Aku salah sorang peminat sup. Tak kiralah sup ayam ker,daging ker, ekor ker dll. Sup tulang antara favorite ku. Kalau di Johor waktu rewang (gotong-ryong) mendirikan penanggah (khemah,sekarang canopy) untuk kenduri kahwin mesti ada sup tulang di mkn cicah roti. Sup tulang sedap kalau dimakan dengan sambal kicap (kalau org utara mkn dgn sambal merah). So here simple recipe sup tulang yg aku pernah masak.
Sup Tulang
Bahan-bahan: [untuk 3-4 orang]
1 kilo tulang lembu
bawang merah 5 ulas*
halia*
bawang putih 5 ulas
rempah ratus sup tulang (adabi / mak siti)
2 lobak merah
2 kentang
i biji limau nipis
daun bawang dan sup secukupnya
*ditumbuk
Cara membuat:
1-Rebus tulang hingga empuk
2-Dalam kuali goreng bawag putih hingga naik bau
3-Masukkan bwang putih goreng, dan bahan yg ditumbuk serta rempah ratus ke dlm rebusan tulang.
4-Biar mereneh hingga semua sebati dan daging empuk. Masukkan lobak merah dan kentang dan rebus untuk seketika.
4-Sebelum dihidang perahkan limau nipis dan taburkan daun bawang/sup.
Sambal Kicap
Bahan-bahan:
Kicap manis
gula
cili padi secukupnya
1 ulas bwang putih
Cara membuat:
1-Tumbuk lumat semua bahan
2-Masukkan kicap manis dan gaul rata. Sambal ini boleh juga dimakan sebagai pencicah pisang goreng,ubi goreng,tempe dan tauhu goreng.
No comments:
Post a Comment