Bulan November merupakan bulan paling sibuk untuk aku. Di sekolah sibuk dengan aktiviti-aktiviti selepas peperiksaan dan trip. Bulan ini juga adik lelakiku yang ke-4 melangsungkan perkahwinan dengan gadis impiannya. Aku pula sangat teruja ingin menghadiahkan cupcake sebagai hantaran manisan kepada pihak perempuan. Alhamdulillah cupcake Vanilla dengan Hershe Chocolate Chips telah berjaya aku buat dan hias secantikknya.
Shahril, adikku berumur 29 tahun. Sebaik dia berjaya melafazkan akad nikah dengan sekali lafaz, hatiku tersentuh kerana time fly so fast. " Dah jadi suami org kau dik," Bisik hatiku. Aku masih terbyg dia baru berumur 10 tahun, selalu comot dan bermain riang seperti kanak-kanak lain. Selain itu dia gemar menconteng dinding bilikku waktu itu. Kekretivitian dia rupanya membawa ke dewasa apabila dia berjaya bergelar siswa Industrial Design dari UiTM. Aku doakan adikku itu agar berbahagia sehingga akhir hayat dan sentiasa tabah menghadapi liku-liku berumahtangga.
No comments:
Post a Comment