Sunday, June 28, 2015

Sinar ramadan 1437

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Betapa Allah Maha Pengasih dan Penyayang pada hamba-hambanya yang diuji lalu bersabar di atas ujian dan musibah yang ditimpakanNya. Rupanya Allah tarik sesuatu dari saya bukan untuk menghukum....Dia menarikknya kerana orang itu akan membawa kemudaratan serta tidak baik untuk saya dan anak. Allah telah menggantikannya dengan sesuatu yang jauh lebih baik dan indah.Anugerah ini akan mebawa saya dan Nur Qaseh Humaira ke destinasi impian kami iaitu Jannah. Bukan kota London, bukan Paris tetapi JannahMu Ya Allah. Maka Ramadan 1437 disambut dengan penuh kesyukuran. Ramadan menjelma sebaik sahaja seminggu kami diijab kabulkan dengan disaksikan ahli keluarga dan sanak saudara dari kedua-dua pihak. Betapa kami mendapat doa dan limpahan keberkatan dari kedua-dua ibubapa dan ibubapa mertua. Perkara yang saya tidak terjangkau. Itulah rahmat Allah. Semua hinaan dan makian dari bekas suami dan isteri mudanya ternyata suatu omongan yang datang dari hati-hati yang telah hitam. Buat masa ini hati saya masih sukar memaafkan hinaan dan penganaiyaan dari mereka berdua. Hanya Allah yang mampu membuka hati saya untuk memaafkan mereka. Mungkin suatu hari nanti... Buat suami tercinta, Abang, terima kasih menerima saya seadanya. Allah telah mentakdirkan kita bertemu dan berjodoh. Kitalah insan-insan yang terpilih. Semoga kita akan sampai ke destinasi impian bersama-sama anak-anak yang dikasihi, in sha Allah.

No comments: