Tuesday, January 25, 2011

January foodie ;-)

Phewww... long time i didn't up date my blog. Busy! itu yg boleh sy katakan di sini. Weekdays busy kerja then malam tak sempat membuka blog dan menulis cuz i was tired and sleepy.Sempat jenguk facebook shj bfr tidur ;) Weekend pula siang sibuk membakar kek manakala mlm went out dating with my sweetheart ;) Akhirnya my B lah jd tukang kritik utama utk kek yg sy masak huhu...oh ya my B like my carrot cake so much. He said the taste very delicious compare with other carrot cake he ate before.

Orite, enough rambling here. So tday i post entry for all foods that i cook in January.

***Resepi utk carrot n banana cake serta pastry ada pada entry yg lepas.

Tuna pizza, my first pizza!

Hmmm.....yummilicious!

Tuna Pastry 
Banana cake with chocolate ganache and icing sugar frosting.

Cupcake carrot frosting with cream cheese. Favorite my B ;-)

Homemade pizza

Bahan roti:
200 gm tepung roti* (boleh dibeli di kedai pembekal bahan2 kek)
1/2 sdb gula*
1/2 sdk garam*
2 sdk baking powder*
1sdb olive oil
130ml air

Cara membuat:
1- Masukkan semua bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk. Kacau biar bergaul rata.
2- Masukkan pula olive oil dan air. Kacau sehingga tak nampak debu-debu putih.
Rehatkan 5-10 minit. Kemudian uli dengan tangan sehingga licin.
3- Buat bentuk bulat. Wrap dengan plastik wrap. Biarkan 30 minit.
4- Bahagikan doh kepada 2. Buat bentuk bulat. Kemudian canaikan senipis yang disukai. Lepas tu bolehlah tarik-tarik/kebar2 biar jadi lebih nipis,lagi crispy.
5-Panaskan oven sehingga 200c. Kemudian letaklah topping pada pizza. Bakar selama 10-15 minit.

Inti
Bahan-bahan: [tuna blackpaper]
1 tin tuna
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit lada hitam

Cara membuat:
Bawang merah,putih dan lada hitam yg telah ditumbuk ditumis dengan tuna.

Bahan-bahan: [topping]
2 sdb sos tomato
1 sdt serbuk paprika
1 sdt serbuk oregano
1 lada banggala dipotong dadu
1/2 ulas bawang kuning dihiris bulat-bulat
1 cawan cendawan butang - dihiris nipis
1/2 cawan nenas kuib - dihiris-hiris
1 cawan keju mozarella

Cara meletak topping:
1- Sapukan sos tomato pada permukaan roti pizza.
2- Letakkan inti tuna.
3- Taburkan cendawan,cili benggala,hirisan bawang,nenas,serbuk paprika,serbuk oregano dan akhir skali taburkan keju mozarella.



No comments: