Tuesday, August 16, 2011

Tart Nenas Nyonya


Hm...entry kali nie nk share tart nenas nyonya yg enak. Sy buat mlm Ahad yg lepas. Dah mood skrg terlebih rajin tu yg buat awal tart utk mkn. Untuk raya minggu akhir nnt baru sy buat ;) tart ini pastrinya wangi,gebu rasa butter dan sedikit ranggup. Sy dpt resepi nie dr blogger Azlita (Masam Manis). Thanks Azlita kerana sudi berkongsi resepi tart yg sedap nie. Skali buat adunan tu dapat lbh kurang 40 biji. Skali ngap abeh dah satu balang last nite (balang saiz kecil) huhu....

TART NENAS NYONYA
Adunan dapat anggaran 35 - 40 biji

300 gms tepung gandum
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu gula ising
200 gms butter
2 kuning telor sahaja
jem nenas (sy beli dh siap dan lembutkn dgn 2 sudu besar butter, sy suka bau rempah so sy tambah serbuk kayu manis)

Cara:

1-Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula ising ke dalam bekas. Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu. Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.

2-Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method). Kemudian masukkan telor dan satukan menjadi doh.

3-Canai jadi setengah inci dan turap guna acuan atau cutter . Untuk lebih mudah agar tak melekat2 lapik dengan plastik semasa mencanai doh. 1 keping plastik 4 segi potong jadi sekeping besar. Oleskan atas plastik dgn sedikit minyak. Letakkan doh di tengah plastik dan lipat plastik dan kayu canai tu gelek atas plastik.
4-Kemudian terap adunan tadi dgn terap tuk buat tart. Kalau adunan melekat kat alat penerap tu. Beruskan sedikit alat tu dgn sedikit minyak masak. Ini dapat mengelakkan adunan dari melekat2.Susun adunan yg telah di canai atas loyang pembakar.
 
5-Ambil jem nenas dan gentel bulat2 sebesar guli. Letakkan atas doh yg telah di terap tadi. Buat hingga habis.
 
6-Kemudian bakar adunan ni dalam oven yg bersuhu 170C selama 20 - 30 minit atau sehingga masak.
Setelah masak keluarkan dari loyang dan letak atas redai hingga sejuk. Simpan dalam bekas kedap udara.

No comments: