Monday, September 19, 2011

Time flies so fast!

Well...tday i called it 'D Marathon Meeting Day'. Bermula dgn meeting takwim sekolah utk next year frm 12.30 pm untill 3.15pm! Gosh, perut sy berkeroncong minta disi selepas mtg petang td..pastuh sambung plak dgn mtg my school prefect until almost 5.30 pm! Telefon dh berdering2 hb call tp sy silence mode dan terlupa plak nk vibrate tepon tuh huhu...mr.hb risau mn plak sy g tak pick-up the call huhu ;) Sy slh seorg guru penasihat Lembaga Pengawas sek so kenalah bersama rakan sekerja memantau ahli lembaga pengawas yg baru (2012). Mereka baru dilantik dua minggu lepas. Sampai rumah dah kui 6 ptg n perut mula terasa dh masuk angin. **sigh** ksian bb pun lapar agaknyer huhu...nk uat camner jadual sy hari nie very tigh n mmg takder masa nk lunch :(( (kalau Doc taw sure sy kena marah sbb dia kata sy kena jaga penyakit gastric sy..) alhamdulillah tak sampai kena gastric..time puasa arituh mmg tak kena penyakit nie. Syukur byk2..

Sebenarnya dh byk resepi tersimpan dlm lappy tak sempat2 nk masukkan dlm blog nie. So mlm nie nk masukkan resepi Apam Polkadot yg slalu di msk dikalangan food blogger. Rupanya mmg mudah nk buat apam nie. Dahla rupanya sgt cute rasanya pun sedap. Enak dimkn waktu minum petang bersama minuman kegemaran.

Sy gunakan filling strawberry sbg intinya.



Apam polkadot sedang dikukus...

APAM POLKADOT @ DOT2


Bahan-bahan ( 45 biji Cup Sederhana Besar )
  • 3 biji telur
  • 275 gm tepung gandum*
  • 3 sudu teh baking powder* (diayak bersama tepung gandum)
  • 150gm susu segar (fresh milk) . Boleh juga ganti dgn susu sejat
  • 1 sudu teh ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna & Esen Vanilla
  • 200 gm gula halus (boleh kurangkan jika tak suka manis)
Cara-cara
  1. Pukul telur dan gula hingga kembang dgn kelajuan maxima selama 10 minit. Masukkan susu BERSELANGSELI dengan tepung sedikit demi sedikit sambil pukul perlahan dengan mixer. Tambah esen vanilla & Ovallette ,pukul lagi sehingga sebati dan nampak adunan akan berubah texture menjadi gebu . Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ,titiskan pewarna mengikut citarasa.
2.      Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  1. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang. Saya guna acuan tart , kawan saya guna acuan apam..boleh je mana2..asalkan berlapik
  2. Picitkan blueberry filling secukupnya.Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan
  3. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit
  4. Jangan buka api besar semasa mengukus. Nanti merekah
  5. Boleh tukar filling (inti) apam ni dengan inti pilihan contoh : sekaya, strawberry, jem, peanut butter, coklat, orange filling dan apa2 yg anda suka.


No comments: