Sunday, June 28, 2015

Syawal terakhir... ( Khas untuk Zulfakar dan Azwa)

Ramadan 1436 Ramadan hari ke 20. Balik dari kerja si isteri begitu beria2 memasakkn juadah kegemaran si suami. Jam 7 malam semua juadah telah siap dimasak. Maka dia dan ank kecilnya duduk menunggu ketibaan si suami. Lama telah dinanti kedatangan si suami tercinta. Dari ramadan pertama hingga hari ini. Azan berkumandang, si kecil segera mengangkat tangan berdoa sebaik melihat ibunya berbuat demikian. Si ibu menjamah kurma pembuka puasa sambil disuap ke dalam mulut anak perempuannya yang berusia 2 tahun. Jam menunjukkan jam 7.30 malam namun orang yg ditunggu tidak kunjung tiba. Berbuka puasalah dua beranak itu tanpa si suami. Walau hampa di hati si isteri namun ucapan syukur pada Allah atas nikmat berbuka pd hari ini. Nun di sebuah restoran steamboat, sepasang kekasih sejoli sedang gembira berbuka puasa dengan juadah yang enak. Dua kali sejak ramadan pertama si lelaki gigih memandu dr KL ke Ipoh Perak hanya semata-mata utk berbuka puasa bersama si kekasih hati itu. Syawal 25 Hatinya sangat teruja menunggu ketibaan si suami dan ingin menghadiahkan buah tangan kek lapis Sarawak berperisa pandan keju kepada madunya.Sedang dia membakar lapisan yang ke-5 telefon bimbitnya berdering. Segera diangkat. Si isteri menangis pilu...terasa ibarat batu yang berat menghempas ke kepalanya. Kek lapis yang dibakar khas untuk kakak madunya telah lama hangus dalam ketuhar. 10 minit tadi dia mendapat panggilan telefon dari perempuan bernama Azwa. Pertanyaan pertama perempuan itu adalah " Betul ker kak fida dah diceraikan abg Zul?" Allahuakbar. Terkedu dan terkejut.Baru semalam si suami menghantarnya ke HKL dan berbual-bual seperti biasa. Seperti tiada apa-apa yang berlaku. Mereka berbual riang dan mesra. Cuma satu yang kelihatan janggal, si suami enggan menjenguk anak di rumah pengasuh dengan alasan perlu segera balik ke rumah isteri pertama. Hakikatnya si suami bergegas memandu ke Ipoh untuk bertemu si kekasih hati. Pertanyaan demi pertanyaan di kirim si isteri bertanyakan apa sebenarnya yang berlaku antara si suami dan perempuan bernama Azwa. Pesanan dihantar melalui aplikasi 'wassup' dan sistem pesanan ringkas namun si suami tidak membalasnya. Hancur luluh hati si isteri setia yang sangat penyabar dan cekal melalui hari-hari tanpa suami sejak 3 tahun yang lalu. Walau pun haknya dinafikan sekian lama namun dia adalah isteri yang tetap tabah dan setia berkhidmat untuk suami tercinta. Akhirnya dari kakak madu dia mendapat kesahihan yang dia akan diceraikan oleh si suami. Alasananya kerana tiada cinta lagi...hakikatnya ialah untuk memudahkan si suami memohon kebenaran dari mahkamah untuk bernikah dengan perempuan bernama Azwa sebagai isteri ke-2 menggantikannya. Malam Syawal yang hening dia bermunajat padaNya...merintih dan merayu...memohon petunjuk, istikharah dan ketabahan melalui sebarang kebarangkalian yang akan dihadapinya bersama anak kecil yang tidak berdosa itu. Di tempat kerja dia seperti biasa. Bersemangat, ceria dan mesra dengan rakan sekerja dan para pelajarnya. Namun jauh disudut hatinya dia menangis, meraung hiba hanya Allah yang mengetahuinya. Tidak sedikit pun riak wajahnya kesedihan dan tiada siapa menghidu gelora hatinya. Syawal 30 - Syawal terakhir 1436 Rabu 6 petang Si isteri baru sahaja selesai menunaikan solat asar apabila dia terdengar telefon bimbitnya berdering. Dilihatnya ada pesanan dari aplikasi 'wassup'. Segera dibuka dan membaca pesanan itu. Bergetar hatinya, terketar tangannya, dan setitik demi setitik air mata jatuh membasahi telekung. Berkali-kali dia membaca apa yang tertulis dalam telefon bimbitnya itu. Dia berharap ianya suatu gurauan dari si suami. Talak satu telah dijatuhkan padanya oleh si suami yang sedang mengikut nafsu dan kemaruk mengejar cinta dari seorang perempuan cantik bernama Azwa. Tanpa sebab tanpa lafaz, dia dijatuhkan talak. Petang Syawal terakhir 1436 itu akan kekal terpahat di benak sanubarinya...

No comments: