Tuesday, June 26, 2012

Akhirnya, ini baru brownies!

Apa kek pertama yg anda baking?
Saya pula ialah brownies. Teruja dgn resepi di sebuah majalah kewanitaan yg popular pd tahun 90-an. Teruja mahu mencuba brownies tanpa mengetahui teknik asas membuatnya. Lucu benar sy pd waktu itu. Pd umur 18 thn, masih mentah ttg memasak apatah lg membuat kek sy teruskan juga niat mencuba brownies. Itulah pertama kalinya sy membakar kek. Tanpa alat-alat yg lengkap dan tiada oven utk membakar! Apa sy buat ialah pergi melepak di rumah Jun, sahabat baik sy. Dirumahnya ada perkakas membuat kuih dan juga oven elektrik berbentuk bulat jenama butterfly yg sgt glamer pd waktu mak2 kita dulu. Budak naif cuba nasib membakar brownies. Apa jadi?? Sebuku kek bantat yg sgt keras (baling ke dinding, retak seribu!)

Itu kenangan lama. Syukur kini dgn ilmu yg dipelajari dari rancangan masakan di televisyen, buku resepi, bacaan di internet dan sumber-sumber dr blog resepi akhirnya sy dpt menghasilkan brownies yg enak dan mempunyai tekstur yg cantik.

Brownies tercipta hasil idea seorg chef di Hotel Chicago's Plamers House. Ia sejenis manisan yg agak rendah (flat) tetapi teksturnya seakan kek dan seakan biskut. Brownies ada dlm bentuk kenyal (chewy) atau pun kegebuan sprt kek.Permukaannya sedikit garing. Bahan campuran selain tepung dan coklat ia juga boleh dicampurkan dgn kekacang atau selepas dibakar boleh tabur dgn gula aising atau top-up dgn aiskrim vanila kegemaran. Erm..ermmm...yummy!



Sy dan hb gemar menikmati brownies yg enak bersama minuman Mocha yg lazat kala petang hari. 



Fida dpt resepi double chocolate brownie dr dapur kak Rima http://www.bisousatoi.com/2011/06/it-has-to-be-chocolate.html


Thanks sis Rima for ur wonderful chocolate brownie. I difinetly will bake it over n over again  :DD


Sementara little Qaseh tidur, mama luangkan masa membaca sambil mengunyah brownies kegemaran ;)

RESEPI DOUBLE DARK CHOCOLATE BROWNIES


Bahan-bahan:
Mentega 117 gm - dipotong kiub pd suhu bilik
Tepung serbaguna 1 cwn*
1/2 sdt baking powder*
1/2 sdt garam*
1/4 cawan serbuk koko - fida guna Van Houten* 
(Nak lg enak gunakan coklat yg popular dikalangan food blogger sprt Valrhona. Tp sukar nk beli di Malaysia kena order online serta harganya mahal. Tapi utk kepuasan diri apa salahnyer kan?)
coklat masakan (dark chocolate/bittersweet, sy guna brand berryl) 225 gm - dipotong2 kecil
1 1/4 cawan gula kastor
Telur gred A 3 butir - sy guna gred B so gunakan 4 butir

Kaedah:
1- Panaskan ketuhar pada suhu 180'c dan alaskan loyang 20x20 cm dgn kertas minyak dan lengser sedikit dgn mentega.
2- Ayak bhn bertanda * dan ketepikan.
3-Cairkan coklat bersama mentega menggunakan kaedah double boil.
4-Masukkan gula dan putar diikuti telur dan campuran tepung.
5-Pukul sekadar sebati shj dan jgn terlebih putar.
6-Tuang dlm loyang dan bakar selama 60-50 minit bergantung ps ketuhar. Brownies msk apabila lidi penguji kek yg dicucukkan keluar bersih.
7-Sejukkan brownie sebelum dipotong.




Sunday, June 24, 2012

Dark Chocolate Cupcakes - Difinitely will bake it again n again!

Coklat, saper tak suka, dak kecik,org dewasa,lelaki atau perempuan kebykan dr kita adalah peminat cokklatkan?
Pendpt sy rugi kalo tak suka coklat sbb coklat ternyata lazat dan boleh mberi satu rasa ketenangan dan kegembiraan sprt sdg dilamun cinta (kata ahli psikologi lah)

Sy mcari2 cupcake coklat yg enak dr bloggers serata dunia mll laman foodgawker. Ada banyak blogger dr US n Europe yg mmg mpunyai byk resepi chocolate cake yg enak. Cuma kita kena pandai adjust mn2 bhn yg tdk halal sprt penggunaan wine dll. Lastly terjumpa satu blog omputih nie. Cuppies dark chocolate beliau sungguh mengancam. Sy bersemangat mcubanya. Beliau tdk menggunakan minyak sayuran dlm kek ini sebaliknya beliau menggunakan butter. Manakala bhn sampingan lain yg akn menjdkan tekstur dan rasa kek itu bertambah enak adalah penggunaan buttermilk dan yogurt.


Cara membuat:

1. Adjust oven rack to lower-middle position and preheat to 350 degrees F. (If you are using a non-stick muffin pan, heat the oven to 325 degrees F.) Line standard-size muffin pan with baking cup liners.
2. Combine butter, chocolate, and cocoa in medium heatproof bowl. Set bowl over saucepan containing barely simmering water; heat mixture until butter and chocolate are melted and whisk until smooth and combined. (Alternately, you can microwave the mixture at 50% power, stirring every 30 seconds until completely melted.) Set aside to cool until just warm to the touch.
3. Whisk flour, baking soda, and baking powder in small bowl to combine.
4. Whisk eggs in second medium bowl to combine; add sugar, vanilla, and salt until fully incorporated. Add cooled chocolate mixture and whisk until combined. Sift about one-third of flour mixture over chocolate mixture and whisk until combined; whisk in sour cream until combined, then sift remaining flour mixture over and whisk until batter is homogeneous and thick.
5. Divide the batter evenly among muffin pan cups. Bake until skewer inserted into center of cupcakes comes out clean, 18 to 20 minutes.
6. Cool cupcakes in muffin pan on wire rack until cool enough to handle, about 15 minutes. Carefully lift each cupcake from muffin pan and set on wire rack. Cool to room temperature before icing, about 30 minutes.

Topping utk cupcakes pula ialah cream cheese yg dicampurkan dgn coklat. Sy jamin pembaca semua akn menggemari kek ini terutama penggemar tegar coklat. Sesuai utk birthday party, jamuan dll. Insya'allah sy akn buat cuppies ini utk murid-murid sy. dah lama janji dgn mereka nak buatkan cupcakes sbb mereka ada menghadiahkan baby Qaseh teddy bear serta brg2 lain lagi.


Little Qaseh dah pandai bermain dgn teddy bear pemberian ank murid sy nie. Qaseh pon dh bole pakai kasut pinky yg cute tu pemberian kenalan sy Aishah.


Pemberian kecil yang tak ternilai...Selamat Hari Bapa dear..

Hye semua. Lama tak masukkan N3 sbb fida bz sgt dgn tugasan harian. Dah 2-3 resepi dicuba n gambarnya tersadai di dlm lappy sbb tak up-date N3.
Last weekend ramai gak yg celebrate Father's Day. Fida takler sambut sgt ttp sekadar memenuhi hari minggu fida buatlah 2 kek atas permintaan ibu dan hb tersyg. Sebenarnya hadiah utk hb sempena hari bapa thn nie mmg tak ternilai dgn apa2 pun di dunia ini. Tangisan si kecil Nur Qaseh Humaira pada hari Jumaat yg berkat bertarikh 27 Jan yg lalu merupakan hadiah yg ditunggu oleh hb sbg seorg bapa. Hb fida mmg teringin menimang ank perempuan kerana ank2 tiri fida semuanya lelaki. Jd fida sgt2 bersyukur pd Allah kerana impian suami dan doa fida tlh dimakbulkanNya. Hikmah Allah menemukan jodoh kami,alhamdulillah. Lengkaplah kehidupan suami sbg seorg bapa kerana ada sekuntum bunga yg menghiasi mahligainya dan akn berkembang dihatinya sampai akhir kelak.
Semoga Allah lindungi kamu slalu puteriku.


Berbalik pd resepi kek yang telah dicuba weekend lepas. Ibu fida teringin nak mkn marble cake. Hb plak suka btol dgn cheese cake. So fida buatlah kedua-dua kek itu utk memenuhi selera mereka. Selain itu salah seorg colleague ada request utk eggless cheese cake. So sy buka fridge n selongkar tgk2 ada lagi stok cream cheese. Insya'allah dua kek ini akn menjd antara kek favorite sy dan akn dibuat berulang kali kerana rasanya yg enak. Sy dpt resepi eggless cheese cake tu dr blog K.O Rasui manakala kek marble pula dr joyofbaking.com. Untuk pengamal vegetarian bolela ke blog K.O Rasui ni. Resepi beliau semuanya nmpk enak dan lazat walaupun tanpa penggunaan telur.

Eggless chocolate cheese cake with toffee pecan nut. Mutu gambar tdk begitu memuaskan sbb adk sy pjm DSLR kesygn so snap guna hp jerla ;)

Marble cake yg cantik dan enak!



Jom kita tgk resepi kedua-dua kek tsebut ;)


Eggless Chocolate Cheese Cake With Pecan Toffee
(Utk loyang 7')
Ingredients 
(Fida buat 1 buku cream cheese-250gm) So semua bhn2 fida bahagikan kpd 4. Resepi asal menggunakan 1000 gm cheese.
For the almond biscuit base: (Yg ini fida tak ubah sukatan)
300g  biscuits, ground finely (sy guna biskut merrie dlm sepeket dan dikisar halus dgn blender)
125g melted butter
100g ground almonds

For the dark chocolate truffle and fennel seed filling: (sy tdk letak jintan-fennel)
1kg cream cheese - 250 gm cheese (sebuku)
510ml double cream ( 128 ml )
375g sugar ( 94 gm)
135g cocoa powder ( 34 gm )
85ml lemon juice ( 1/3 sdt )
1 tbsp cornflour ( 1/4 sdt )
2 tsp ground fennel seeds

Resepi toffee versi sy:
1 cwn gula
2 sdb air
2 sdb whipping cream
100 gm butter
kacang pecan yg telah dibakar - dipotong kasar dan digaul dgn toffee yg telah siap dimsk.

Cara membuat toffee:
1-Tuang air dan gula ke dlm kuali. Masak hingga gula cair
2- Sentiasa gaul gula hingga kekuningan.
3-Bila gula mula perang, masukkan butter dan gaul sebati hingga semua butter cair di dlm gula perang itu
4-Tutup segera api dan tuangkan whipping cream. Gaul sebati. Angkat dan masukkan kcg pecan serta gaul sebati.
5-Sejukkan dan boleh dijadikan topping pd apa2 kek/dessert kegemaran anda.

Cara menyediakan kek:
1. For the almond biscuit base: combine the biscuits, almonds and melted butter. Press firmly into the bottom of a greased 12-inch springform tin. Dust the sides with ground almonds if you have any left over. Refrigerate whilst you get on with the filling.
2. Beat together all of the ingredients until it has thickened. Do not overmix.
3. Pour the mix on top of the chilled biscuit base and smooth the top with a wet spoon.
4. Place the cheesecake in a preheated oven at 160 degrees Celsius for 1 ¼ hours or until firm and golden. If you find that the top of the cheesecake is going too brown, cover with foil and continue to bake.
5. Remove from the oven and allow to cool. Refrigerate for 8-10 hours.


Insya'allah kek ini akn jd antara must do dlm list kek utk musim raya dan utk majlis kenduri kendara ;)

RESEPI MARBLE CAKE ( Sumber : JoyOfBaking.Com )
Marble Cake Recipe:
5 ounces (140 grams)bittersweet or semisweet chocolate, chopped
1 tablespoon brewed coffee (optional) - Sy gunakan serbuk MOCCA dan dilarutkan dgn 2 sdb air panas.
2 1/4 cups (295 grams) all purpose flour
2 1/2 teaspoonsbaking powder
1/4 teaspoon baking soda
1/2 teaspoon salt
3/4 cup (170 grams) unsaltedbutter, room temperature
1 1/4 cups (250 grams) granulated whitesugar
3 largeeggs, room temperature

1 1/2 teaspoons purevanillaextract
1/3 cup (80 ml) sour cream or plain yogurt, room temperature
1/2 cup (120 ml) milk, room temperature

Cara membuat:

1- Panaskan oven pada suhu 180'C. Alaskan loyang 8' dgn keras minyak dan lengser dgn sedikit mentega.
2- Cairkan chocolate dan campurkan dgn MOCCA.Biarkan sejuk.
3-Ayak tepung bersama-sama baking soda,baking powder, dan garam.
4- Putar mentega bersama gula hingga kembang.
5-Masukan telur dan putar satu demi satu.
6- Kemudian masukkan esen vanila dan yogurt putar sebati.
7-Akhir sekali masukkan susu berselang tepung sebyk 3 kali.
8- Bahagikan adunan kpd 2 bhgn. Satu bhgn dilletakkan campuran coklat dan mocca.
9-Letakkan 3 sdb adunan plain diikuti 2 sdb adunan coklat dan 1 sdb adunan plain. Ulangi proses tersebut hingga habis adunan tersebut.
10-Bakar selama 45-50 minit atau hingga lidi penguji kek keluar bersih dr kek.

Saturday, June 9, 2012

The best recipe of carrot cake

Sepatutnya dah lama sy masukkan N3 ttg resepi kek lobak ini. Tp waktu bercuti di kg sy tak bwk blk lappy sy. Semua gambar ada dlm tu. So sebaik shj blk ke KL sy masukkanlah N3 ttg resepi kek lobak yg sy sangat suka ini. Sy buat versi cuppies utk sambutan Hari Guru. Kek ini ditempah oleh student kelas sy kerana mereka ingin menghadiahkannya pd guru-guru subjek yg mengajar kelas sy itu.



Pendapat sy kek ini sesuai utk penggemar kek yg berstruktur span atau chiffon. Kek lobak ini tidaklah terlalu lembab seperti resepi-resepi kek carrot yg lain. Memang enak dimakan bersama topping krim keju.

Topping cream cheese tu sy hias dgn kepingan coconut flake dan homemade chocolate sy sendiri ;)


Cupcake carrot sy siap di packing dlm bekas yg cantik. So topping yg cantik tu takler terjejas ;)


Carrot cake
(Anggaran utk 22 cuppies. Mangkuk kertas saiz L )

Bahan-bahan:

Bahan A:
250 gm tepung kek
1 1/2 sdt baking soda
1/4 sdt serbuk kayu manis

Bahan B:
4 kuning telur
140 gm gula perang
160 gm gula kastor
1 1/2 cawan minyak jagung (sy guna mazola)

Bahan C:
1 cawan parutan lobak
1 cawan kacang pecan/walnut yg dicincang kasar)
1/2 cawan kelapa kering
1/2 cawan nenas kiub yang dicincang kasar

Bahan D:
4 putih telur

Cara membuat:
1-Panaskan ketuhar pd suhu 170'C
2-Ayakkan bersama semua bahan A-ketepikan
3-Pukul semua bahan B hingga sebati
4-Masukkan sedikit-sedikit bahan D dan gaul sebati
5-Masukkan bahan A dan putar hingga semua bahan sebati-Ketepikan seketika
6-Putar putih telur hingga bertanduk
7-Ambil 1/4 putih telur dan masukkan ke dalam bahan-bahan A,B dan C tadi. Gaul secara kaup balik
8-Ambil baki telur putih dan kaup balikkan sekadar semua bahan jd serata. Jangan terlebih kacau kerana ia menyebabkan kek byk lubang udara.
9-Masukkan adunan ke dalam mangkuk kertas. Untuk mangkuk kertas yg nipis ia perlu diletakkan dalam loyang cupcake semasa dibakar.Jika cawan kertas yg tebal tidak perlu menggunakan loyang tersebut.
10-Bakar selama 20-25 minit atau sehingga masak (untuk menguji kek jika tiada lidi pencucuk kek, kita boleh tekan dgn jari pd permukaan kek. Jika ia anjal kembali bermakna kek telah pun masak)


Friday, June 8, 2012

Koci Labu Bonda Yang Glamour

Sy membesar dgn hasil titik peluh bonda menjual kuih utk menyara kami 9 beradik. Alhamdulillah pengorbanan bonda yg bertungkus-lumus mencari rezeki (walaupun kais pagi mkn pagi, kais petang mkn petang) membuahkan hasil apabila kami adik-beradik berjaya dgn bidang masing-masing.

Teringat lagi 20 tahun yg lalu sy akn bangun seawal jam 4 pagi utk membantu bonda mengentel dan membungkus kuih koci. Selesai membantu ibu barulah sy bersiap utk ke sekolah. Kehidupan waktu itu memang mencabar dan susah. Kerana kehidupan yg susahlah sy berusaha belajar bersungguh-sungguh hingga ke menara gading utk membalas jasa bonda. Alhamdulillah sy bersyukur dgn ujian yg lalu kerana membuatkan sy jd tabah setabah hari ini.

Ok enough my friday rambling ;)

Kita sambung ttg resepi yg sy nak share di N3 kali ini iaitu kuih koci labu bonda yg femes dikalangan org kg di tempat sy.



Kuih koci labu dinikmati bersama Kopi 'O' atau Teh 'O'  mmg layan!

Bahan-bahan: (Anggaran dalam 50 keping menggunakan Labu 1 kilo)

Labu - disiang dan direbus
Tepung pulut lbh kurang 1 kampit (jika labu 2 kilo gunakan 11/2 kampit - Sukatan tepung bergantung pd tekstur doh. Andai doh tidak lembik maka tidak perlu lagi tambah tepung.
Sedikit garam

Cara membuat:
1- Leyek labu
2-Masukkan tepung dan sedikit garam (untuk menambah rasa lemak)
3-Setelah diuli menjadi doh, ambil sedikit doh tersebut dan masukkan inti lalu dibulat-bulatkan.
4-Rendamkan dlm minyak kelapa (supaya tidak melekat pada daun pisang)
5-Bungkus dgn daun pisang dan kukus hingga masak.

Inti kelapa:
Bahan-bahan:
250 gm gula melaka asli
11/2 biji kelapa separa matang

Cara-cara:
1-Masakkan gula melaka hingga mendidih
2-Tambahkan sedikit gula pasir (untuk menambah rasa manis)
3-Apabila renehan gula telah berbuih masukkan kelapa
4-Kacau hingga sebati dan kental.
5-Angkat dan sejukkan dahulu sebelum digentel untuk dijadikan inti koci.


Rumah utk kedua orgtua sy on-progress...walau tidak tersergam indah seperti bunglow tapi cukup selesa utk didiami. Sebenarnya kami adik-beradik (terutama adik sy Maryam) bekerjasama menyumbang  wang masing2 utk membina teratak impian ayh & bonda. Takperlah kami tdk memandu kereta import atau membeli rumah dahulu asalkan dapat menyiapkan teratak kedua orgtua kami yg dah hidup susah masa membesarkan kami 9 beradik.


Thursday, June 7, 2012

Damai...


Semlm ikut my sis Maryam ke rumah rakannya di Parit Penghulu Sg Rambai Melaka. Ia sebuah kg homestay yg indah dan damai kerana persekitarannya ialah sawah padi yang terbentang luas menghijau dan berlatar belakangkan Gunung Ledang. Byk IPTA , sekolah dan pelancong dibawa ke kg tersebut utk program homestay. Jadi tak rugi rasanya jika memilih kg ini sebagai destinasi percutian.

BB Qaseh & her aunties



Tuesday, June 5, 2012

Seronoknyer cuti! ;)

Blk kg jer lil Qaseh menjd tumpuan semua. Atok,nenek, jiran2 nenek semua nak kerumun dia. "Lebatnyer kening!" "Lelaki ker perempuan??" Itu antara pertanyaan dan statement dr org2 yg mlihat lil Qaseh. Alhamdulillah, sgt bersyukur dikurniakan ank yg sempurna anggota tubuhnya dan yg penting dia sihat. Memang fida noticed ke mn sajer pergi ada org menegur ttg lil Qaseh. Biasanya mrk akn kata cantiknyer mata dia, cutenyer baby!, or mrk ingat lil Q bb boy sbb iras muka bb Q tu muka daddy side ;) so sy slalu pakaikan head gear utk lil Qaseh agar org taw dia gegurl ehek ;)

Lil Qaseh bersama nenek, she's so happy!

So bulat ank mama nan santek nih! ;)

Cepatlah order mknan, sy lapar nie! Hehe...ank mama mcm pandai mkn jer...lepak dgn nenek & acik dia d i Tanjung Emas mkn rojak n mee bandung yg femes ;)

Sunday, June 3, 2012

H.O.L.I.D.A.Y! I've lot things to do!

Yay, musim cuti dtg lg! ;DD Pjg list thing to do sy sepjg 2 minggu cuti sekolah nih. antaranya:

  • Marking paper student ('~') byk gilerrr...grrr.. : 50% DONE. GANBATE fida!
  • Kemas umah - last2 sy panggil bibik cleaner kt area umah tlg bersihkan umah hehehe..sindrom penyakit 'M' menyerangku!
  • Start at least 2 jam driving class (tak sabo nk pegang stereng!!) Alhamdulillah sy sudah mgatasi fobia memegang stereng! Seronok plak dh berani drive ;DD Another 8 hours to go! CAIYOK2 FIDA!
  • Shopping! Nak p beli timbang digital yg dh lama jd idaman kalbuku huhu (tiap bln nak beli 1 item baking  ehek). DONE - Fida beli penimbang digital made frm Japan dr SOGO. HAPPY + PUAS HATI!
  • G book shops - misi mninjau/mcari buku2 keluaran oversea ttg baking,cakes, dll. - KINOkuniya + MPH bakal mjd destinasi sy ;)
  • Start intro flash card to bb Q. Skrg bb Q dh pandai singing tp gaya bb dia lah ;) - Masih mcari flash card yg sesuai. GOSH! I missed Pameran Ibu dan bayi @PWTC frm 1-3 Jun :((
  • Balik kgggggg! dah 2 bln tak blk since blk dr berpantang Feb lepas - Atok + Nenek bb Qaseh dh rindu-rinduan cucu mereka hehe..
  • BAKING! Nak baking cuppies utk member sy, Ita. Dah lama nak mlawat bb dia yg lebih kurang sebaya bb Q. 
Ermm...sedap pasta green tea nih! Yum3!!

Nak g cari timbang digital kt Sogo, sebab tak kijer so sy bwk bb Q g shopping di Sogo. Pastu malas nak carry her bulky stroller tu. So sy  sewa jer stroller Sogo ;)