Tuesday, November 23, 2010

Thank you cuz appreciate my artworks....

For the first time ada orang meminati hasil seniku. Hatiku tersentuh and i'm really appreciate that person. Aku terlibat dalam fotografi not because DSLR camera is lifestyle or trend nowday but i really interested with photography since sekolah lagi. Malangnya time tu hidup agak sukar. Nak beli makanan pon susah lagikan nak membeli gajet seperti kamera. Kamera yang ada hanyalah kamera 2nd hand berharga rm50 kepunyaan bapa yg dibelinya di pasar. Dia membeli kamera itu untuk mengambil gambar perabot yg dihasilkannya untuk dijual.Kemudian apabila habis STPM hasil dari duit kerja di kilang barulah aku mampu membeli sebuah kamera sendiri. Jika dilihat semula hasil tangkapan gambar last time rasa nak gelak pon ada. Ada satu gambar portrait yg aku shot dgn menggunakan kertas pembalut hadiah sebagai wallpaper. Punyalah teringin sangat nak shoot portrait ala-ala studio hehe...
Alhamdulillah, berkat ikhlas dan komited sebagai pendidik duit bonusku pada tahun ini aku laburkan dengan membeli kamera DSLR impianku. Aku tidak terfikir lagi nak menjadikan fotografi sebagai sumber rezeki kerana dengan bebanan tugas sebagai pendidik tidak mengizinkannya. Fotografi adalah hobiku,my passion,my thought,my aspiration about life. Lagi pon aku bukan level pro, i'm just beginner level. Masih byk kekurangan yg perlu diperbaiki. Bagiku apa yang penting org lain dpt melihat keindahan,kesukaran hidup,kebesaran ciptaan Allah menerusi lensaku. Untuk bro Izz dan yg lain-lain, terima kasih kerana mampu menilai hasil seniku menerusi mata hati kalian...

aku..ditelan masa..


1 comment:

ciklaili said...

Fid, kak leli pun suka tgk gmbr2 yg Fid ambik. terbaik!