Thursday, December 2, 2010

Baking project with tiny tot ;)

What ever happend in our life, we must go on...n yeah, tday i baked another layer cake to cheer-up myself. When i upset i like to smell strawberry.So nice and yummy ;) So i baked the Strawberry Cheese cake tday.
My little Aiman and Aisar were 'helping' me in the kitchen while i make the cake huhu... ;-D




Kek Lapis Strawberry Cheese

Bahan-bahan:
450 gm butter [terbaik ialah Golden Churn / ScS]
250 gm cream cheese [jenama Philadelphia Kraft]
1 sdb ovellete
150gm gula kastor
10 biji telur
1 tin [400gm] susu pekat manis
300gm tepung Hong Kong
100gm Horlick
200 gm Strawberry filling [jika tiada boleh ganti jem strawberry tetapi mesti letak sedikit keranna jem terlalu manis]
1 sdt strawberry emulco atau esen strawberry
sedikit pewarna merah/pink

Cara membuat:
1-Putar mentega bersama cream cheese dan ovelette hingga pucat dan kembang.
2-Masukkan gula dan terus putar hingga sebati.
3-Masukkan telur sebiji demi sebiji, putar hingga kembang.
4-Perlahankan speed mixer, masukkan susu dan gaul hingga sebati.
5-Masih slow speed, masukkan pula horlick dan tepung sedikit-sedikit, putar hingga semua sebati.
6-Akhir sekali bahagi dua adunan, satu adunan letakkan strawberry filling dan strawberry emulco/esen.
7-Bakar lapisan pertama dgn api atas bawah selama 10 minit, ikut ketebalan lapisan anda.Setelah masak,keluarkan dari ketuhar, jika ada belon udara, pecahkan dgn lidi pencukil gigi dan ambil alat penekan untuk meratakan lapisan atas kek.
8-Untuk lapisan seterusnya tukar api kepada api atas sahaja dan bakar selama 10-15 minit bergantung pada ketebalan lapisan anda.

No comments: