Saturday, June 9, 2012

The best recipe of carrot cake

Sepatutnya dah lama sy masukkan N3 ttg resepi kek lobak ini. Tp waktu bercuti di kg sy tak bwk blk lappy sy. Semua gambar ada dlm tu. So sebaik shj blk ke KL sy masukkanlah N3 ttg resepi kek lobak yg sy sangat suka ini. Sy buat versi cuppies utk sambutan Hari Guru. Kek ini ditempah oleh student kelas sy kerana mereka ingin menghadiahkannya pd guru-guru subjek yg mengajar kelas sy itu.



Pendapat sy kek ini sesuai utk penggemar kek yg berstruktur span atau chiffon. Kek lobak ini tidaklah terlalu lembab seperti resepi-resepi kek carrot yg lain. Memang enak dimakan bersama topping krim keju.

Topping cream cheese tu sy hias dgn kepingan coconut flake dan homemade chocolate sy sendiri ;)


Cupcake carrot sy siap di packing dlm bekas yg cantik. So topping yg cantik tu takler terjejas ;)


Carrot cake
(Anggaran utk 22 cuppies. Mangkuk kertas saiz L )

Bahan-bahan:

Bahan A:
250 gm tepung kek
1 1/2 sdt baking soda
1/4 sdt serbuk kayu manis

Bahan B:
4 kuning telur
140 gm gula perang
160 gm gula kastor
1 1/2 cawan minyak jagung (sy guna mazola)

Bahan C:
1 cawan parutan lobak
1 cawan kacang pecan/walnut yg dicincang kasar)
1/2 cawan kelapa kering
1/2 cawan nenas kiub yang dicincang kasar

Bahan D:
4 putih telur

Cara membuat:
1-Panaskan ketuhar pd suhu 170'C
2-Ayakkan bersama semua bahan A-ketepikan
3-Pukul semua bahan B hingga sebati
4-Masukkan sedikit-sedikit bahan D dan gaul sebati
5-Masukkan bahan A dan putar hingga semua bahan sebati-Ketepikan seketika
6-Putar putih telur hingga bertanduk
7-Ambil 1/4 putih telur dan masukkan ke dalam bahan-bahan A,B dan C tadi. Gaul secara kaup balik
8-Ambil baki telur putih dan kaup balikkan sekadar semua bahan jd serata. Jangan terlebih kacau kerana ia menyebabkan kek byk lubang udara.
9-Masukkan adunan ke dalam mangkuk kertas. Untuk mangkuk kertas yg nipis ia perlu diletakkan dalam loyang cupcake semasa dibakar.Jika cawan kertas yg tebal tidak perlu menggunakan loyang tersebut.
10-Bakar selama 20-25 minit atau sehingga masak (untuk menguji kek jika tiada lidi pencucuk kek, kita boleh tekan dgn jari pd permukaan kek. Jika ia anjal kembali bermakna kek telah pun masak)


No comments: