Sy tambahkn choc chips pd kek chiffon ini. Rasa lemak manis keju dgn coklat chip tu mmg la sedap ;) |
Kek Chiffon Keju Krim
Adunan utk loyang chiffon 21'
Bahan-bahan:
70 gm susu segar
65 gm cream cheese
30 gm mentega
75 gm tepung kek/superfine
1/4 sdt baking powder
4 kuning telur
1/4 sdt garam
4 telur putih
1/4 sdt cream of tartar
85 gm gula kastor
Kaedah:
1-Panaskan oven pada suhu 175'C
2-Cairkan mentega, cream cheese bersama susu secara kaedah 'double boil'-ketepi dan sejukkan.
3- Ayak tepung bersama baking powder
4-Pukul dgn whisk tgn kuning telur bersama garam. Masukkan campuran mentega cair dan guna mixer utk memukul campuran ini.
5-Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata.
6-Pukul telur putih,gula dgn cream of tartar hingga 'soft peak'.
7- Ambil 1/4 bahagian putih telur campurkan ke dalam campuran kuning telur + mentega cair.
8-Putar perlahan dgn senduk tgn buat kaedah kaup-balik (jgn terlebih digaul.Gaul perlahan hingga rata shj)
9- Masukkan pula baki putih telur dan chocolate chips, gaul rata.
10-Tuangkan ke dlm loyang chiffon 21' yg telah dilapik kertas baking dan di gris dgn mentega.
11-Bakar selama 40-45 minit.
No comments:
Post a Comment