Tuesday, November 23, 2010

Vanilla Hershe chocholate chips


Special for Shahril & Ros...Selamat Pengantin Baru!

Berbicara tentang chocholate chip, aku memang suka menggunakan chocolate chips yg sedap dan cair dalam mulut. So aku telah mencampurkan chocolate chips Hershe ke dalam cuppies hantaran perkahwinan adikku yg lepas. Warna hijau sebagai tema warna perkahwinan mereka dan aku telah menghiaskannya dengan bunga ros fondant kerana sesuai dengan nama wife dia Ros ;)

Resepi Cupcake Vanilla Hershe Chocolate chips

Bahan-bahan cake:
225 gm tepung naik sendiri
225 gm butter
225 gm gula kastor
4 biji telur
3 sdb chocholate chips
1 sdt esen vanilla

Cara membuat:
1- Panaskan oven pada suhu 180'c
2- Pukul butter dan gula hingga kembang
3-Masukkan telur dan pukul lagi hingga kembang
4-Tambahkan esen vanilla pukul hingga sebati
5-Akhir sekali masukkan tepung sedikit sedikit selang seli dengan chocolate chips.
6-Masukkan dalam cup kertas dan bakar dalam masa 20-25 minit.




Cuppies before i deco it!









No comments: