Sy pernah masukkan resepi ini pd N3 yg lepas tp nak tulis lg sbb pencuci mulut ini mmg enak dan mudah disediakan. Di bazar ramadan atau pasar mlm sepotong puding karamel ini shj RM3.00! Jd apa kata kita buat sendiri, jimat kos, boleh mkn byk dan yg penting sedap ;)
PUDING KARAMEL JAGUNG
Bahan-bahan:( 10 orang )
10 biji telur gred B
1 tin susu manis
1 tin air (tin susu)
1 tin jagung manis (krim)
8 sudu gula (sy dh kurangkan)
sedikit esen vanila
daun pandan
Cara-cara:
1. Kukus air bersama daun pandan yg dicarik-carikkan. Tujuannya untuk mewangikan puding tersebut.
2. Panaskan gula tanpa air hingga perang. Tutup api dan letakkan dlm loyang pengukus. Ketepikan.
3.Kisar telur, air, jagung, esen vanila dan masukkan ke dlm loyang yg telah berisi gula perang tadi.
4. Kukus hingga masak selama 45 minit. Sejukkan dan letak dalam peti sejuk. Bila nak makan terlangkupkan puding tersebut.
No comments:
Post a Comment