Sarawak negeri yg kaya dengan pelbagai jenis makanan dan salah satu yg aku gemar ialah kek Sarawak. Selepas Aidilfitri yg lepas aku telah cuba membakar kek yg sedap ini dengan berpandukan resepi dari blog bro Rozan,Mawar Merah, Mat Gebu dan CitaRasawan. Alhamdulillah menjadi juga. Kek lapis Sarawak mmg dijual dgn harga yg mahal kerana bermacam-macam bhn yg dicampur seperti susu dan horlick. Selain itu kaedah pembuatan kek tersebut juga rumit serta memerlukan kesabaran dan kreativiti.
Resepi Kek Lapis Chocolate Strawberry dwi Pandan [sumber dari blog Mawar Merah]
Bahan-bahan:
500gm butter
150gm gula kastor
1 sdb ovellete
10 biji telur
1 tin susu pekat
260gm tpg Hong Kong
100gm Horlicks
2 sdb serbuk koko ( bancuh dgn 2 sdb air panas)
1 sdb chocolate emulco
50gm sekaya
1 pek chocolate cadburry mini perisa strawberry yogurt
1 sdb strawberry emulco
1 sdt pewarna coklat
1 sdt pewarna hijau
1 sdt pewarna pink
Cara membuat:
1- Panaskan oven pada suhu 180'c
2-Pukul mentega,gula dan ovellete hingga gebu dan putih.
3- Masukkan telur sebiji demi sebiji pukul hingga kembang dan pekat.
4- Kemudian masukkan susu pekat lalu terus pukul dgn kelajuan plg rendah (utk ratakan bhnnya)
5- Masukkan tpg Hong Kong dan Horliks lalu pukul lagi pada kelajuan plg rendah (utk meratakan shj)
6-Bahagikan pada 3 bhg bancuhan, perisa coklat,strawberry dan pandan. Sekaya dicampurkan ke dalam bancuhan hijau,strawberry emulco ke dlm bancuhan pink dan pewarna coklat serta serbuk coklat ke dlm bancuhan coklat.
7- Bakar lapisan bawah dgn api atas dan bwh selama 10-15 minit (bergantung pd ketebalan lapisan tepung)
8-Apabila membakar lapisan kedua gunakan api atas shj selama 8-10 minit. Susunkan chocolate mini cadburry di atas lapisan terdahulu yg telah msk. Kemudian baru letakkan lapisan yg seterusnya.
9-Utk lapisan yg terakhir selepas membakar 10 minit tukar kepada api atas bawah dan bakar lagi selama 10minit.
Susunan warna bergantung pada kreativiti. |
No comments:
Post a Comment