malas untuk menaip N3. Adalah beberapa resepi kek dan biskut yg sy buat masa Aidilfitri lalu yg akan diselitkn dlm N3 kali ini.

Entry kali ini sy mahu bkongsi cerita benar yg berlaku ramadan lepas. Saya anggap musibah yg melanda ini sebagai dugaan di bulan ramadan. Menerimanya dengan hati yang sabar walau pun amat berat untuk menanggungnya. Allah sentiasa bersama hamba-hambaNya yg bersabar, Insya'allah.

Ceritanya begini:

20 Ramadan 1433
Jam 8.00 pagi
Staffroom 1 sek***

Saya baru shj masuk ke staffroom selepas bertemu kak Nor untuk memberinya sedikit buah tgn dr kg ( dia nie dah jd mentor kpd sy krn sy byk merujuk dia jika ada apa2 permasalahan di tempat kerja memandangkn Kak Nor ni guru yg super senior di sek sy).

Cikgu X : Kak fid2, td pengetua dtg sini mcm marah soh akak kemaskan brg2 foyer kt bengkel! Cikgu X memberitahuku dgn nada cemas.

Cikgu Y : Yarlah she came just now looking for u. Dia mcm marah lah.

Sy : Hah?? ( dlm fikiran ini sdg pelik memikirkan kenapa pengetua marah kt aku shj? sdgkn dlm pasukan foyer utk konsert sek ada 4 org guru dan ketua bukannya aku seorg!)
Terus sy bersuara..

Sy : Eh, tp kan bkn kfid ketua? naper marah akak jer?? mdm ***  kan ketua foyer??...ni tak adil naper kaum dia jer dia tak marah, kat kita teruk kena! Getus sy dgn nada tdk berpuas hati. Sebenarnya brg2 tu sedang dibuka skrunya sedikit-sedikit oleh cikgu S, rakan sepasukan sy. Kerja2 membuka skru tu tak boleh dilakukan dgn cepat kerana yg pertama hanya ada sebuah shj cordless screw driver di sek itu pun kepunyaan technician sek. Dia juga selalu sibuk dan kami sukar mendptkn alat tersebut. Yg kedua, sy, cikgu X dan cikgu S dihambat dgn jadual waktu yg padat. Hanya ada masa rehat 20 minit dan 40 minit pd waktu tengah hari. Jadi hanya waktu itu shj kami bole melakukan kerja2 yg bkn pengajaran dan akademik.

Hairan sy dgn tindak tanduk pengetua yg baru ini. Lg hairan bin ajaib, bkn ker dia tahu yg cikgu X juga dlm pasukan foyer? Kenapa dia tak minta shj Cikgu X kemaskan brg2 foyer di bengkel drpd mencari2 sy yg tdk ada dlm staffroom ni???

Di suatu sudut staffroom ****

Seorg lelaki bertubuh tinggi,perut memboroi dan berjambang sdg memasang telinga perbualan diantara sy, cikgu X dan Y.

Tiba-tiba dia meluru keluar dari staffroom ****..

Sedang sy dan rakan guru yg dua org itu berbual tiba2 daun pintu staffroom di tolak dgn kuat.

Terjonggol muka pengetua yg masam mencuka.

Pengetua : Sudah cukup apa yg sy dgr, sy minta kamu membersihkan brg2 kumpulan kamu mengapa kamu cerita lain dan mengatakan sy racist?? Matanya yg sepet menjd bulat memandang sy.

Sy yg hairan dgn amukan pengetua itu hanya memandang shj mukanya. Lebih baik berdiam dr berkata kerana dia sdg dikuasai emosinya yg tdk rasional.

Di be.lakang pengetua berdiri cikgu lelaki yg memasang telinga td. Mukanya tersenyum sinis, mungkin puas hati dapat mengenakan kami bertiga dan bertambahlah baiknya dia di mata pengetua a.k.a boss .

Sah! memang tdk silap lg lelaki berhati busuk dan berniat jahat itulah yg memanggil pengetua ke staffroom sy.

Dr kerlingan mata sy, lelaki hipokrit yg gilakan nama,kuasa dan pangkat itu sedang berpura-pura dia tdk terlibat sambil bermuka selamba.

Pengetua : Sy tdk memberitahu mdm **** kerana dia ada byk tugas lain! Dia sgt sibuk dan kamu tdk berhak mengatakan sy racist!Tegasnya sambil berpeluk tubuh merenung muka sy.

Sy : Ohw sorilah mdm kalo sy silap tp bkn dia ketua ker? sy fikir ketua yg mesti diberitahu dahulu utk mlaksanakan tugasnya?
Laju jer mulut sy meluahkan perkara itu. Sy yakin kerana sy di pihak yg benar. Tdk salah sy argue ttg perkara yg betul.

Pengetua: This is my first time scolded n screaming like this to my staff. I'm sick of you people who like to gossiping rather then do your work! Jeritnya sambil melangkah keluar dr staffroom sy.

Ya Allah, ini juga satu sejarah  dlm hidup sy dikenakan oleh rakan sekerja yg gilakan pangkat dan dombakan
nama baik di mata boss dgn cara terkeji ini. Menganaiya sy sehingga sy dikatakan pengetua pekerja yg hanya tahu bergossip! ( Pengetua nie tak taw ker latar blkg sy yg dah 12 tahun berkhidmat dgn setia di sek *** dan tlh melalui 2 org pengetua yg terdahulu. Inilah pertama kali jumpa rakan sekerja yg sgt jahat dan tlh dianaiya dgn teruk! )

Subhanaallah, sy rasa seperti dilanggar tren komuter yg bergerak laju dan rasa seperti ini hanya mimpi. Tetapi perkara ini mmg benar2 berlaku.

Sy, cikgu X dan Y terpaku terdiam kerana kami masih lg dlm keadaan terkejut.

Sebaik sahaja pengetua keluar dr staffroom lelaki yg berniat jahat itu juga bergegas keluar.

Mungkin takut kami menyoalnya mengapa dia sanggup melakukan perbuatan hina dan keji tersebut.

Cikgu Y: Ya Allah kfid, si **** setan tu mmg jahat, sy nmpk dia keluar td, mmg dia yg report n soh mdm *** dtg sini. Hish, tak sangka sy dia mmg jahat! Rungut cikgu Y.

Sy: Itulah watak dan perwatakan si ****... dr dahulu nak sgt pangkat dan nama tp kfid tak sangka kfid akn teraniaya n jd mangsa dia. Ini mmg betul2 cara yg terdesak.... Takpa lah doa org2 yg teraniaya akn dimakbulkan Allah, lg pun ini bln puasa, mungkin dugaan utk kita..." Sy berkata utk menyedapkan hati yg sedih.

Cikgu X: Eh betul taw, dlm agama kami pun jika org jahat mendpt byk kata2 sumpahan n doa dr perbuatannya, satu hari God will punish him!

Sejak insiden itu pengetua tlh melabelkn sy pekerja yg teruk dan perkara tersebut tlh dinaikkn dlm mesyuarat mingguan. Si jahat tersenyum dgn kepuasan dalam mesyuarat tersebut.

Sy pula redha menerima dugaan ini. Sy tdk menunjukkan riak sedih dan bersalah kerana sy yakin sy di pihak yg banar. Sy berjumpa pengetua dan berdebat dgnnya ttg penglabelannya yg menyatakan sy pekerja yg teruk.

Selalunya air mata sy mudah jer jatuh berjuraian bak embun di pagi hari. Tetapi pd waktu sy berdebat dgnnya setitik air mata pun tdk gugur! Alhamdulillah, sy yakin kekuatan itu dtg dr Allah. Hanya dia mampu menolong org2 teraniaya sprt sy.

Sy menyatakan pd pengetua bahawa org2 kanan kepercayaannya lah yg hipokrit serta plg teruk mengutuk corak pentadbirannya. Bukan sekali tetapi setiap hari hinggakan sy dan rakan2 sekerja yg lain tdk selesa membuat kerja kami dek kerana suara2 sumbang org2 kanan pengetua termasuklah lelaki jahat itu mr.****!
Sy sedar hujah sy tdk akn diterima boss namun yg penting sy dah menyatakan hakikat yg sebenar ttg org2 kanan beliau. Biar dia mampu berfikir dan terbuka pintu hati untuk menyelidik ttg org2 kanan itu. Sy juga menyatakan lebih baik pengetua memasang CCTV di setiap staffroom utk memasang telinga perbualan staff2 nya drpd berharap pd laporan org2 kanan yg hipokrit dan berhati busuk itu.

Sy melangkah keluar dr pejabat pengetua dgn hati yg tenang.
Alhamdulillah Allah, kekuatan ini dtg drMu, semoga Allah permudahkan urusanku selepas ini..

Sudah hampir 2 bln ensiden itu berlaku. Sy meneruskan hidup seperti biasa walau pun di mata boss sy pekerja yg pertama dia senarai hitamkan. Cikgu lelaki yg jahat itu pula selepas seminggu mengenakan sy, cikgu X dan Y sy dengar dia telah jatuh sakit. Seminggu dia tidak hadir ke sekolah.

Sy tdk mahu berfikir yg buruk2, tetapi sy sedar bahawa setiap perbuatan yg tidak baik insya'allah tuhan akn balas, sooner or later..

Tetapi satu perkara yg sy tahu ialah dr peristiwa itu Allah tlh membuka pintu hati n jln utk sy berhijrah ke arah yg lbh baik. Ya, mencari rezeki yg mendpt keredhaaNya. Insya'allah sy berusaha ke arah itu. Sebab itu bila fikir-fikirkan semula jika perkara itu tdk berlaku mungkin hati sy tdk tergerak utk berhijrah. Selesa di zon yg biasa. Jauh d lubuk hati sy sedar sek tersebut di atas penguasaan gereja... sy mahu berhijrah utk mencari redha Allah, semoga Allah mempermudahkan urusan sy ini...aaminnn..


Bila hati berjuang kerana Allah,
Dugaan itu tempat bersinggah,
Keperitan ditelan sebagai juadah,
Kejayaan di anggap satu mimpi indah,
Andai ditakdirkan rebah,
HATI tetap redha bAllah..

Kasih Allah itu satu keindahan,
Disaat DIA memberi ada ujian yang setia menanti..
Wajah yang mendung ditetapkan ketenangan di hati,
Menangis dihadapanNya itulah jalan yang terbaik..

Wajah yang mendung mampu berubah ceria lantas ketenangan di tingkatkan,
Hati yang tenang di biarkan terus tenang walaupun di himpit kedukaan yang nyata..

Semoga hati disinggahi indahnya kasih ILAHI...

Dugaan yg dtg ramadan lalu tdk akn mematahkan semangat sy...Demimu Allah, demi ankku Nur Qaseh, kan ku rentas jalanan yg berduri, insya'allah akn ada sinar bahagia kelak.