Sunday, August 14, 2011

Ala Chinese Food

Dah 2 minggu kita berpuasa kan? esk hari ke-15 ramadhan...sekejap jer..sedih gak ramadhan semakin meninggalkan kita :( Mudah-mudahan amalan puasa yg kita lakukan diterima Allah, insya'allah amin.
N3 kali nie nak share resepi ala-ala Chinese style iaitu ayam msk Kung Pao. Sy dpt resepi dr cik Mat Gebu kita. Mmg sedap lauk nie. Rasa juadah ini unik dgn sedikit pedas dan manis. Selain itu kcg gajus juga memberikan satu aroma pd masakan ini. Biasanya kalau kita mkn ala-carte or buffet di hotel dgn menu ala Chinese food, juadah nie mesti ada.

Bole juga tukar ayam dgn sotong atau udang.
Ayam masak Kung Pao

BAHAN-BAHANNYA :
2 keping dada ayam, hiris sederhana besar, cuci dan toskan
*
1 camca besar sos tiram
*
1/2 camca teh lada sulah
*
1 1/2 camca besar tepung jagung
*(*disatukan, gaul rata dan perap 30 minit)
1/2 biji red capsicum, didadu
1/2 biji green capsicum, didadu
4 kuntum cendawan butang segar, hiris kasar (boleh ganti yg dalam tin atau abaikan)
8 tangkai cili kering, hiris serong, cuci dan lap kering2
4 ulas bawang putih, cincang halus
1 genggam kacang gajus, digoreng keemasan, toskan
1 1/2 camac besar sos hoisin
1 camca besar kicap cair
1/2 camca besar kicap pekat
1/4 camca teh minyak bijan
3/4 camca teh gula

CARA MEMBUATNYA :-)
1.     Panaskan minyak, goreng ayam yang telah diperap tadi hingga masak, angkat dan toskan. Tinggal kan kurang lebih 2 camca besar minyak masak. Masukkan cili kering dan tumis hingga harum, tambah bawang putih, tumis lagi, masukkan cendawan, red n green capsicum. Kacau rata.
2.    Masukkan sos hoisin, kicap pekat, kicap cair, minyak bijan, gula dan gajus tadi, kacau hingga mesra. Tambah ayam dan gaul hingga sos menyaluti daging ayam. Masak hingga sedikit kering. Rasa dan jika kurang masin boleh tambah sedikit kicap cair lagi. Angkat dan hidangkan panas.



No comments: