Monday, September 26, 2011

It's so pretty!

Alhamdulillah bersyukur dgn apa yg Allah kurniakn dlm hidup ini. Biar sederhana tp hati gembira dgn keluarga tersyg dan aktiviti yg sy lakukan. Sementara enjoy my 2nd trimester pregnancy nie hobi memasak tdk pernah luntur. Malah makin menjd2 especially bila tgk blogger2 yg lain menghasilkn hidangan yg lazat dan menarik!
Entry lepas sy masukkn resepi chiffon cake yg sy buat utk Aishah dan family yg dtg berhari raya semlm. Di samping dessert tersebut ada satu lagi pencuci mulut yg berjaya sy buat utk hidangan tetamu istimewa tersebut. Dessert yg dimaksudkan ialah kek karamel pelangi. Kejadian kek ini mmg cantik dgn warna-warni pelangi. Rasanya seakan kek span tetapi lembut diatasnya dgn karamel. Mmg puas hati bila berjaya membakar kek ini. It's so pretty! Nak mkn pun rasa syg! ;-P

Mr.Hb kata cantiknyer kek nie mcm pelangi! Hehe..bkn sekadar cntik rupa, rasa kek ini pun awesome taw :)


Kek Karamel Pelangi

Kek Karamel Pelangi (Resepi dari blog Masam Manis Azlita)
Bahan-bahan:
Gula Hangus
2 sudu besar gula pasir
-Sediakan loyang 8 inc.
-Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
-Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
-Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
Ketepikan



Bahan Karemel
1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

-Kacau susu dan gula hingga gula larut.
-Kacau telur dan esen perlahan.
-Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
-Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
-Ketepikan.
-Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
-(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )
Bahan-bahan kek:
Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak
1-Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
2-Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder


1-Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
2-Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
3-Ketepikan.
Merinque 
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2




-Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
-Pukul putih telur hingga berbuih
3-Masukkan gula dan cream of tartar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
4-Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
5-Gaul rata secara kaup balik
-Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga  bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

Teknik mencorak pelangi:
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan hijau, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan hijau (on top). Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan oren di tengah-tengah lapisan pink.Adunan tidak perlu kita kacau cuz ia akan bergerak sendiri ke tepi2 loyang.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.



Panaskan oven terlebih dahulu. Sy panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven sy tukar pada suhu 160C
Gunakan api bawah sahaja.


Kaedah Steam Bath Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.

No comments: