Tuesday, August 16, 2011

Batang Keladi Masak Lemak Merah


Tekak teringin nak mkn lauk keladi semlm. So utk iftar sy mskkan btg keladi dgn udang masak lemak. Mkn dgn nasi panas dan ikn masin. Hm..mak mertua lalu pun tak nmpk. Yerla mcmn nk nmpk mak mertua lalu belakang hehe...
Batang keladi nie boleh dimasak asam rebus  atau dicampur dgn siput sedut dalam masakan lemak. Tp disini sy gantikan dgn udang sbb sy tak mkn siput tu buat masa nie.

Batang keladi masak lemak merah bersama udang
Bahan-bahan:
1 ikat batang keladi - batangnya dibuang kulit dan direbus 1/4 masak bersam asam gelugur utk menghilangkan gatalnya.
1 cwn santan cair
1/2 cwn santan pekat
5 biji bwg merah*
2 biji bwg putih*
1 inchi kunyit*
1 inchi lengkuas*
10 cili kering*
*dikisar
garam dan gula secukupnyer
asam keping / gelugur

Cara:
1-Tumis bhn kisar hingga naik bau.
3-Masukkan santan cair,asam keping dan udang, lalu masak hingga mendidih.
2-Apabila mendidih masukkan santan pekat dan batang keladi. Kacau hingga mendidih dan padamkan api.

No comments: