Wednesday, August 24, 2011

Biskut Mazola@Kacang

Semlm selepas kerja sy menghadiri majlis iftar bersama-sama rakan sekerja di Restoran Felda Jln Semarak. Ya ampun, ramai org yg dtg. Lagi hampir nk raya lg ramai rupanya yg berbuka puasa di hotel-hotel dan restoran. Mr.HB pula ada majlis iftar di Hotel Pan Pac so sy gantung apron lah semlm ;DD

Menu yg disajikan oleh Restoran Anjung Villa Felda mumuaskan hati dan setimpal dgn harga yg dibayar. Sy kira harga yg plg murah kerana jika berbuka di hotel pun sudah mencecah RM70-90. Di Felda kita hanya byr RM58. Ada kambing bakar, mknan tradisional, makanan Timur Tengah, seafood dan pelbagai lagi. Sy lupakan sekejap pesanan doktor Daud yg minta sy kawal corak pemakanan kerana selepas check-up Isnin lepas doktor kata sy byk ambil mknan berkaborhidrat, berkanji dan mnis yg mn tidak baik utk kesihatan sy dan bayi. Air ketuban jd banyak. Hm...sy pun naik risau dan berazam nk kurangkan mknan yg berkarbohidrat dan bykkan sayuran dan tidak mengambil minuman serta kuih muih yg manis. Tapi bila berbuka semlm, sy lupa 'pantang' tu hehehe...ni musim raya next week pun sy kena lupakn sekejap pesanan doktor tu ehek ;P

Blk dr iftar menyempat lg sy siapkan satu lagi jenis biskut raya. Sebenarnya biskut ini special request dr seorg rakan sekerja yg mmg minat sgt dgn biskut tersebut. Biskut Mazola atau biskut kcg merupakan antara biskut raya yg classic tetapi sentiasa diminati. Resepi yg sy guna ini adalah dari resepi bonda tercinta. Mudah sgt nk buat biskut ini dan kita bole juga menambah perisa lain seperti capuccino dan sebagainya. Untuk peminat2 kcg, silalah ambil resepi ini dan cuba buat biskut yg mudah tetapi sedap ini :-)


RESEPI BISKUT MAZOLA
Bahan:
2 cup tepung
2 cup kacang yg tlh dikisar
1/4 cup gula aising (sy tlh kurangkan)
minyak jagung (tuang sedikit-sedikit hingga doh bole di uli)
secubit garam
telur kunig utk sapuan hiasan dan kacang/badam

Cara membuat:
1-Campurkan semua bahan kecuali minyak
2-Tuang minyak sedikit-sedikit hingga doh bole dicanai.
3-Teraplah ikut suka dan sapukan telur kuning serta taburkan kcg /bdm hiasan
4-Bakar dgn suhu 140'c selama 18-20 minit

No comments: