SuperMama
Food, photography, fashion, gardening n my life....
Sunday, June 28, 2015
Sinar ramadan 1437
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Betapa Allah Maha Pengasih dan Penyayang pada hamba-hambanya yang diuji lalu bersabar di atas ujian dan musibah yang ditimpakanNya. Rupanya Allah tarik sesuatu dari saya bukan untuk menghukum....Dia menarikknya kerana orang itu akan membawa kemudaratan serta tidak baik untuk saya dan anak. Allah telah menggantikannya dengan sesuatu yang jauh lebih baik dan indah.Anugerah ini akan mebawa saya dan Nur Qaseh Humaira ke destinasi impian kami iaitu Jannah. Bukan kota London, bukan Paris tetapi JannahMu Ya Allah.
Maka Ramadan 1437 disambut dengan penuh kesyukuran. Ramadan menjelma sebaik sahaja seminggu kami diijab kabulkan dengan disaksikan ahli keluarga dan sanak saudara dari kedua-dua pihak. Betapa kami mendapat doa dan limpahan keberkatan dari kedua-dua ibubapa dan ibubapa mertua. Perkara yang saya tidak terjangkau. Itulah rahmat Allah. Semua hinaan dan makian dari bekas suami dan isteri mudanya ternyata suatu omongan yang datang dari hati-hati yang telah hitam. Buat masa ini hati saya masih sukar memaafkan hinaan dan penganaiyaan dari mereka berdua. Hanya Allah yang mampu membuka hati saya untuk memaafkan mereka. Mungkin suatu hari nanti...
Buat suami tercinta,
Abang, terima kasih menerima saya seadanya. Allah telah mentakdirkan kita bertemu dan berjodoh. Kitalah insan-insan yang terpilih. Semoga kita akan sampai ke destinasi impian bersama-sama anak-anak yang dikasihi, in sha Allah.
Syawal terakhir... ( Khas untuk Zulfakar dan Azwa)
Ramadan 1436
Ramadan hari ke 20.
Balik dari kerja si isteri begitu beria2 memasakkn juadah kegemaran si suami.
Jam 7 malam semua juadah telah siap dimasak. Maka dia dan ank kecilnya duduk menunggu ketibaan si suami. Lama telah dinanti kedatangan si suami tercinta. Dari ramadan pertama hingga hari ini.
Azan berkumandang, si kecil segera mengangkat tangan berdoa sebaik melihat ibunya berbuat demikian. Si ibu menjamah kurma pembuka puasa sambil disuap ke dalam mulut anak perempuannya yang berusia 2 tahun.
Jam menunjukkan jam 7.30 malam namun orang yg ditunggu tidak kunjung tiba. Berbuka puasalah dua beranak itu tanpa si suami. Walau hampa di hati si isteri namun ucapan syukur pada Allah atas nikmat berbuka pd hari ini.
Nun di sebuah restoran steamboat, sepasang kekasih sejoli sedang gembira berbuka puasa dengan juadah yang enak. Dua kali sejak ramadan pertama si lelaki gigih memandu dr KL ke Ipoh Perak hanya semata-mata utk berbuka puasa bersama si kekasih hati itu.
Syawal 25
Hatinya sangat teruja menunggu ketibaan si suami dan ingin menghadiahkan buah tangan kek lapis Sarawak berperisa pandan keju kepada madunya.Sedang dia membakar lapisan yang ke-5 telefon bimbitnya berdering. Segera diangkat.
Si isteri menangis pilu...terasa ibarat batu yang berat menghempas ke kepalanya. Kek lapis yang dibakar khas untuk kakak madunya telah lama hangus dalam ketuhar.
10 minit tadi dia mendapat panggilan telefon dari perempuan bernama Azwa. Pertanyaan pertama perempuan itu adalah " Betul ker kak fida dah diceraikan abg Zul?"
Allahuakbar. Terkedu dan terkejut.Baru semalam si suami menghantarnya ke HKL dan berbual-bual seperti biasa. Seperti tiada apa-apa yang berlaku. Mereka berbual riang dan mesra. Cuma satu yang kelihatan janggal, si suami enggan menjenguk anak di rumah pengasuh dengan alasan perlu segera balik ke rumah isteri pertama. Hakikatnya si suami bergegas memandu ke Ipoh untuk bertemu si kekasih hati.
Pertanyaan demi pertanyaan di kirim si isteri bertanyakan apa sebenarnya yang berlaku antara si suami dan perempuan bernama Azwa. Pesanan dihantar melalui aplikasi 'wassup' dan sistem pesanan ringkas namun si suami tidak membalasnya. Hancur luluh hati si isteri setia yang sangat penyabar dan cekal melalui hari-hari tanpa suami sejak 3 tahun yang lalu. Walau pun haknya dinafikan sekian lama namun dia adalah isteri yang tetap tabah dan setia berkhidmat untuk suami tercinta.
Akhirnya dari kakak madu dia mendapat kesahihan yang dia akan diceraikan oleh si suami. Alasananya kerana tiada cinta lagi...hakikatnya ialah untuk memudahkan si suami memohon kebenaran dari mahkamah untuk bernikah dengan perempuan bernama Azwa sebagai isteri ke-2 menggantikannya.
Malam Syawal yang hening dia bermunajat padaNya...merintih dan merayu...memohon petunjuk, istikharah dan ketabahan melalui sebarang kebarangkalian yang akan dihadapinya bersama anak kecil yang tidak berdosa itu.
Di tempat kerja dia seperti biasa. Bersemangat, ceria dan mesra dengan rakan sekerja dan para pelajarnya. Namun jauh disudut hatinya dia menangis, meraung hiba hanya Allah yang mengetahuinya. Tidak sedikit pun riak wajahnya kesedihan dan tiada siapa menghidu gelora hatinya.
Syawal 30 - Syawal terakhir 1436
Rabu
6 petang
Si isteri baru sahaja selesai menunaikan solat asar apabila dia terdengar telefon bimbitnya berdering. Dilihatnya ada pesanan dari aplikasi 'wassup'. Segera dibuka dan membaca pesanan itu.
Bergetar hatinya, terketar tangannya, dan setitik demi setitik air mata jatuh membasahi telekung. Berkali-kali dia membaca apa yang tertulis dalam telefon bimbitnya itu. Dia berharap ianya suatu gurauan dari si suami.
Talak satu telah dijatuhkan padanya oleh si suami yang sedang mengikut nafsu dan kemaruk mengejar cinta dari seorang perempuan cantik bernama Azwa. Tanpa sebab tanpa lafaz, dia dijatuhkan talak. Petang Syawal terakhir 1436 itu akan kekal terpahat di benak sanubarinya...
Thursday, December 4, 2014
Alhamdulillah...terusir yang membawa seribu rahmat.
Assalamualaikum.Masa cepat sahaja berlalu.Tahun 2014 pun hampir melabuhkan tirainya.Hampir setahun saya tak up-date blog ini.Sepanjang masa itu banyak perkara telah berlaku dalam kehidupan saya. Ada yang menggembirakan dan ada yang mendukacitakan.Benarlah janji Allah bahawa Dia akan memberikan ganjaran kepada hambaNya yang sabar diuji. Apa yang diambil akan digantikan dengan yang lebih baik. Begitu juga Allah menyebut dalam Al-Quran bahawa perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik dan perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat juga. Maha Adil, Maha Pengasih dan Maha Penyayangnya Allah.Begitula halnya dalam kehidupan saya.
Panas tidak sampai ke petang.Masjid yang dipertahankan selama ini runtuh jua lantaran sikap manusia yang terlalu mengikut nafsu dan terbuai dengan bisikan syaitan.
Saya tidak menyangka Syawal terakhir tahun ini merupakan hari terakhir saya bergelar seorg isteri.Sudah dua hari suami block sy dari wassup.Mesej pun tidak dilayan. Puncanya kerana saya minta penjelasan tentang suatu panggilan yang saya terima dari seorang wanita yang mengaku telah menjalin hubungan dengan suami.Menurutnya dia seperti adik angkat kepada madu saya dan telah mengenali suami sejak tahun 2010 iaitu sebelum saya berkahwin dengan suami.Apa yang saya terkilan wanita itu menyatakan pada saya yang saya telah pun diceraikan suami.
Allahuakbar...beristigfar panjang saya...tidak terlintas langsung dibenak fikiran saya tentang hal bercerai-berai ni apatah lagi sepanjang tahun 2014 hubungan saya dan suami memang baik. Tiada pergaduhan yang besar jika ada pun hanya tentang permintaan saya yang inginkan suami memberi giliran sebanyak 2 hari sahaja untuk saya dan anak.Apatah lagi Qaseh sangat memerlukan kasih sayang dan perhatian dari seorang ayah.
Mengimbas kembali hari saya menerima panggilan telefon dari wanita tersebut.
Petang Rabu 20 Ogos.
Hati saya berbunga-bunga mahu menyiapkan kek lapis keju pandan untuk diberikan pada madu saya. Semalam suami ada datang seperti biasa cuma agak janggal kerana dia tidak mahu naik ke rumah mahu pun menjenguk Qaseh di rumah pengasuhnya.Dia hanya datang untuk menunjukkan saya jalan ke HKL kerana saya ada urusan di sana. Secara tergesa-gesa suami memecut laju balik ke rumah madu.
Berbalik pada petang Rabu 20 Ogos:
Waktu sedang sibuk membakar lapisan kedua untuk kek lapis pandan-keju, tiba-tiba saya mendapat satu panggilan telefon dari seorang perempuan. Suara perempuan itu kedengaran seperti kelam-kabut. Saya menenangkannya dan minta dia jelaskan apa tujuannya menelefon saya. Saya agak terkejut mendengar pengakuan perempuan tersebut yang telah menjalin hubungan yang rapat dengan suami dalam tempoh setahun ini. Tetapi yang paling membuat air mata saya tumpah dan bercucuran keluar ialah apabila mendapat tahu yang saya akan diceraikan suami dari mulut perempuan itu...sampai hati suami saya memperlakukan saya begini. Saya redha menerima perempuan itu sebagai madu kerana saya meyokong poligami dan faham indahnya poligami dalam Islam. Malangnya suami sanggup mahu menceraikan saya dalam usahanya mahu menikahi perempuan tersebut.
Sedang melayan kesedihan dan masih dalam mood terperanjat,saya tidak sedar yang dua lapisan kek dalam ketuhar sudah pun rentung dan hanggit. Ya Allah! Tidak kesampaian hajat saya mahu menghadiahkan kek lapis pandan keju kepada madu saya...berjuraian air mata bukan kerana kek lapis saya hangus tapi kerana mendengar perkhabaran yang saya akan diceraikan.
Terasa seperti dunia terhenti dan mahu demam selepas mendapat panggilan telefon daripada perempuan tersebut. Pada malam itu perempuan tersebut menelefon saya sekali lagi. Saya nasihatkan supaya dia berfikir dengan semasak-masaknya, dan membuat solat istikharah kerana saya tidak mahu dia kecewa nanti apabila telah keputusan yang bakal dibuatnya bukan indah seperti mimpi-mimpinya. Namun demikian saya redha dan akan menerimanya sebagai madu kerana saya juga berkongsi kasih. Namun demikian perempuan tersebut menegaskan kepada saya yang dia akan memutuskan perhubungannya dengan suami. Dia menyatakan dia tidak berminat dengan polugami dan dia telah ditipu oleh suami.
Masa berlalu... Pada tanggal 26 Ogos jam 6 petang suami saya telah menghantar satu wassup. Waktu tu saya baru pulang dari bekerja. Perasaan saya sangat gembira apabila menerima wassup dari suami. Maklumlah dua hari suami block saya tentu hari ini dia wassup utk bertanya khabar anak kami Qaseh.
Allahuakbar.... Terhenti jantung saya tika membaca isi kandungan wassup dari suami. Ini bunyinya...
Tiada apa lagi yang mampu saya lakukan untuk menyelamatkan masjid saya... saat dan ketika itu saya hanya mampu menangis dan mengadu padaNya...
Saya sms madu dan madu saya juga terperanjat dengan apa yang berlaku. Menurutnya suami ada menyatakan hasratnya mahu menceraikan saya pada bulan April yang lalu. Madu saya agak terkejut dan pelik kerana dia tidak nampak kami ada konflik dan baik-baik sahaja sepanjang tahun 2014 ini dan bertanyakan sebab suami mahu mengambil tindakan tersebut. Jawapan suamu ialah kerana dia sudah tidak larat lagi. Allah... tidak larat?? Sedangkan dia sendiri jarang-jarang datang memberi giliran. Satu perkara yang lebih memeranjatkan saya ialah rupa-rupanya suami dan perempuan ke-3 itu telah kantoi dengan madu saya pada bulan puasa yang lepas. Madu saya memberitahu saya perempuan itu memang dia kenal dah lama dan anggap seperti adik sahaja. Tetapi dia tidak menyangka perasaan perempuan itu terus berubah jatuh cinta kepada suami selepas suami membeli kereta BMW 5s pada tahun ini perempuan itu mula menjalin hubungan yang intim. Perempuan itu pula tinggal berhampiran dengan tempat kediaman saya. Satu perasaan hiba dan terkilan mengenangkan saat-saat saya dan anak tertunggu-tunggu kedatangan suami, rupanya suami di tempat yang hampir dengan kami sedang melakukan perbuatan yang membawa kemurkaan Allah kepada dirinya. Allahuakbar...
Malam selepas wassup talak diberikan suami, saya wassup pada perempuan itu untuk menyatakan perasaan saya yang telah keruntuhan masjid. Dan ini jawapannya...
Sepanjang malam saya mengadu kepadaNya. Air mata berlinangan hiba. Berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikulnya.Apa salah saya dan anak sehingga kami terusir dengan cara yang begitu tragis. Tragis mengalahkan para isteri yang kehilangan suami akibat kemalangan atau kecelakaan. Selama ini saya bersabar dengan ujian sebagai isteri kedua yang tidak mendapat hak yang wajib seperti giliran. Dalam hiba saya terkenang pula bagaimana saya menahan kesakitan saat mahu melahirkan anak tetapi malangnya suami saya enggan untuk datang ke hospital memberi kata-kata semangat kepada saya tanpa sebab yang munasabah. Tindakannya memang kejam pada ketika itu. Air mata saya mengalir ketika itu bukan air mata kesakitan mahu melahirkan tetapi kerana sedih dan terkilan dengan sikap suami. Tidak cukup lagi dia anaiya saya dan anak dengan talak yang diberi seusai anak berusia 2 tahun.
Keesokkan harinya saya ke klinik swasta berhampiran rumah untuk mengambil ubat demam dan surat cuti sakit disebabkan trauma dan terkejut diceraikan secara tiba-tiba. Didepan doktor perempuan lewat 50-an saya menangis teresak-esak menceritakan musibah yang melanda saya. Doktor tersebut diam tidak terkata melihat saya. Diberinya saya masa untuk bertenang. Tisu dihulurkan. Seketika kemudian dia bertanya tentang anak saya. Katanya bersabar lah. Ada hikmah apa yang berlaku. Terus tabah menghadapi hari-hari mendatang. Selepas ke klinik saya tidak bertangguh dan segera ke mahkamah syariah untuk menfailkn lafaz talak melalui wassup itu. Selepas ini bermulalah perjuangan saya di mahkamah untuk mendapatkn hak-hak seorang isteti yang diceraikan tanpa sebab munasabah di sisi syarak.
Allah sahaja yang Maha Adil yang akan menentukan kifarah mereka semua. Walau perit dan payah untuk memaafkan namun saya berdoa semoga semua yang terlibat terutama bekas suami diberikan hidayah dan akan insaf diatas perbuatan yang kejam ini.
Tuesday, May 28, 2013
Kakak
Saya sering melihat dia bersama ibunya. Dia tinggal satu floor dengan saya. Budak perempuan itu saya kira dalam usia 9 tahun. Berwajah kecinaan,pandai bercakap mandarin pula, berkulit putih seperti ibunya dan comel!
Satu pagi saya menegur mereka berdua. Sejak usia Qaseh dua bulan lagi (tiap awal pagi waktu saya menunggu pintu lif untuk menghantar Qaseh ke rumah pengasuh biasanya kami akan terserempak) Oleh itu mereka memang sering menegur sapa saya. Rupanya budak perempuan itu bersekolah di sebuah sekolah cina dan dia pandai berbahasa Mandarin.
Kini Qaseh sudah pun berusia setahun lebih. Baru beberapa bulan nie saya mengetahui nama budak perempuan comel itu. Echa. Ya namanya Echa. Saya tidak pasti akan situasi ibubapanya kerana saya sering melihat Echa bersama ibunya sepanjang masa. Seperti Qaseh dan saya..ya seperti kami...
Pernah sekali kami berbual di kedai Thai depan rumah sementara menunggu masakan Tomyam yang dipesan. Ibu Echa bekerja sebagai tukang urut di sebuah spa. Mereka menyewa bersama 2 orang lagi penyewa yang lain. Echa rupanya pandai mengurus dan menjaga diri sewaktu ibunya keluar bekerja. Tetapi jauh di sudut hati saya bimbang akan keselamatan Echa maklumlah sekarang nie berleluasa manusia berhati syaitan menculik dan merogol kanak-kanak perempuan bawah umur. Yang terbaru budak berusia 9 tahun.
"Ya Allah lindungilah Echa daripada kejahatan manusia". Itu doa saya utk Echa.
Saya juga selalu berpesan pada Echa jangan sesekali menaiki lif berseorgan dgn lelaki. Jangn ikut lelaki tidak dikenali dan macam-macam saya pesan padanya huhu...
Tiap petang waktu ambil Qaseh dari rumah pengasuh saya akan singgah sebentar di playground bawah apartment saya untuk memberi masa pada Qaseh bermain-main di taman itu. Di situ saya akan bertemu Echa. Echa yang riang bersama rakan-rakannya. Kata Echa dia akan duduk di taman selepas balik mengaji. Echa mesra denga Qaseh. Dia akan melayan anak kecil saya itu seperti adiknya. Qaseh pun dah mula sukakan kakak Echanya. Dia akan panggil KAKAK!
Selepas ini Echa takkan bersorangan lagi. Saya dah menjemput dia datang menyiapkan kerja sekolah di rumah saya. Qaseh pula tentunya gembira kerana ada kawan.
KAKAK Echa bersama dak santek saya..teman Qaseh. |
Pemandu teksi,doktor dan saya.
Suatu hari saya berbual dengan seorang pemandu teksi.
Pakcik teksi: Pakcik tadi taknk amek penumpang tapi kebetulan tadi masa turunkan passenger tu kamu menahan teksi pakcik. Ksian plak dengan ank kecil kamu tuh pakcik ameklah.
Saya: Naseb baik pakcik nak amek. Susah nak dapatkan teksi kat situ. Saya nie terpaksa ke sana sebab nak mencari sebuah buku kat kedai yang ada dalam shopping kompleks tu. Terima kasihla pakcik nak amek saya sebagai penumpang.
Terharu plak saya mendengar pengakuan pakcik driver teksi tu. Orangnya berwajah jernih,berkupiah putih dan nampak ketenangannya.
Pakcik teksi: Mana suaminya tak ada? Maaflah pakcik bertanya.
Saya: Erm..dia tak ada.... Balas saya perlahan.
Pakcik teksi: Oh yerker..Pakcik nie tadi nak balik rumah sebab tu rancangnya taknk amek penumpang.
Saya: Pakcik tinggal di mana?
Pakcik teksi: Pakcik dok kat Bangi. Orang rumah pakcik kijer kat Kajang. Pakcik nie dah pencen tu yang isi masa lapang dengan bawak teksi nie. Orang rumah pakcik jururawat kat spital Kajang. Pakcik nie pon dulu orang spital gak. Ujar pakcik teksi tu sambil ketawa kecil.
Saya: Oh yerker. Adik saya pun jururawat dan adik ipar plak Medical assistant (MA). Pakcik dulu kat spital mana? Tanya saya lagi.
Pakcik teksi: Pakcik dulu bertugas kat banyak hospital. Last2 bila orang rumah dapat kat Kajang, pakcik kat HKL pastu beli rumah kat bangi tu yang terus menetap kat sana.
Saya: Ohw...adik saya kat hospital Muar dan Batu Pahat.
Pakcik teksi: Eh dulu pakcik pernah bertugas kat hospital Batu Pahat. Sapa name adik kamu tu? Kot2lah pakcik kenal dia. Ternyata pakcik driver teksi nie teruja apabila saya memberitahu yang adik saya bertugas di hospital Batu Pahat.
Saya: Azhar...Pakcik kenal ker?
Pakcik teksi: Hurm..rasa-rasa tak kenal sebab pakcik last kat sana tahun 2004. Sambil menggelengkan kepalanya.
Saya: Btola tu sebab adik saya bertugas tahun 2006.
Kami terus rancak berbual sambil teksi bergerak laju menuju ke destinasi. Saya amat tertarik dengan cerita pakcik itu tentang keluarganya.
Tiba-tiba Qaseh merenggek sebab waktu dia nak tido. Sedang saya memujuk-mujuk Qaseh apabila pakcik mencelah.
Pakcik teksi: Berapa umur anak tu? Teringat plak pakcik kat cucu pakcik. Seorang anak pakcik dah kawen dan ada sorang anak. Nak jaga anak2 nie kena ada ilmu. Yang paling penting asasnya ialah agama. Anak-anak pakcik semua pakcik didik dengan tegas tapi berhemah dan penuh kelembutan. Alhamdulillah pakcik ada 4 anak, dan semua mengambil kursus perubatan. Yang sulung kakaknya tu dah jadi doktor kat hospital Ampang dan sedang sambung blajar lagi.
Saya: Ya Allah..syukurnya..bagusnya pakcik...Dalam hati saya terbit rasa ingin tahu bagaimana pakcik ini berjaya membentuk anak-anaknya.
Pakcik: Itulah alhamdulillah...mengikut jejak mak ayah diorang kerja kat hospital .
Selorah pakcik lagi.
Kalau ikutkan anak-anak taknk pakcik bawak teksi nak pakcik berehat tapi pakcik nie jenis orang tak bole duduk diam. Tu yang bawak teksi. Pakcik bawak pon taklah beria sangat. Sekadar mengisi masa sebab orang rumah pon masih bekerja bosan plak dok umah.
Saya: Saya teringin nak anak saya berjaya macam anak-anak pakcik. Bole pakcik citer mcmana pakcik didik anak-anak tu?
Destinasi saya kian hampir. Dalam hati saya nak jer berbual lebih lanjut dengan pakcik teksi ni. Tapi masa tak mengizinkan plak.
Saya: Pakcik nanti berhentikan saya selepas lampu isyarat tu ya.
Pakcik teksi: Ok kat bangunan biru tu yer? Pakcik nak pesanlah kamu jaga agama maksudnya pendidikan agama jangan diabaikan. Ajar anak solat, mengaji dan hormat orang tua. Selain tu kamu amalkan surah Taha bagi melembutkan hati anak. Pakcik amalkan surah tu alhamdulillah anak-anak dengar kata dan berjaya. Pesan pakcik driver teksi tu sebelum dia menurunkan saya.
Saya: Terima kasih pakcik, in sha Allah saya akn amalkan. Mudah-mudahan anak saya nie akn berjaya mcm anak-anak pakcik. Tutur saya.
Pakcik tersenyum dan mengucapkan Insha Allah dan teksinya pergi meninggalkan kami berdua yang masih ada perjalanan yang jauh lagi meniti kehidupan ini...
Jauh di sudut hati saya terbit rasa kagum pada pakcik teksi tu. Orangnya sederhana, tapi siapa sangka di sebalik kesederhanaannya itu dia adalah bapa yang berjaya membentuk keempat-empat anaknya agar berjaya dalam pelajaran. Mungkin kejayaan anak-anaknya itu adalah berkat keikhlasan pakcik tu bekerja di hospital dulu. Ya, memang benarlah bahawa setiap perbuatan kita nie ada kesannya pada diri,keluarga dan anak-anak kelak. Untuk mendapatkan keberkatan hidup, ia datang dari kerja yang ikhlas, banyak membantu orang susah dan yang paling penting sumber yang halal. Biar kita tak kaya dan mewah mana tapi rezeki yang datang tu ada keberkatan dalam hidup, insha Allah.

Ya Allah, Engkau permudahkanlah perjalan kami berdua.., Engkau lembutkanlah hati anak ku ini agar dia menjadi anak solehah yang berjaya dunia dan akhirat...amin. |
Monday, May 27, 2013
Chanteq!
Salam.
Nenek Qaseh kata kalo dah budak perempuan tetap budak perempuan, cepat belajar dan segala-galanya cepat sampai nak lahir ke dunia nie pon ank sy nie kuar 3 hari awal dari jangkaan doktor hehe..
Kisahnya si dak santek saya yg berumur 1 tahun 3 bln skrg ni dah boleh berckp byk patah perkataan.Ayat yg paling dia suka sebut ialah cat,cantik,kakak, abang,gatal, sakitlah dan ayah.. Bila nyamuk gigit dia akan menggaru sambil kata "gatal"! Comel sungguhlah dia dgn keletahnya tu.
Happinyer Qaseh saya. Dah mcm budak Korea la ko nak ehek |
Mama yg potong rambut dia tuh, kira oraitla mcm potong kt salon hehe..bkn gheti diam anak ku sorang nie, ish susah bebenor tow nak potong, berpeluh2 saya ;) |
I'm back! ;)
Salam semua. Adehla bz memanjang saya nie.Sebenarnya ada sebab tak up date N3.
PERTAMA: Nak ketuk papan keyboard, papan keyboard plak rosak dikerjakan dak santek saya huhu...susah gak la saya nak uat kijer. Dahler nak taip kertas exam dan bagai2 lagilah.
KEDUA: Wifi takder...saya dah terminate beruktheband saya. Guna wifi prepaid bayo RM2 bole guna 10 jam. Tapi line amatlah slowww... *sigh* last2 end-up tido! Itulah penyebabnya saya susah bebenor nak up date N3. Byk lah plak citer2 menarik nak di tulis pasnih. Skrg kat kg bercuti sekolah. So wifi kt umah orgtua saya nie mmgler laju *YaY* Apa tunggu lagi bolela saya masukkan N3 yg dah beratur panjang n mostly bout my baking project, my life n my lovely dotter Qaseh Humaira.

Subscribe to:
Posts (Atom)