Tuesday, May 28, 2013

Kakak

Saya sering melihat dia bersama ibunya. Dia tinggal satu floor dengan saya. Budak perempuan itu saya kira dalam usia 9 tahun. Berwajah kecinaan,pandai bercakap mandarin pula, berkulit putih seperti ibunya dan comel!

Satu pagi saya menegur mereka berdua. Sejak usia Qaseh dua bulan lagi (tiap awal pagi waktu saya menunggu pintu lif untuk menghantar Qaseh ke rumah pengasuh biasanya kami akan terserempak) Oleh itu mereka memang sering menegur sapa saya. Rupanya budak perempuan itu bersekolah di sebuah sekolah cina dan dia pandai berbahasa Mandarin.

Kini Qaseh sudah pun berusia setahun lebih. Baru beberapa bulan nie saya mengetahui nama budak perempuan comel itu. Echa. Ya namanya Echa. Saya tidak pasti akan situasi ibubapanya kerana saya sering melihat Echa bersama ibunya sepanjang masa. Seperti Qaseh dan saya..ya seperti kami...

Pernah sekali kami berbual di kedai Thai depan rumah sementara menunggu masakan Tomyam yang dipesan. Ibu Echa bekerja sebagai tukang urut di sebuah spa. Mereka menyewa bersama 2 orang lagi penyewa yang lain. Echa rupanya pandai mengurus dan menjaga diri sewaktu ibunya keluar bekerja. Tetapi jauh di sudut hati saya bimbang akan keselamatan Echa maklumlah sekarang nie berleluasa manusia berhati syaitan menculik dan merogol kanak-kanak perempuan bawah umur. Yang terbaru budak berusia 9 tahun. 

"Ya Allah lindungilah Echa daripada kejahatan manusia". Itu doa saya utk Echa.

Saya juga selalu berpesan pada Echa jangan sesekali menaiki lif berseorgan dgn lelaki. Jangn ikut lelaki tidak dikenali dan macam-macam saya pesan padanya huhu...

Tiap petang waktu ambil Qaseh dari rumah pengasuh saya akan singgah sebentar di playground bawah apartment saya untuk memberi masa pada Qaseh bermain-main di taman itu. Di situ saya akan bertemu Echa. Echa yang riang bersama rakan-rakannya. Kata Echa dia akan duduk di taman selepas balik mengaji. Echa mesra denga Qaseh. Dia akan melayan anak kecil saya itu seperti adiknya. Qaseh pun dah mula sukakan kakak Echanya. Dia akan panggil KAKAK!

Selepas ini Echa takkan bersorangan lagi. Saya dah menjemput dia datang menyiapkan kerja sekolah di rumah saya. Qaseh pula tentunya gembira kerana ada kawan.

KAKAK Echa bersama dak santek saya..teman Qaseh.



No comments: