Monday, November 21, 2011

Caramel Bread Puding With Custard Sauce

Cuti sekolah hujung tahun dah pon bermula. Sehari sebelum sek tutup sekolah sy mengadakan annual dinner utk academic n non-academic staff di Royal Lake Club. Sy enjoy mkn ala buffet masa dinner tu. Menu bg sy walaupon tak pelbagai sgt tp oklah ada tosay,beef steak,salad,nasi kerabu dan lauk pauk ala indian style. Teringat2 plak dessert bread puding yg enak semasa dinner tempoh hari. So weekend lepas sy pn buatlah bread puding for the first time! ;) slalu dgr org kata mudah jer buat resepi nie. Jika di rumah kita ada roti yg terbiar atas meja tuh tak habis n expired mcm tu jer lbh baik kita buatkn bread puding :) dessert nie sesuai utk minum pagi dan petang. Jika mkn panas2 lebih enak lg ;)



Sy surf punya surf kt tenet nie jumpalah satu resepi dari Yani di myresepi. Nmpk menarik hasil dr review frm rakan2 yg telah mencubanya. So sy pun trylah buat n hasilnya mmg enak! worth it! ;) Jika kurang suka manis bole kurangkan gula. Resepi asal tdk ada sos kastard ttp sy tambahkn sendiri sbb rasanya bertambah enak dgn sos kastard nie.

Fresh flower on sunday morning...i loikee it!


En.HB mkn sampai 2 potong, sy taknk dia mkn byk2 sebab dessert nie manis n kolestrol pon byk sbb ada telur huhu..tp cik abg nmpknya suka bread puding nie *sigh*

Selalu ckp dgn Mr.HB bila nk bg sy sejambak fresh flower?? hb akn reply baik bg coklat bole mkn dear ;)...hm... (" ,)>



Resepi Butter Bread Puding (adaptasi dr Yani myresepi)

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • *Karamel*
  • 1/2 cawan gula
  • 2 sudu besar air
  • 2 sudu besar air suam
  • ---------------------------------------
  • 3 keping roti
  • sedikit butter
  • 4 biji telur
  • 600ml susu cair/susu segar
  • 8 sudu besar gula halus
  • sedikit esen vanila
  • sedikit kismis(optional)

Cara-cara

  1. Sapukan acuan dengan butter. Panaskan oven hingga suhu 180C
  2. Sapukan roti dengan butter. Kemudian toast roti selama 3-4 minit. Potong roti sebesar 1-2cm. Ketepikan.
  3. Sediakan karamel. Masukkan gula dan 2 sudu besar air ke dalam periuk. Panaskan sehingga perang. Kemudian tutup api dan tambahkan 2 sudu besar air suam. Masukkan karamel ni ke dalam acuan yang telah disapu dengan butter tadi. TIP: Masa mula-mula panas gula tu jangan kacau sehinggalah gula nampak perang. Lepas tu bolehlah dikacau sehingga warna perang yg diinginkan.
  4. Dalam bekas lain, masukkan telur, gula, esen vanila dan susu sambil dikacau. Masuk bahan-bahan ikut urutan supaya senang nak sebati. Kemudian tapiskan sebatian ini ke dalam acuan yang ada karamel tadi.
  5. Letakkan kepingan roti yang dah di toast tadi dan juga kismis ke dlm no.4.
  6. Bakar acuan itu secara bain marie (dulang kek diletakkn dlm bekas yg berisi air) dan bakar selama 40-45 minit.

Sos kastard


Resepi sos kastard
Bahan-bahan:
1 tin susu cair
1 tin air
4 sudu tepung kastard
gula secukup rasa (fida letak 6 sudu besar gula)
secubit garam

Cara membuat:
1- Campurkan susu,gula, tepung kastard,garam dan air dalam periuk.
2- Sambil jerang atas api yg kecil kacaukan bancuhan tersebut sehingga menjadi sedikit pekat. Jgn biarkn atas periuk mesti selalu kacau.
3-Apabila telah pekat, angkat dan sejukkan.



No comments: