Tuesday, December 11, 2012

Kek kacang tanah

Jarang saya masukkan entry waktu petang. Tapi hari ini ada kelapangan so bolehla menaip ;) lagipun si kecilku Qaseh sedang lena tidur dibuai mimpi...

Ouch! Cuti tinggal beberapa minggu sahaja. Kegembiraan hidup di kampung akan berakhir...
*sigh*......hidup di hutan batu suatu perjuangan...terutama hal karier saya..
Kata hati "Beranilah membuat keputusan! biar susah sekarang.
Tahun baru apa azam baru ? biar rahsia....ada dalam kepala Fida, sedang dicongakkan...

Dah berbalik pada resepi kali ini, sebenarnya dapat daripada dapur Dayang Jack (DAPURKU SAYANG). Fida memang suka resepi-resepi beliau. Dijamin menjadi dan enak! Penggemar-penggemar kacang tanah sure sukakan kek ini ;)


tgkla aksi my little angel mkn kek kcg hasil  tgn mama dia, lucu!





KEK KACANG TANAH


bahan-bahan : loyang 22-23 cm
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan kacang tanah (yang sudah digoreng/panggang dan dikisar)
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 5 biji telur Gred B
  • 1/2 cawan susu segar (boleh tambah jika perlu)
  • 200 g mentega 
  • 1  1/4 cawan brown sugar  ( guna 1 cawan brown sugar + 1/4 castor sugar) 
  • 2 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 170-180C. Lengserkan loyang kek dengan mentega. 
  2. Ayakkan tepung bersama serbuk penaik dan soda bikarbonat di dalam satu bekas. Kemudian, masukkan kacang tanah kisar dan kacau rata-rata. Ketepikan.
  3. Di dalam mangkuk pengadun, putar mentega bersama gula hingga kembang. (HIGH SPEED)
  4. Masukkan telur satu demi satu sambil diputar perlahan. 
  5. Masukkan esen vanilla dan putar lagi hingga sebati.
  6. Tuangkan susu segar sedikit demi sedikit sambil diselang-selikan dengan tepung. Kacau sebati dan perlahan-lahan dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. (JANGAN DIPUTAR DENGAN MIXER)
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 45 minit atau hingga masak keperangan.
  8. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong. 





No comments: