Monday, November 22, 2010

Resepi Kek Batek Capuccino

Asalnya resepi ini dari bondaku tercinta. Bonda menggunakan biskut merrie original tetapi aku telah tukarkan kepada biskut merrie capuccino since aku merupakan peminat tegar coffee hehe..
Okey, don't want rambling anymore, so here the recipe.
 Bahan-bahan:
1 peket biskut merrie perisa Capuccino
1 buku butter
1/2 tin susu pekat manis
1 peket Milo (kecil)

Kaedah membuat:
1- Patah-patahkan biskut merrie kepada dua bahagian.
2- Cairkan butter dalam periuk.
3- Masukkan susu pekat kacau rata.
4-Masukkan pula Milo dan kacau hingga sebati.
5-Masukkan biskut merrie,gaul sebati. Pastikan api tidak terlalu besar kerana akan menyebabkan bahan kek hangit.
6-Setelah dikacau rata,tutup api dan isikan bahan kek dalam loyang. ratakan sebelum disejukkan dan dimasukkan dalam bekas tertutup.


       Biskut merrie bukan sahaja enak dimakan begitu sahaja, cicah air kopi O pun sedap :)
                                      

*Kek ini adalah jenis yang sedikit ranggup so jangan biar terdedah.

No comments: