Wednesday, June 8, 2011

Selamat Hari Bapa dear :)

Hari ni sy pergi check-up utk menconfirmkn usia kdgn sy. Bertemu janji dgn doktor pakar di Hospital PUSRAWI yg bernama doktor Daud bersama suami tersyg ptg tadi. Hati berdebar2 kerana tidak tahu apa keadaan kdgn sy. Doktor mengesahkan sy hamil about 7 weeks. Alhamdulillah. Kami melihat scanning kdgnku dan doktor mengatakan ada fibroid yg kecil tetapi tidak menganggu kdgn. Sy mula risau. Namun demikian doktor menyatakan jika kdgn telah membesar dlm 7 bln dikhuatiri komplikasi bleeding atau kelahiran awal. Sy dan suami redha dan berdoa agar kdgn sy selamat kerana doktor Daun menasihati sy agar jgn terlalu risau sgt kerana insya'allah fibroid itu tidak menganggu bayi cuma sy akan rasa tdk selesa di perut disebabkan kehadiran benda asing selain drpd bayi sy.Syukur sy terjumpa byk artikel dan blog2 ibu mengandung yg mempunyai maklumat ttg kehamilan dan fibroid sprt sy. Ada diantara blogger itu menyatakan ada sesetengah kes fibroid mengecut apabila bayi membesar. Adik sy yg bertugas sebagai jururawat bidan juga menyatakan perkara yg sama. Doktor Daud menyatakan fibroid normal dikalangan wanita cuma saiznya shj yg dikhuatiri membahayakan wanita yg menghidapnya. Syukur fibroid sy tidak terlalu besar dan sy berdoa agar fibroid itu tidk akan menganggu kdgn sy. Selain itu doktor Daud memberitahu sy jika wanita mengandung sulung pada usia 30-an atau lewat antara masalah atau kesan sampingan yg dialaminya semasa pregnant diantaranya ialah fibroid,darah tinggi dan kencing manis.
Suami sy memberikan kata2 semangat agar sy tidak terlalu memikirkn masalah ini dan dia bersyukur dgn kandungan ini. Untuk abg, Selamat Hari Bapa dear :) thanks cuz alway be there when i need u...


My pregnancy scanning, about 7 weeks...Kantung bayi sy dan fetus yg sebesar saiz kekacang dan fibroid yg kecil di atas sebelah kiri berhampiran dinding rahim.
(Ini sebahagian artikel tentang fibroid yg sy petik dari laman blog "Impian hamil")

Presiden Persatuan Kesihatan Ibu dan Bayi Malaysia (Mamaneh), Prof Dr Nik Mohd Nasri Ismail berkata fibroid bukan barah. Fribroid adalah satu ketumbuhan pejal yang biasanya berlaku di dalam dinding rahim. Ketumbuhan itu terjadi daripada otot myometrium. Selain dijumpai di bahagian dinding rahim, fibroid juga boleh ditemui di bahagian lain seperti pangkal rahim, rongga rahim, kilang telur serta di luar rahim.
Beliau berkata, fibroid lebih kerap berlaku pada wanita yang berumur 35 tahun ke atas tetapi juga terdapat kes fibroid pada wanita yang lebih muda.
“Fibroid lazimnya tidak menyebabkan kesakitan semasa haid. Ramai wanita yang mempunyai fibroid tidak menyedari kehadiran ketumbuhan itu. Tetapi kesakitan lebih dirasakan pada wanita yang hamil. Selain itu, kesakitan juga berlaku kerana saiz fibroid membesar ketika hamil. Pembesaran fibroid terjadi kerana rangsangan oleh kadar hormon yang tinggi semasa hamil,” katanya.
Beliau berkata, fibroid jarang menyebabkan masalah untuk hamil kerana amat jarang untuk ketumbuhan itu terletak menutupi kedua bukaan saluran falopian pada rahim. Bagaimanapun, fibroid yang membesar dan muncul ke arah ruang rahim boleh menyebabkan masalah keguguran sekiranya wanita itu hamil.
“Ketiadaan ovulasi (pengeluaran telur) bermakna tiada peluang untuk wanita hamil sendirinya. Jika ia langsung tidak berlaku, tiadalah peluangnya, jika ia jarang berlaku bermakna kuranglah peluangnya untuk hamil,” katanya.
Bagi fibroid begitu besar, doktor akan menasihatkan wanita berkenaan supaya menjalani pembedahan.
Jika, wanita terbabit berusia bawah 40 tahun dan masih mahukan anak, doktor boleh berusaha untuk mengeluarkan fibroid terbabit tanpa mengira berapa jumlahnya. Bagaimanapun, ada kala, rahim terpaksa dikeluarkan jika berlaku pendarahan yang serius semasa pembedahan. Tetapi wanita yang tidak mahu hamil, fibroid dan rahimnya boleh dikeluarkan.

No comments: