Sebelum blk ke kg myambut bln puasa yg kebetulan jatuh pd hujung minggu, sy sempat membakar kek lapis Sarawak. Dah lama sy tak melapis. Bila dh start jer melapis wah pasni insya'allah ada jerla kek lapis yg lain yg akn myusul. Bkn apa dh lama tak melapis sbb hamil last year n awl thn bersalin so takder masa nak buat ratu kek utk segala kek nie hehe...maklumla nk melapis ni memerlukan kesabaran yg tinggi. Syukur jd gak kek lapis india atau lbh dikenali dgn panggilan kek lapis Cadbury. Rasa kek ni mmg sedap!
Bunga orkid ayh tanam.... |
Alhamdulillah Ramadan 1433 n Syawal ini dptla orgtua sy beraya di rumah baru mereka |
Lil qaseh bersama sepupu sepapat @ rumah baru nenek... |
Resepi kek lapis India@Cadbury
Bahan-bahan: loyang 9" x 9"
- 450g mentega berkualiti tinggi
- 120g tepung hong kong / tepung gandum (diayak)
- 220g gula halus
- 10 biji telur
- 100g tepung biskut marie
- 65g serbuk horlicks
- 50g serbuk santan (1 peket)
- 300g susu pekat manis
- 2 bungkus kepingan coklat Cadbury
- pewarna kuning - optional
Cara-cara:
- Sediakan loyang kek dan griskan dengan mentega.
- Putar mentega dan gula hingga kembang dan berkrim.
- Masukkan telur satu persatu sambil diputar perlahan.
- Masukkan tepung biskut marie, horlicks dan tepung, santan dan susu pekat sedikit demi sedikit. Putar lagi hingga sebati. Masukkan pewarna kuning jika suka. Kacau lagi sebati.
- Ambil 7 sudu besar adunan dan ratakan ke dalam loyang dan bakar hingga keperangan.
- Ulangi lapisan dan susunkan kepingan coklat pada setiap lapisan yang ketiga.
- Sejukkan kek sebelum dipotong.