Monday, November 21, 2011

Masak lemak pucuk paku tempoyak berudang

Haih time preggy mcm2 la tekak nk mkn. Kalo kt kg tentu mak jd mangsanya kena mskkn utk sy (bila lg nk bermanja dgn mak kan huhu..) Sy slalu belanja brg2 basah di pasar belakang umah. Semuanya lengkap kt situ. Baru sethn kompleks komuniti tu dibina dan pasar lama telah berpindah ke situ. Jd mudahlah penghuni yg menetap di kwsn umah flat n apartment yg berhampiran nak bershopping di pasar basah sbb mmg sgt dekat. 2-3 minggu lepas sy dok mencari tempoyak kt gerai makcik yg slalu jual ulam2,telur itik dll. Sy tanya tempoyak makcik tu kata.." lahai.. tak ada musim skrg nie nak...." Hm sy frust, huhu...encik abg kata kt pasar Chow Kit maybe ada. Tp sy kata takperla nnt kalo ada rezeki adalah tempoyak tuh. Mmg rezeki sy, baru2 nie mcik gerai tu simpankn tempoyak khas utk sy. Agaknya dia ksian tgk sy mak buyung teringin nk mkn tempoyak hehe...alhamdulillah tertunai gak hajat di hati nk mkn msk lemak pucuk paku tempoyak berudang. Sy kalo dh dpt mkn tu puas hatilah n tak adalah msk slalu menu nie. Tp encik abg mmg suka msk yg mcm nie. maklumlah org nogori lah katakan. Cuma sy taknk biasakan sbb kolestrol yg tinggi tak elok utk kesihatan dia....Moralnya  bila  mkn nie nk kena beringat gak...makan berpada2...makan untuk hidup bukan hidup untuk makan hehe...   ;)

Kalau ada udang galah lagi best! hehehe....


MASAK LEMAK PUCUK PAKU TEMPOYAK BERUDANG

BAHAN:
1 ikat pucuk paku
udang secukupnya
1 santan cair
2 cawan santan pekat
4 ulas bwg merah*
2 ulas bwg putih*
2 batang serai*
10 biji cili padi (tak suka pedas kurangkan)*
segenggam ikn bilis*
1 sdb serbuk kunyit
2 sdb tempoyak
garam,gula dan asam gelugur secukup rasa

Cara membuat:
1- Tumbuk kasar semua bahan yg bertanda *
2-Campurkan santan cair dgn bhn2 yg ditumbuk dan juga udang ke dalam periuk
3-Masukkan pula tempoyak, asam gelugur, garam dan gula. Masak hingga mendidih.
4-Masukkan santan pekat dan pucuk paku, sentiasa kacau utk elakkan santan pecah.
5-Apabila hampir mendidih tutup api dan bolehla dihidangkan bersama nasi panas,sambal belacan dan ulaman.


No comments: