N3 kali nie semua ttg hijau/kehijauan hehe..
Masa melawat Kluang sempat singgah satu kwsn perladangan nie. Menyegarkan! Fikiran pun rasa tenang sebab ku lihat hijauuu... (sebut mcm Zainal Abidin nyanyi ok ! ) Di kawasan ladang organik tersebut ada tanaman herba yg pelbagai jenis dimn kebanyakkannya sy jarang jumpa. Selain itu terdapat ladang buah Mulberry (spesis strawberry-bila kt sini terasa cam kat oversea la plak hehe..),buah Markisar, buah dragon, rumah cendawan,nursery dan ladang ternakan itik, ayam belanda dan juga arnab.
Andai penat nak berjln kt situ ada juga disediakan basikal (ladang organik nie mmg luas). Pastu kalo nak hilangkn dahaga bolehla singgah ke cafe mereka yg menyediakan minuman segar jus buah-buahan organik.
Dah citer ttg topik hijau nie so fida masukkan skali lah resepi yg berasaskan tanaman hijau gak dlm N3 nie. Dah lama sy tak masukkan N3 resepikan? Resepinya ialah Kek Lapis Hijau Segar (memandai tukar nama hehe..asal nama kek lapis tu ialah kek lapis evergreen sumber resepi dr sifu kek lapis diinternet siapa lg kalau bukan kak Dayang Jack).
|
Terbaeeklah. Kek lapis kali nie alhamdulillah menjd
sprt yg diinginkan. Tekstur yg lembab dan rasa yg enak. |
|
Dengan aroma daun pandan dan
rasa lemak manis santan serta kaya, kek nie mmg dpt memuaskan hati peminat kek berasaskan pandan :) |
Cara -cara :
- Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang. (high speed)
- Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega bersama susu pekat hingga putih berkrim. Kemudian masukkan serbuk santan dan putar lagi hingga sebati.
- Satukan adunan telur dan mentega tadi. Sebatikan.
- Setelah itu masukkan serikaya, pes pandan dan horlicks. Gaul-gaulkan sebati.
- Akhir sekali masukkan tepung dan esen vanilla. Kacau hingga betul-betul sebati.
- Sediakan loyang yang telah disapu dengan mentega disekelilingnya. Tuangkan sedikit adunan dan ratakan (anggaran 5 sudu makan).
- Bakar lapisan pertama sehingga bertukar warna keperangan (dengan menggunakan api atas). Ulangi proses hingga habis.
- Untuk lapisan terakhir, bakar sekejap dengan menggunakan api atas sehingga keperangan dan barulah dipasangkan api bawah selama 10 minit.
- Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.
- Cara-cara menyimpan kek : alaskan dengan kertas serap minyak, balutkan dengan cling wrap dan simpan dalam bekas yg bersesuaian. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.
No comments:
Post a Comment