Monday, August 22, 2011

Nasi Lemak Kukus Ayam Berempah

Syahdu jer rasanyer Ramadhan semakin meninggalkan kita. Tinggal seminggu jer lagi kita akn menyambut Syawal. Persiapan raya Fida biasa jer. Tak adalah berlebih-lebih sgt. Bersederhana itu amalan yg baik. Cuma sy lebihkan utk kedua org tua dan anak2 buah. Walau pun sy telah berumahtangga tp mereka semua tidak sy lupakan. Jumaat lepas selepas kerja sempat shopping baju utk ank2 buah sambil cuci2 mata lihat baju2 maternity yg sesuai dipakai semasa raya nnt. Sy bercadang nak beli jenis maxi yg mcm jubah jer. Nak pakai baju kurung maklumlah 'puyut' dh makin besar so kat tang kain selalu sangkut ehek ;)
Okey kali nie sy nk share resepi nasi lemak kukus dan ayam goreng berempah yg tlh sy cuba utk juadah iftar. Alhamdulillah resepi yg sy dpt dr myresepi.com ini mmg menjadi. Hb pun suka.Adk sy Jenal plak mkn bertambah2 sbb dia mmg hantu ayam goreng, tambah lagi aym goreng berempah. Katanya kt ASWARA tmpt dia study tu ada gak jual nasi lemak kukus nie tp yg sy msk nih lg sedap katanya huhu... Pas ni tak perlulah nk p beli kalau nk mkn nasi lemak kukus yg sedap. Buat sendiri puas hati kan? ;)


Nasi lemak yg dikukus lebih jimat kerana tidak ada kerak dan nasinyer wangi. Dihidangkan dgn sambal tumis dan kangkung goreng, mmg sedap!


Sy perap aym nie lama, so rasanya lbh sedap. Sambil menunggu sempat g shopping raya ;P
NASI LEMAK KUKUS
Bahan-bahan:

Bahan-bahan ( 4 @ 5 org )
  • 5 cawan beras
  • 2 biji pati santan
  • 3 helai daun pandan
  • Garam secukup rasa
Cara-cara
  1. Didihkan air dalam pengukus. Basuh beras dan kukus dalam pengukus selama 20 minit atau beras separuh masak. Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sekurang-kurangnya 3-4 jam supaya beras memanjang 2 kali ganda.
  2. Tukar air selalu jika perlu penyejukan lebih cepat. Setelah itu, kukus semula beras yang telah memanjang tadi hingga masak atau lebih kurang 15 minit. Keluarkan nasi yang telah masak dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam dan biar seketika atau 10 minit supaya santan menyerap masuk dalam beras. Akhir sekali, kukus lagi sekali bersama daun pandan hingga nasi kelihatan berderai, cantik dan santan yang terserap tadi masak.
  3. Tambahan: Semasa mengukus, lubangkan dengan jari beras tersebut supaya masak serata. Sekiranya hendak makan pada pagi, kukus dan rendam pada waktu malam sebelum. Lebih lama rendam, lebih panjang beras. Nasi lemak kukus ini lebih sedap dari yang ditanak biasa dan lebih untung kerana tiada kerak.
AYAM GORENG BEREMPAH

Bahan-bahan ( 3-4 orang )
  • 7-8 ketul ayam (dibersihkan)
  • 5 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
  • 1 inci halia (ditumbuk kasar)
  • 3 batang serai (ditumbuk kasar)
  • 1 sb ketumbar (disangai dan ditumbuk kasar)
  • 1 sdt jintan manis (disangai dan ditumbuk kasar)
  • 1 sb serbuk kari ayam (sy guna Adabi)
  • 1 biji telur
  • 2 sb tepung jagung
  • 1 tangkai daun kari
  • garam secukupnya
Cara-cara
  1. Perapkan ayam dgn semua bahan di atas selama 1 jam atau selama mana yg boleh. Kemudian gorengkan dgn minyak yg banyak sehingga garing. Gunakan api perlahan shj.
  2. Hidangkan panas2.

No comments: