Tuesday, August 23, 2011

Biskut Raya

Sy gemar membuat sendiri cookies utk raya. So dah masuk minggu akhir ini adalah 2-3 jenis yg sy dh siapkan. Buat sendiri mestilah lebih sedap cuz kita gunakan butter dan bahan2 yg bermutu. Of course sy menggunakan butter yg dijamin halal sprt Anchor ;) So entry kali ini nak share resepi cookie quaker out chocolate yg tgh hitz among our food bloggers skrg nie. Cookie nie ranggup dan enak. Boleh divariasikan dengan pelbagai bahan seperti letakkan kismis atau chocolate chips dan kekacang. Terpulang ikut selera masing-masing.


OAT CRIPS COOKIES

Bahan-bahan:

130g tepung gandum
30g tepung jagung
20g serbuk koko 
½ sk serbuk penaik 
Kesemua bahan di atas di ayak
¼ sk serbuk kulit kayu manis- ita tak letak
¼ sk garam
90g Quaker Oat Segera
200g mentega
120g brown sugar
½ sk esen vanilla
badam nips
Cara membuat:

1-Masukkan bahan yg diayak tadi
2-Masukkan garam dan Quaker Oats segera dan gaul rata. 
3-Pukul mentega, gula, vanilla sehingga gebu. 
4-Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit. 
5-Uli hingga kental. Canai doh di atas papan yg ditabur sedikit tepung. 
6-Potong atau terap dan letak atas dulang. 
7-Bakar dengan suhu 160 selama 12-15 minit  (saya bakar 18minit) atau sehingga rangup.


No comments: