Saturday, December 22, 2012

Cerpen pendek 2

Salam ya sahabat alam siber...
Sebelum rakan-rakan membaca cerpen pendek ini, marilah kita renungkan seketika :


‎"Siapa yang mengajak kebaikan maka baginya pahala seperti pahala orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun, dan siapa
yang mengajak kesesatan maka baginya dosa seperti dosa yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa mereka sedikitpun."
 (HR. Muslim no. 2674)

Pertolongan Allah itu mungkin tidak datang terlalu cepat dan mungkin juga tidak datang terlalu lambat...
Tetapi pertolongan Allah itu selalu datang pada saat yang tepat...


Suatu hari di bulan Januari...

Suami:"Ayang, kak Suhana ajak abg ke Kuantan 28hb nanti."
Isteri: " Ada apa bang? tarikh tu dah dekat waktu sy bersalin. Doktor jangkakan sy bersalin pd 30hb nanti."
Suami: " Itulah masalahnya..serba salah abg. Kakak dia nak hantar ank ke rumah pihak perempuan untuk majlis pernikahan pada 28hb tu..kalau abg tak ada apa kata kakak ipar nanti. Kak Hana kau pun nanti tarik muka kalau abg tak ikut.." Keluh si suami.
Isteri: " Tak boleh ker abg dtg rumah sy lepas hantar pengantin? Kan saya bersalin 30hb? Insya'allah sempat.." Si isteri memberikan cadangan. Namun jauh di sudut hatinya ada gelombang kesedihan.

Petang 26 Januari,di masjid besar Shah Alam.

"Alhamdulillah, dpt gak aku bersolat di masjid nie.." Bisik hati Ida. Dengan keadaan perut yang sdg sarat dia kuatkan diri untuk mengikuti adiknya Maryam ke DEMC Shah Alam kerana Maryam ada temujanji dengan doktor pakar mulut di situ.Balik dari hospital mereka singgah sebentar di masjid Shah Alam untuk menunaikan solat asar sebelum meneruskan perjalanan balik ke Kuala Lumpur. Sengaja dia meniti anak tangga yang tinggi itu untuk ke bahagian atas masjid. Tujuan Ida ialah agar dia mudah bersalin. Doktor pun ada memberitahunya agar kerap berjalan dan membuat senaman ringkas yang akan memudahkan bukaan jalan untuk bayi keluar nanti.

Ida menunaikan solat asar dan diakhiri dengan doa mohon Allah permudahkan proses bersalinnya. Dia juga memohon kepada Allah agar anak yang bakal dilahirkan nanti selamat dan sihat. Tidak lupa juga dalam doanya dia memohon agar Allah membukakan pintu hati suaminya agar berlaku adil terhadap dirinya dan anak yang bakal dilahirkan itu.Sudah lama dia menanti suaminya akan berubah menjadi suami yang adil dalam perkahwinan poligami ini.Sudah lama juga Ida bersabar dengan kerenah madunya Suhana yang tidak mengizinkan Fakri,suami mereka berdua untuk bermalam di rumahnya yang mana ia adalah wajib ke atas suami yang berpoligami.Walaupun sehari bermalam Suhana memang sesekali tidak membenarkan dia menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami kepada Ida.

Sejak awal mengandung hinggalah ke 9 bulan memang setiap malam Ida tidur berseorangan. Malam-malam sepi dan sedihnya diisi dengan solat serta mengaji. Setiap hari juga dia berdoa agar Allah mengurniakannya seorang anak perempuan. Fakri  memang teringin sangat seorang anak  perempuan memandangkan 4 orang anak dengan isteri pertama kesemuanya lelaki.

Jam 2 pagi Jumaat 27 Januari.

Tidur Ida dikejutkan dengan rasa sakit diperutnya. Sakitnya seolah-olah seperti memulas mahu membuang air besar. Selang 5 minit rasa sakit itu datang dan pergi.Segera dia mendail nombor adiknya Lina seorang jururawat bidan untuk memastikan yang rasa sakit itu adalah kontraksi awal bersalin.

"Aduh, sah memang anakku mahu lahir ke dunia saat ini." Bisik Ida dengan peluh dingin membasahi dahinya.

Dalam keadaaan menahan sakit, dia segera mendail nombor suaminya.

Ida: "Assalamualaikum abg.."
Suami: "W'salam...Hm..Naper call pagi2 nie?"
Ida:"Abg ayang dah rasa kontraksi lah, dah nak bersalin nie.."
Suami:"La..g  hospital soh Maryam hantar." 
Kecewa Ida mendengar jawapan suaminya. Segera dia meletakkan telefon.

7 pagi 27 Januari
Kaunter Kecemasan Hospital PUSRAWI.

Jururawat: " Puan sila daftar dulu sebelum kami bawa puan ke labour room.Oh ya mana suami puan?" Tanya jururawat tersebut.
Ida: " Er..sy datang sendiri..dia kerja." Ringkas jer jawapan Ida sambil menahan rasa sakit kontraksi.

Selesai urusan check-in Ida ditempatkan  ke  dalam  labour room. Jururawat yang bertugas memberitahu bahawa bukaannya baru bersaiz 2cm. Ida diminta berehat sehingga bukaan yang sesuai untuk proses meneran. Sambil berbaring menahan rasa sakit dia membanyakkan zikir Ya Khafid dan membaca surah Al-Fatihah agar proses bersalin akan dipermudahkan Allah.

Jam 9 pagi.
Doktor datang memeriksa keadaan Ida.
" Anak awak memang nak keluar masa naga Kong Xi Fa Chai keluar!" Selorah Doktor Daud. Doktor Daudlah yang memeriksa kandungan Ida sejak awal  kehamilan. Dia membuat lawak sempena Hari Raya Cina yang kebetulannya pada waktu Ida sakit nak bersalin. Dr.Daud merupakan doktor pakar O&G yang berpengalaman luas dalam hal sakit puan di hospital PUSRAWI.
'' Sekarang bukaan sempit lagi, awak berehat dulu. Awak nak saya suntik ubat tahan sakit tak? Ubat ni mengurangkan rasa sakit." Saran doktor Daud.
" Takperla doktor, saya tahan jer rasa sakit tu." Ida menyatakan jawapannya.
" Ok, saya akan datang lagi dalam masa 1 jam untuk memeriksa air ketuban awak." Doktor Daud pun berlalu pergi.

Ida merenung siling bilik bersalin dengan perasaan yang bercampur-baur. Irama jantung bayinya yang datang dari mesin CTG memecahkan kesunyian. Tadi sebaik sahaja dia siap menukar pakaian untuk proses bersalin jururawat segera memasang mesin CTG itu untuk memantau denyutan jantung bayi. Sekejap-sekejap jururawat datang memeriksa keadaan bayinya.

Dalam menahan kesakitan kontraksi,tangannya pantas mendail nombor Fakri suaminya.
"Hello, assalamualaikum abang. Dah gerak ke Kuantan ker?
"Belum lagi, tengah bersiap, pas solat jumaat baru gerak." Sayup-sayup suara Fakri di telefonnya.  "Abeh memang abang tak sempat datang tengok saya? Semenyih ke Jln. Tun razak tak jauh sangat.." Tanya ida lagi.

"Macamana abang nak datang....kak Suhana dan Danni nak tunggu dalam kereta ker? susahlah."

Jawapan Fakri menyebabkan air mata Ida bergelinangan. Telefonnya dimatikan. Dia menangis menahan kepiluan hati dengan kesakitan mahu bersalinkan anak Fakri.

"Sabarlah wahai diri, Allah akan melindungi aku dan anak yang bakal dilahirkan ini." Ida menenangkan hatinya. Ida kembali tenang dan berzikir hinggalah dia terlelap seketika.

"Assalamualaikum". Sayup-sayup kedengaran suara doktor Daud.

Ida membuka matanya dan mengagahkan diri untuk bersandar. Disamping doktor Daud terdapat dua lagi jururawat yang akan membantu proses Ida bersalin. Jururawat yang bernama Mariam sangat pandai menenangkannya. " Puan, banyakkan berzikir dan baca surah Al-Fatihah. Insya Allah semua akan dipermudahkan." Katanya dengan tenang sambil tangannya memeriksa perut Ida.

AKAN BERSAMBUNG DI ENTRY YANG AKAN DATANG....APAKAH AKHIRNYA FAKRI AKAN MUNCUL JUA MELIHAT ISTERINYA BERJUANG MAHU MELAHIRKAN ANAKNYA? ADAKAH IDA SELAMAT MELAHIRKAN? APAKAH YANG BERLAKU SETERUSNYA? 

No comments: