Tuesday, June 26, 2012

Akhirnya, ini baru brownies!

Apa kek pertama yg anda baking?
Saya pula ialah brownies. Teruja dgn resepi di sebuah majalah kewanitaan yg popular pd tahun 90-an. Teruja mahu mencuba brownies tanpa mengetahui teknik asas membuatnya. Lucu benar sy pd waktu itu. Pd umur 18 thn, masih mentah ttg memasak apatah lg membuat kek sy teruskan juga niat mencuba brownies. Itulah pertama kalinya sy membakar kek. Tanpa alat-alat yg lengkap dan tiada oven utk membakar! Apa sy buat ialah pergi melepak di rumah Jun, sahabat baik sy. Dirumahnya ada perkakas membuat kuih dan juga oven elektrik berbentuk bulat jenama butterfly yg sgt glamer pd waktu mak2 kita dulu. Budak naif cuba nasib membakar brownies. Apa jadi?? Sebuku kek bantat yg sgt keras (baling ke dinding, retak seribu!)

Itu kenangan lama. Syukur kini dgn ilmu yg dipelajari dari rancangan masakan di televisyen, buku resepi, bacaan di internet dan sumber-sumber dr blog resepi akhirnya sy dpt menghasilkan brownies yg enak dan mempunyai tekstur yg cantik.

Brownies tercipta hasil idea seorg chef di Hotel Chicago's Plamers House. Ia sejenis manisan yg agak rendah (flat) tetapi teksturnya seakan kek dan seakan biskut. Brownies ada dlm bentuk kenyal (chewy) atau pun kegebuan sprt kek.Permukaannya sedikit garing. Bahan campuran selain tepung dan coklat ia juga boleh dicampurkan dgn kekacang atau selepas dibakar boleh tabur dgn gula aising atau top-up dgn aiskrim vanila kegemaran. Erm..ermmm...yummy!



Sy dan hb gemar menikmati brownies yg enak bersama minuman Mocha yg lazat kala petang hari. 



Fida dpt resepi double chocolate brownie dr dapur kak Rima http://www.bisousatoi.com/2011/06/it-has-to-be-chocolate.html


Thanks sis Rima for ur wonderful chocolate brownie. I difinetly will bake it over n over again  :DD


Sementara little Qaseh tidur, mama luangkan masa membaca sambil mengunyah brownies kegemaran ;)

RESEPI DOUBLE DARK CHOCOLATE BROWNIES


Bahan-bahan:
Mentega 117 gm - dipotong kiub pd suhu bilik
Tepung serbaguna 1 cwn*
1/2 sdt baking powder*
1/2 sdt garam*
1/4 cawan serbuk koko - fida guna Van Houten* 
(Nak lg enak gunakan coklat yg popular dikalangan food blogger sprt Valrhona. Tp sukar nk beli di Malaysia kena order online serta harganya mahal. Tapi utk kepuasan diri apa salahnyer kan?)
coklat masakan (dark chocolate/bittersweet, sy guna brand berryl) 225 gm - dipotong2 kecil
1 1/4 cawan gula kastor
Telur gred A 3 butir - sy guna gred B so gunakan 4 butir

Kaedah:
1- Panaskan ketuhar pada suhu 180'c dan alaskan loyang 20x20 cm dgn kertas minyak dan lengser sedikit dgn mentega.
2- Ayak bhn bertanda * dan ketepikan.
3-Cairkan coklat bersama mentega menggunakan kaedah double boil.
4-Masukkan gula dan putar diikuti telur dan campuran tepung.
5-Pukul sekadar sebati shj dan jgn terlebih putar.
6-Tuang dlm loyang dan bakar selama 60-50 minit bergantung ps ketuhar. Brownies msk apabila lidi penguji kek yg dicucukkan keluar bersih.
7-Sejukkan brownie sebelum dipotong.




No comments: