Tuesday, November 8, 2011

Moist Orange Mocha brownies

Sy belum pernah memasukkan N3 utk resepi brownies. Jadi kali ini sy akan kongsikan satu resepi my favorite brownies yg kaya dgn rasa coklat, orange n sedikit perasa mocha. Tekstur brownies yg lembut mmg enak apatah lagi jika dimkn bersama coklat ganache n ice-cream!
My nephew Fateh sgt gemarkan brownies ini. Si kecil Fateh bila mkn brownies nie mesti nak lagi dan lagi dan lagi hehehe...
Pendapat sy, brownies adalah satu resepi kek yg sgt mudah cara membuatnya. Kita tidak perlu risau bila brownies naik mengelembung kemudain turun semula setelah dikeluarkan dr oven. Kita juga tdk perlu rungsing jika permukaan brownies merekah kerana mmg kejadian brownies begitu. Brownies juga tidak perlu diputar lama. So apa lagi rakan2 blogger, mari kita buat brownies yg mudah ini utk santapan family atau temau yg bertandang.



My nephew Fateh. He love the brownies so much ;)


MOIST ORANGE MOCHA BROWNIES
sumber : kak Nor Secubit Garam

Bahan A :
1 cawan butter cair / minyak masak
1 cawan susu cair
2 cawan gula perang
1 cawan air panas
1/2 - 1 sudu kecil nescafe - bancuh dengan air panas diatas
2 - 3 sudu besar sunquick orange

Bahan B : (kacau rata) - guna whisk
1 sudu kecil esen vanilla
2 biji telur gred B

Bahan C : ( ayakkan )
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara - cara :
Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
Kacau bahan A supaya sebati.
Masukkan bahan B dan kacau rata.
Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.
Bakar selama 45 - 50 minit.
Sejukkan kek dan salutkan dengan topping coklat.

Chocolate Topping
250 gm coklat masakan-(Ayu gunakan milk chocolate)
1 sudu besar butter
1 sudu kecil susu cair-(Ayu gunaakn 4 sudu kecil)

Cara-cara untuk topping :
Panaskan coklat dalam periuk / bekas secara double boil.
Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter. Kacau sebati.
Masukkan susu cair dan kacau lagi.
Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan.




No comments: