Wednesday, September 21, 2011

Kek Kukus 3 Rasa

Entry kali nie fida nk share resepi kek kukus yg lembut, gebu dan enak. Nama kek mcm mskan ikn 3 rasa plak hehehe...tp mmg mudah menyediakn kek ini. Sesuai dimkn bila2 masa.


Sy gunakan 3 perisa, mocca,strawberry dan coklat. Gabungan 3 rasa yg pasti enak :))

Kek Kukus Baldu 3 Rasa (Sumbangan  dr blog Easybakes )

Bahan-bahan:
( loyang 4 segi 7x7) 
4 biji telur sejuk saiz B @ 3 biji saiz besar (A) (dari peti ais)
1/2 cawan gula halus
1 cawan tepung gandum yang berkualiti 
1/2 sudu kecil rata baking powder
1/2 sudu besar ovalette
75 ml susu cair
1/4 sk garam
50 ml minyak sayur atau minyak jagung
1/2 sudu kecil vanilla
sedikit coklat emulco, mocca dan strawberry
coklat bar/chip atau atau apa-apa coklat yang sesuai secukupnya

Cara-cara

1. Sediakan pengukus dan sapu sedikit butter pada loyang.

2. Ayak tepung garam dan baking powder, kemudian campur kesemua bahan-bahan di dalam mangkuk mixer kecuali minyak, coklat chip, mocca emulco, dan strawberry emulco.

3. Pukul selama 3-4 minit (stand mixer) atau 5-7 minit (hand mixer) sehingga adunan menjadi kembang dan ringan. Masukkan minyak dan kaup balik degan senduk kayu atau spatula hingga sebati. (masa ni jangan terlebih kacau je)

4. Tuang adunan coklat dan ratakan keseluruh loyang. Kukus selama 5 minit dalam kukusan yang telah mendidih (tutup loyang kek dengan aluminium foil agar air tidak menitik, cukup sekadar letak gitu je). Kemudian letakkan pula adunan strawberry dan taburkan coklat chip secara rawak. Buat sampai habis. Akhir skali lapisan mocca.

5. Lapisan akhir sekali kukus selama 20 minit. Kemudian sejukkan dulu sebelum dipotong.


Monday, September 19, 2011

Time flies so fast!

Well...tday i called it 'D Marathon Meeting Day'. Bermula dgn meeting takwim sekolah utk next year frm 12.30 pm untill 3.15pm! Gosh, perut sy berkeroncong minta disi selepas mtg petang td..pastuh sambung plak dgn mtg my school prefect until almost 5.30 pm! Telefon dh berdering2 hb call tp sy silence mode dan terlupa plak nk vibrate tepon tuh huhu...mr.hb risau mn plak sy g tak pick-up the call huhu ;) Sy slh seorg guru penasihat Lembaga Pengawas sek so kenalah bersama rakan sekerja memantau ahli lembaga pengawas yg baru (2012). Mereka baru dilantik dua minggu lepas. Sampai rumah dah kui 6 ptg n perut mula terasa dh masuk angin. **sigh** ksian bb pun lapar agaknyer huhu...nk uat camner jadual sy hari nie very tigh n mmg takder masa nk lunch :(( (kalau Doc taw sure sy kena marah sbb dia kata sy kena jaga penyakit gastric sy..) alhamdulillah tak sampai kena gastric..time puasa arituh mmg tak kena penyakit nie. Syukur byk2..

Sebenarnya dh byk resepi tersimpan dlm lappy tak sempat2 nk masukkan dlm blog nie. So mlm nie nk masukkan resepi Apam Polkadot yg slalu di msk dikalangan food blogger. Rupanya mmg mudah nk buat apam nie. Dahla rupanya sgt cute rasanya pun sedap. Enak dimkn waktu minum petang bersama minuman kegemaran.

Sy gunakan filling strawberry sbg intinya.



Apam polkadot sedang dikukus...

APAM POLKADOT @ DOT2


Bahan-bahan ( 45 biji Cup Sederhana Besar )
  • 3 biji telur
  • 275 gm tepung gandum*
  • 3 sudu teh baking powder* (diayak bersama tepung gandum)
  • 150gm susu segar (fresh milk) . Boleh juga ganti dgn susu sejat
  • 1 sudu teh ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna & Esen Vanilla
  • 200 gm gula halus (boleh kurangkan jika tak suka manis)
Cara-cara
  1. Pukul telur dan gula hingga kembang dgn kelajuan maxima selama 10 minit. Masukkan susu BERSELANGSELI dengan tepung sedikit demi sedikit sambil pukul perlahan dengan mixer. Tambah esen vanilla & Ovallette ,pukul lagi sehingga sebati dan nampak adunan akan berubah texture menjadi gebu . Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ,titiskan pewarna mengikut citarasa.
2.      Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  1. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang. Saya guna acuan tart , kawan saya guna acuan apam..boleh je mana2..asalkan berlapik
  2. Picitkan blueberry filling secukupnya.Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan
  3. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit
  4. Jangan buka api besar semasa mengukus. Nanti merekah
  5. Boleh tukar filling (inti) apam ni dengan inti pilihan contoh : sekaya, strawberry, jem, peanut butter, coklat, orange filling dan apa2 yg anda suka.


Sunday, September 18, 2011

...and Carrot cake again...

Hye lama sy tidak masukkn N3 semenjak raya. Sebab yg pertama card reader sy hilang (tak dpt nk transfer gambar2 yg tlh di shot), yg kedua tripod bwk blk kg time raya lupa nk bwk blk sini (so tak dpt nk shoot picture yg berkualiti, esps shoot mknan mesti ada tripod :*sigh*) dan alasan yg ke-3, bz,bz n bz hehehe.. ;PP

Skrg dh beli card reader yg baru so bole lah sy masukkn beberapa menu yg telah dimsk semasa sblm raya tempoh hari. Ada beberapa cookies yg enak tp belum dpt shoot gambar cookies tersebut. Cookies like Snow Almond, Frambrosen Kenari and Coffee Nutella merupakan cookies kegemaran family n rakan taulan pd hari raya thn ini. Insya'allah sy akn masukkn juga gambar2 n menu utk biskut raya of the year itu ;)

Baiklah entry hari ini sy nk masukkn resepi Kek Lobak yg sy tidak jemu2 membuatnya (utk resepi ada pd entry carrot cake yg lepas). Minggu lepas ada jamuan Hari Raya di sekolah dan sy sempat menyiapkn dua buku carrot cake utk santapan pemanis mulut. Alhamdulillah ramai yg memujinya kerana kelembutan dan keenakan gabungan kcg walnut n cream cheese sbg topping. bagi memenuhi permintaan slh seorg colleague yg tdk dpt membawa blk sedikit carrot cake tersebut utk ank2 beliau... so pd hari ini sy membakar kek lobak lagi utk dihadiahkn pd ank rakan sekerja sy itu. Seronok sgt bila melihat kek tersebut siap dihias dan tak sabar2 rasanya nk diberikn pd rakan sekerja sy esk.

I ate slice of carrot cake while i'm playing Sudoku...hmm...yuMMy! but plz b alert MaMa fida, ur sugar level r goin high! **sigh**



Kek lobak sebelum dihias ;)
Carrot cake selepas dihias ;) sy gunakan piping jelly dan cream cheese yg masih berbaki dlm fridge.



Wednesday, August 24, 2011

Nasi Hujan Panas dan Ayam Masak Merah








RESEPI NASI MINYAK HUJAN PANAS

Bahan-bahan ( for 8 org makan )

  • 6 pot kecil Beras biasa (brasmathi pun boleh)
  • 1 sudu minyak sapi
  • 1 sudu susu pekat
  • Rempah 4 sekawan (bg lawang, kayu manis, buah pelaga, bunga cengkeh)
  • Garam secukup rasa
  • 1 Bawang besar dihiris
  • Minyak untuk menumis
  • 2 helai daun pandan
  • 1 Sudu sos tomato
  • 1 inci halia diketuk
  • Pewarna ikut suka, saya guna hijau, kuning n merah

Cara-cara

  1. Basuh beras & sukat air macam masak nasi biasa
  2. Panaskan minyak untuk menumis
  3. Masukkan bawang & rempah & halia & daun pandan. Tumis sampai naik bau
  4. Kemudian masukkan sos tomato, susu, minyak sapi & garam.
  5. Sudah menggelegak masukkan bahan tadi dalam periuk nasi n kacau sebati
  6. Setelah nasi agak kering cucukan lidi bersama pewarna td ke dalam nasi. Biar sehingga setengah jam baru di kacau.
RESEPI AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahan ( 4-5 org )

  • 1 ekor ayam (dipotong,dibersihkan dan digoreng)
  • cili mesin(cili kering yang telah dimesin bersama bawang putih dan bawang merah..sy guna lbih kurg dlm 2@3 senduk nasi)
  • 1/2 botol sos tomato (sy guna Aminah Hassan..lbih sedap) klu suke rase tomato lbih leh letak lebih
  • bahan utk menumis:
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • 2 ulas bawang kecil (ditumbuk kasar)
  • 1 inch halia (diketuk)
  • 2 btg serai (diketuk)
  • 1 kulit kayu manis
  • 1 sudu kecil buah pelaga
  • sedikit gula dan garam
  • sdikit daun bawang ditabur utk hiasan
  • Minyak utk menumis
  • 1 cawan air (utk kuah)
  • 1 labu bawang besar (dihiris nipis)
  • buah tomato atau nenas (optional klu suke)

Cara-cara

  1. Mula2 ayam td di goreng dahulu. Setelah abis digoreng, ketepikan.
  2. Tumis bawang putih,bawang merah dan halia. Klu nk lg sedap,gunakan minyak yg digunakan utk menggoreng ayam td.
  3. Bila dah wangi , masukkan cili mesin tadi dan kacau. Kemudian, masukkan serai, kulit kayu manis,buah pelaga dan bunga lawang. Kacau dan biarkan sehingga cili garing.
  4. Setelah cili garing, masukkan air dan kacau. Kalau suke kuah lebih, bolehla ditambah lg 1 cawan air. Kacau sekejap. Kemudian masukkan sos tomato tadi. Kacau hingga pekat. Kemudian masukkan gula dan garam. Agak2 la yer..ikut sedap..
  5. Bila dah pekat, masukkan bawang besar yg dihiris td. Kemudian masukkn ayam goreng tadi. Kalau suke, boleh jugak masukkn nenas atau buah tomato. Kacau hingga ayam sebati bersama kuah.
  6. Setelah siap dimasak, bolehlah dihidang dan ditabur daun bawang di atasnye. Siap utk dimakan....

Kek Lapis Strawberry Keju

Sy buat lg kek lapis yg enak ini demi memenuhi permintaan adik yg mengajar di JB. Katanya ada seorg rakan sekerjanya yg pregnant teringin nk mkn kek itu. So sy apa lg tak sampai hati jd sy buatkanlah utk adik dan poskan 2 buku (biasa dijual dlm RM25) ke JB. Untuk resepinyer ada pd entry yg lepas..



Biskut Mazola@Kacang

Semlm selepas kerja sy menghadiri majlis iftar bersama-sama rakan sekerja di Restoran Felda Jln Semarak. Ya ampun, ramai org yg dtg. Lagi hampir nk raya lg ramai rupanya yg berbuka puasa di hotel-hotel dan restoran. Mr.HB pula ada majlis iftar di Hotel Pan Pac so sy gantung apron lah semlm ;DD

Menu yg disajikan oleh Restoran Anjung Villa Felda mumuaskan hati dan setimpal dgn harga yg dibayar. Sy kira harga yg plg murah kerana jika berbuka di hotel pun sudah mencecah RM70-90. Di Felda kita hanya byr RM58. Ada kambing bakar, mknan tradisional, makanan Timur Tengah, seafood dan pelbagai lagi. Sy lupakan sekejap pesanan doktor Daud yg minta sy kawal corak pemakanan kerana selepas check-up Isnin lepas doktor kata sy byk ambil mknan berkaborhidrat, berkanji dan mnis yg mn tidak baik utk kesihatan sy dan bayi. Air ketuban jd banyak. Hm...sy pun naik risau dan berazam nk kurangkan mknan yg berkarbohidrat dan bykkan sayuran dan tidak mengambil minuman serta kuih muih yg manis. Tapi bila berbuka semlm, sy lupa 'pantang' tu hehehe...ni musim raya next week pun sy kena lupakn sekejap pesanan doktor tu ehek ;P

Blk dr iftar menyempat lg sy siapkan satu lagi jenis biskut raya. Sebenarnya biskut ini special request dr seorg rakan sekerja yg mmg minat sgt dgn biskut tersebut. Biskut Mazola atau biskut kcg merupakan antara biskut raya yg classic tetapi sentiasa diminati. Resepi yg sy guna ini adalah dari resepi bonda tercinta. Mudah sgt nk buat biskut ini dan kita bole juga menambah perisa lain seperti capuccino dan sebagainya. Untuk peminat2 kcg, silalah ambil resepi ini dan cuba buat biskut yg mudah tetapi sedap ini :-)


RESEPI BISKUT MAZOLA
Bahan:
2 cup tepung
2 cup kacang yg tlh dikisar
1/4 cup gula aising (sy tlh kurangkan)
minyak jagung (tuang sedikit-sedikit hingga doh bole di uli)
secubit garam
telur kunig utk sapuan hiasan dan kacang/badam

Cara membuat:
1-Campurkan semua bahan kecuali minyak
2-Tuang minyak sedikit-sedikit hingga doh bole dicanai.
3-Teraplah ikut suka dan sapukan telur kuning serta taburkan kcg /bdm hiasan
4-Bakar dgn suhu 140'c selama 18-20 minit

Tuesday, August 23, 2011

Biskut Raya

Sy gemar membuat sendiri cookies utk raya. So dah masuk minggu akhir ini adalah 2-3 jenis yg sy dh siapkan. Buat sendiri mestilah lebih sedap cuz kita gunakan butter dan bahan2 yg bermutu. Of course sy menggunakan butter yg dijamin halal sprt Anchor ;) So entry kali ini nak share resepi cookie quaker out chocolate yg tgh hitz among our food bloggers skrg nie. Cookie nie ranggup dan enak. Boleh divariasikan dengan pelbagai bahan seperti letakkan kismis atau chocolate chips dan kekacang. Terpulang ikut selera masing-masing.


OAT CRIPS COOKIES

Bahan-bahan:

130g tepung gandum
30g tepung jagung
20g serbuk koko 
½ sk serbuk penaik 
Kesemua bahan di atas di ayak
¼ sk serbuk kulit kayu manis- ita tak letak
¼ sk garam
90g Quaker Oat Segera
200g mentega
120g brown sugar
½ sk esen vanilla
badam nips
Cara membuat:

1-Masukkan bahan yg diayak tadi
2-Masukkan garam dan Quaker Oats segera dan gaul rata. 
3-Pukul mentega, gula, vanilla sehingga gebu. 
4-Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit. 
5-Uli hingga kental. Canai doh di atas papan yg ditabur sedikit tepung. 
6-Potong atau terap dan letak atas dulang. 
7-Bakar dengan suhu 160 selama 12-15 minit  (saya bakar 18minit) atau sehingga rangup.