Monday, August 15, 2011

Ranggup diluar lembut didalam.

Sy suka mkn sotong goreng tepung. Tak pernah cuba memsknya sendiri so last week sy try utk juadah berbuka. Dpt satu resepi nie mmg nmpknya mcm sedap sbb ramai yg tlh mencubanya memberi komentar menyatakan resepi ini mmg sedap. Hb belikan sotong sampai 1 kilo bila sy ckp sy nk buat resepi nie huhu...Sedap sampai tak sempat nk simpan sahur dah licin pinggan sotong tu, yerla mkn sambil cicah sambal mmg laju jerla mulut mengunyahnya ;P



SOTONG GORENG TEPUNG

Bahan-bahan:
  • 300 gm sotong
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 1 biji telur
  • sedikit garam
  • lada sulah
Cara-cara
  1. Potong sotong kecil2, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering.
  2. Gaul sotong dgn sedikit garam dan lada sulah.
  3. Pukul telur setakat nak satukan yg kuning dgn yg putih jer. Masukkan sotong ke dalam telur. Ketepikan.
  4. Gaul tepung dgn baking powder. Masukkan sotong yg telah digaul dgn telur dalam tepung, salutkan habis sotong dgn tepung. Kalu nak pedas boleh letak sikit serbuk kari dalam tepung.
  5. Goreng deep fry sampai golden brown. Goreng sotong kejap jer dalam 4-5 min kalau tak nanti sotong keras and liat pulak.
Sos:
Bahan:
10 tangkai cili kering
1 ulas bawang putih
air asam jawa

Cara:
1- Kisar cili kering dgn bawang putih.Masukkan air asam jawa.
2- Masak hingga mendidih dan letakkan gula dan garam secukunya. Sy suka sambal ini manis so sy lebihkan gula.


No comments: