Monday, January 28, 2013

Setahun berlalu..

Salam. Lama Fida tak masukkn N3 sejak thn baru. Mmg sgt2 busy dgn kerjaya dan kehidupan harian.
Semalam 27 Januari 2013 Fida celebrate birthday ank kesayangan saya tu. Sy sambut di kg sy sebab ramai sepupu-sepapat Qaseh kt sana dan kebetulannya besday Qaseh jatuh pd hari cuti. Insya Allah kat rumah pengasuh Qaseh pun Fida akan buatkan majlis harijadi dia tapi simple jerla. Majlis tu nanti Fida akan buatkan kek dan sediakan goodie bag utk 7 org budak2 yg ada kat rumah pengasuh tu. Tunggukan N3 ttg majlis tu nnt di next N3 ya!

Alhamdulillah, syukur pd Allah Nur Qaseh Humaira dah pon berumur setahun. Time really flies so fast! Rasanya baru semlm melahirkan dia, mendukung dia sedari tapak kakinya saiz dua jari saya. Benar2 rindu moment tu...Syukurla Qaseh membesar dgn sihat dan normal. Harapan saya dia dapat membesar dgn sihat dan menjadi ank solehah yg berjaya di dunia dan akhirat. 

Kek harijadi Qaseh mestilah mamanya yg buat hehe...jenuh sy memikirkan apa tema kek dia. Mula2 ingatkan nak buat bentuk bintang sebab Qaseh nie mmg suka dgn kartun bintang yg ada dlm lagu Twinkle-twinkle Little Star yg selalu sy dengarkan pd dia waktu bedtime Qaseh. Tapi sy sedar yg ank sy nie mmg sgt sygkn teddy bear busyuk dia yg berwarna pink. Akhirnya sy uat keputusan buatkan kek hari lahir dia dgn bentuk teddy bear kesygan dia tu. Sy sanggup beli tin kek bentuk teddy bear utk buat kek Qaseh. Tapi tin tu agak murahla juga kerana buatan China. Lagipon bole digunakan kalau ada kwn2 yg nak order kek utk ank2 mereka. Topping kek sy gunakan aising krimwell dicampur dgn sedikit mentega dan krim keju. Keknya pula sy buatkan kek coklat Devil yg pernah sy buat masa celebrate birthday ank2 buah sy dulu. Sebenarnya Fida mmg takder pengalaman buat kek dgn watak kartun dan ditopping dgn aising. Tapi berbekalkan semangat yg berkobar-kobar dan sedikit kajian dt internet syukur.. jadi juga kek yg sy nak buat tu ;) Pastu ada pula lebihan kek coklat tu so sy pun buatkan kek utk Aiman ank buah sy. Birthday dia pun jatuh dalam bulan Januari. 


Step by step menghias kek hari lahir Qaseh.



Kek besday si kecil Qaseh diinspirasikan oleh teddy bebeh kesygan dia ;)












All the way...


Qaseh,
Kaulah anugerah terindah drNya,
Bahawasanya Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang...
Dugaan silih berganti, mamamu besabar bersandarkan doa pdNya,
 Dia Yg Maha Adil menganugerahkan mu kpdku...
Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah....
Semoga puteriku menjadi anak solehah yg membahagiakan ayah dan mamamu,
semoga puteriku menjadi mukminah yg berjaya didunia dan akhirat, Insya Allah.