Tuesday, May 28, 2013

Kakak

Saya sering melihat dia bersama ibunya. Dia tinggal satu floor dengan saya. Budak perempuan itu saya kira dalam usia 9 tahun. Berwajah kecinaan,pandai bercakap mandarin pula, berkulit putih seperti ibunya dan comel!

Satu pagi saya menegur mereka berdua. Sejak usia Qaseh dua bulan lagi (tiap awal pagi waktu saya menunggu pintu lif untuk menghantar Qaseh ke rumah pengasuh biasanya kami akan terserempak) Oleh itu mereka memang sering menegur sapa saya. Rupanya budak perempuan itu bersekolah di sebuah sekolah cina dan dia pandai berbahasa Mandarin.

Kini Qaseh sudah pun berusia setahun lebih. Baru beberapa bulan nie saya mengetahui nama budak perempuan comel itu. Echa. Ya namanya Echa. Saya tidak pasti akan situasi ibubapanya kerana saya sering melihat Echa bersama ibunya sepanjang masa. Seperti Qaseh dan saya..ya seperti kami...

Pernah sekali kami berbual di kedai Thai depan rumah sementara menunggu masakan Tomyam yang dipesan. Ibu Echa bekerja sebagai tukang urut di sebuah spa. Mereka menyewa bersama 2 orang lagi penyewa yang lain. Echa rupanya pandai mengurus dan menjaga diri sewaktu ibunya keluar bekerja. Tetapi jauh di sudut hati saya bimbang akan keselamatan Echa maklumlah sekarang nie berleluasa manusia berhati syaitan menculik dan merogol kanak-kanak perempuan bawah umur. Yang terbaru budak berusia 9 tahun. 

"Ya Allah lindungilah Echa daripada kejahatan manusia". Itu doa saya utk Echa.

Saya juga selalu berpesan pada Echa jangan sesekali menaiki lif berseorgan dgn lelaki. Jangn ikut lelaki tidak dikenali dan macam-macam saya pesan padanya huhu...

Tiap petang waktu ambil Qaseh dari rumah pengasuh saya akan singgah sebentar di playground bawah apartment saya untuk memberi masa pada Qaseh bermain-main di taman itu. Di situ saya akan bertemu Echa. Echa yang riang bersama rakan-rakannya. Kata Echa dia akan duduk di taman selepas balik mengaji. Echa mesra denga Qaseh. Dia akan melayan anak kecil saya itu seperti adiknya. Qaseh pun dah mula sukakan kakak Echanya. Dia akan panggil KAKAK!

Selepas ini Echa takkan bersorangan lagi. Saya dah menjemput dia datang menyiapkan kerja sekolah di rumah saya. Qaseh pula tentunya gembira kerana ada kawan.

KAKAK Echa bersama dak santek saya..teman Qaseh.



Pemandu teksi,doktor dan saya.

Suatu hari saya berbual dengan seorang pemandu teksi.

Pakcik teksi: Pakcik tadi taknk amek penumpang tapi kebetulan tadi masa turunkan passenger tu kamu menahan teksi pakcik. Ksian plak dengan ank kecil kamu tuh pakcik ameklah.

Saya: Naseb baik pakcik nak amek. Susah nak dapatkan teksi kat situ. Saya nie terpaksa ke sana sebab nak mencari sebuah buku kat kedai yang ada dalam shopping kompleks tu. Terima kasihla pakcik nak amek saya sebagai penumpang. 

Terharu plak saya mendengar pengakuan pakcik driver teksi tu. Orangnya berwajah jernih,berkupiah putih dan nampak ketenangannya.

Pakcik teksi: Mana suaminya tak ada? Maaflah pakcik bertanya.

Saya: Erm..dia tak ada.... Balas saya perlahan.

Pakcik teksi: Oh yerker..Pakcik nie tadi nak balik rumah sebab tu rancangnya taknk amek penumpang.

Saya: Pakcik tinggal di mana?

Pakcik teksi: Pakcik dok kat Bangi. Orang rumah pakcik kijer kat Kajang. Pakcik nie dah pencen tu yang isi masa lapang dengan bawak teksi nie. Orang rumah pakcik jururawat kat spital Kajang. Pakcik nie pon dulu orang spital gak. Ujar pakcik teksi tu sambil ketawa kecil.

Saya: Oh yerker. Adik saya pun jururawat dan adik ipar plak Medical assistant (MA). Pakcik dulu kat spital mana? Tanya saya lagi.

Pakcik teksi: Pakcik dulu bertugas kat banyak hospital. Last2 bila orang rumah dapat kat Kajang, pakcik kat HKL pastu beli rumah kat bangi tu yang terus menetap kat sana. 

Saya: Ohw...adik saya kat hospital Muar dan Batu Pahat.

Pakcik teksi: Eh dulu pakcik pernah bertugas kat hospital Batu Pahat. Sapa name adik kamu tu? Kot2lah pakcik kenal dia. Ternyata pakcik driver teksi nie teruja apabila saya memberitahu yang adik saya bertugas di hospital Batu Pahat.

Saya: Azhar...Pakcik kenal ker?

Pakcik teksi: Hurm..rasa-rasa tak kenal sebab pakcik last kat sana tahun 2004. Sambil menggelengkan kepalanya.

Saya: Btola tu sebab adik saya bertugas tahun 2006.

Kami terus rancak berbual sambil teksi bergerak laju menuju ke destinasi. Saya amat tertarik dengan cerita pakcik itu tentang keluarganya.

Tiba-tiba Qaseh merenggek sebab waktu dia nak tido. Sedang saya memujuk-mujuk Qaseh apabila pakcik mencelah.

Pakcik teksi: Berapa umur anak tu? Teringat plak pakcik kat cucu pakcik. Seorang anak pakcik dah kawen dan ada sorang anak. Nak jaga anak2 nie kena ada ilmu. Yang paling penting asasnya ialah agama. Anak-anak pakcik semua pakcik didik dengan tegas tapi berhemah dan penuh kelembutan. Alhamdulillah pakcik ada 4 anak, dan semua mengambil kursus perubatan. Yang sulung kakaknya tu dah jadi doktor kat hospital Ampang dan sedang sambung blajar lagi.

Saya: Ya Allah..syukurnya..bagusnya pakcik...Dalam hati saya terbit rasa ingin tahu bagaimana pakcik ini berjaya membentuk anak-anaknya.

Pakcik: Itulah alhamdulillah...mengikut jejak mak ayah diorang kerja kat hospital .
Selorah pakcik lagi.
Kalau ikutkan anak-anak taknk pakcik bawak teksi nak pakcik berehat tapi pakcik nie jenis orang tak bole duduk diam. Tu yang bawak teksi. Pakcik bawak pon taklah beria sangat. Sekadar mengisi masa sebab orang rumah pon masih bekerja bosan plak dok umah.

Saya: Saya teringin nak anak saya berjaya macam anak-anak pakcik. Bole pakcik citer mcmana pakcik didik anak-anak tu?

Destinasi saya kian hampir. Dalam hati saya nak jer berbual lebih lanjut dengan pakcik teksi ni. Tapi masa tak mengizinkan plak.

Saya: Pakcik nanti berhentikan saya selepas lampu isyarat tu ya.

Pakcik teksi: Ok kat bangunan biru tu yer? Pakcik nak pesanlah kamu jaga agama maksudnya pendidikan agama jangan diabaikan. Ajar anak solat, mengaji dan hormat orang tua. Selain tu kamu amalkan surah Taha bagi melembutkan hati anak. Pakcik amalkan surah tu alhamdulillah anak-anak dengar kata dan berjaya. Pesan pakcik driver teksi tu sebelum dia menurunkan saya.

Saya: Terima kasih pakcik, in sha Allah saya akn amalkan. Mudah-mudahan anak saya nie akn berjaya mcm anak-anak pakcik. Tutur saya.

Pakcik tersenyum dan mengucapkan Insha Allah dan teksinya pergi meninggalkan kami berdua yang masih ada perjalanan yang jauh lagi meniti kehidupan ini...

Jauh di sudut hati saya terbit rasa kagum pada pakcik teksi tu. Orangnya sederhana, tapi siapa sangka di sebalik kesederhanaannya itu dia adalah bapa yang berjaya membentuk keempat-empat anaknya agar berjaya dalam pelajaran. Mungkin kejayaan anak-anaknya itu adalah berkat keikhlasan pakcik tu bekerja di hospital dulu. Ya, memang benarlah bahawa setiap perbuatan kita nie ada kesannya pada diri,keluarga dan anak-anak kelak. Untuk mendapatkan keberkatan hidup, ia datang dari kerja yang ikhlas, banyak membantu orang susah dan yang paling penting sumber yang halal. Biar kita tak kaya dan mewah mana tapi rezeki yang datang tu ada keberkatan dalam hidup, insha Allah.

Ya Allah, Engkau permudahkanlah perjalan kami berdua.., Engkau lembutkanlah hati anak ku ini agar dia menjadi anak solehah yang berjaya dunia dan akhirat...amin.


Monday, May 27, 2013

Chanteq!

Salam. Nenek Qaseh kata kalo dah budak perempuan tetap budak perempuan, cepat belajar dan segala-galanya cepat sampai nak lahir ke dunia nie pon ank sy nie kuar 3 hari awal dari jangkaan doktor hehe.. Kisahnya si dak santek saya yg berumur 1 tahun 3 bln skrg ni dah boleh berckp byk patah perkataan.Ayat yg paling dia suka sebut ialah cat,cantik,kakak, abang,gatal, sakitlah dan ayah.. Bila nyamuk gigit dia akan menggaru sambil kata "gatal"! Comel sungguhlah dia dgn keletahnya tu.

Dak santek nie demam pon bkn gheti dok diam. Abeh dia selongkar semua brg dlm drawer tuh. Cool fever tuh dia tak perasan pasal mama dia tempek masa dia sleeping beauty hehe..kalo tak dah lama terbang menatang tuh dr dahi dia ;P
  
Happinyer Qaseh saya. Dah mcm budak Korea la ko nak ehek

Mama yg potong rambut dia tuh, kira oraitla mcm potong kt salon hehe..bkn gheti diam anak ku sorang nie, ish susah bebenor tow nak potong, berpeluh2 saya  ;)

Oh ya dlm N3 seterusnya saya nak ceciter ttg restoran western food yg bukan shj 100% Halal tapi ternyata enak. See ya!    

I'm back! ;)

Salam semua. Adehla bz memanjang saya nie.Sebenarnya ada sebab tak up date N3.

 PERTAMA: Nak ketuk papan keyboard, papan keyboard plak rosak dikerjakan dak santek saya huhu...susah gak la saya nak uat kijer. Dahler nak taip kertas exam dan bagai2 lagilah.

 KEDUA: Wifi takder...saya dah terminate beruktheband saya. Guna wifi prepaid bayo RM2 bole guna 10 jam. Tapi line amatlah slowww... *sigh* last2 end-up tido! Itulah penyebabnya saya susah bebenor nak up date N3. Byk lah plak citer2 menarik nak di tulis pasnih. Skrg kat kg bercuti sekolah. So wifi kt umah orgtua saya nie mmgler laju *YaY* Apa tunggu lagi bolela saya masukkan N3 yg dah beratur panjang n mostly bout my baking project, my life n my lovely dotter Qaseh Humaira.




Monday, February 11, 2013

Qaseh & kwn2

Ni N3 ttg 2nd birthday party Qaseh yg d buat d umah pengasuhnya. Jom layan gambo2 si santek tu ;)

Semlman buat decoration kek ni guna fondant. Sebelum letak fondant sy sapu krim cheese. Alhamdulillah jd gak kek yg sy inginkn ;)

Masa kwn2 Qaseh nmpk jer kek ni  diorg kata 'wahhh...cantiknya!!!"  btubi2 soalan diorang tanya, ada yg tanya bear qaseh atas kek yer auntie? buat  dgn tnh liat yer auntie? bole mkn ker auntie?? 






Kek ni fida dpt resepinya kt dapur kak Azlita. Sdap kek butter ni.










Monday, January 28, 2013

Setahun berlalu..

Salam. Lama Fida tak masukkn N3 sejak thn baru. Mmg sgt2 busy dgn kerjaya dan kehidupan harian.
Semalam 27 Januari 2013 Fida celebrate birthday ank kesayangan saya tu. Sy sambut di kg sy sebab ramai sepupu-sepapat Qaseh kt sana dan kebetulannya besday Qaseh jatuh pd hari cuti. Insya Allah kat rumah pengasuh Qaseh pun Fida akan buatkan majlis harijadi dia tapi simple jerla. Majlis tu nanti Fida akan buatkan kek dan sediakan goodie bag utk 7 org budak2 yg ada kat rumah pengasuh tu. Tunggukan N3 ttg majlis tu nnt di next N3 ya!

Alhamdulillah, syukur pd Allah Nur Qaseh Humaira dah pon berumur setahun. Time really flies so fast! Rasanya baru semlm melahirkan dia, mendukung dia sedari tapak kakinya saiz dua jari saya. Benar2 rindu moment tu...Syukurla Qaseh membesar dgn sihat dan normal. Harapan saya dia dapat membesar dgn sihat dan menjadi ank solehah yg berjaya di dunia dan akhirat. 

Kek harijadi Qaseh mestilah mamanya yg buat hehe...jenuh sy memikirkan apa tema kek dia. Mula2 ingatkan nak buat bentuk bintang sebab Qaseh nie mmg suka dgn kartun bintang yg ada dlm lagu Twinkle-twinkle Little Star yg selalu sy dengarkan pd dia waktu bedtime Qaseh. Tapi sy sedar yg ank sy nie mmg sgt sygkn teddy bear busyuk dia yg berwarna pink. Akhirnya sy uat keputusan buatkan kek hari lahir dia dgn bentuk teddy bear kesygan dia tu. Sy sanggup beli tin kek bentuk teddy bear utk buat kek Qaseh. Tapi tin tu agak murahla juga kerana buatan China. Lagipon bole digunakan kalau ada kwn2 yg nak order kek utk ank2 mereka. Topping kek sy gunakan aising krimwell dicampur dgn sedikit mentega dan krim keju. Keknya pula sy buatkan kek coklat Devil yg pernah sy buat masa celebrate birthday ank2 buah sy dulu. Sebenarnya Fida mmg takder pengalaman buat kek dgn watak kartun dan ditopping dgn aising. Tapi berbekalkan semangat yg berkobar-kobar dan sedikit kajian dt internet syukur.. jadi juga kek yg sy nak buat tu ;) Pastu ada pula lebihan kek coklat tu so sy pun buatkan kek utk Aiman ank buah sy. Birthday dia pun jatuh dalam bulan Januari. 


Step by step menghias kek hari lahir Qaseh.



Kek besday si kecil Qaseh diinspirasikan oleh teddy bebeh kesygan dia ;)












All the way...


Qaseh,
Kaulah anugerah terindah drNya,
Bahawasanya Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang...
Dugaan silih berganti, mamamu besabar bersandarkan doa pdNya,
 Dia Yg Maha Adil menganugerahkan mu kpdku...
Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah....
Semoga puteriku menjadi anak solehah yg membahagiakan ayah dan mamamu,
semoga puteriku menjadi mukminah yg berjaya didunia dan akhirat, Insya Allah.