Tuesday, May 28, 2013

Pemandu teksi,doktor dan saya.

Suatu hari saya berbual dengan seorang pemandu teksi.

Pakcik teksi: Pakcik tadi taknk amek penumpang tapi kebetulan tadi masa turunkan passenger tu kamu menahan teksi pakcik. Ksian plak dengan ank kecil kamu tuh pakcik ameklah.

Saya: Naseb baik pakcik nak amek. Susah nak dapatkan teksi kat situ. Saya nie terpaksa ke sana sebab nak mencari sebuah buku kat kedai yang ada dalam shopping kompleks tu. Terima kasihla pakcik nak amek saya sebagai penumpang. 

Terharu plak saya mendengar pengakuan pakcik driver teksi tu. Orangnya berwajah jernih,berkupiah putih dan nampak ketenangannya.

Pakcik teksi: Mana suaminya tak ada? Maaflah pakcik bertanya.

Saya: Erm..dia tak ada.... Balas saya perlahan.

Pakcik teksi: Oh yerker..Pakcik nie tadi nak balik rumah sebab tu rancangnya taknk amek penumpang.

Saya: Pakcik tinggal di mana?

Pakcik teksi: Pakcik dok kat Bangi. Orang rumah pakcik kijer kat Kajang. Pakcik nie dah pencen tu yang isi masa lapang dengan bawak teksi nie. Orang rumah pakcik jururawat kat spital Kajang. Pakcik nie pon dulu orang spital gak. Ujar pakcik teksi tu sambil ketawa kecil.

Saya: Oh yerker. Adik saya pun jururawat dan adik ipar plak Medical assistant (MA). Pakcik dulu kat spital mana? Tanya saya lagi.

Pakcik teksi: Pakcik dulu bertugas kat banyak hospital. Last2 bila orang rumah dapat kat Kajang, pakcik kat HKL pastu beli rumah kat bangi tu yang terus menetap kat sana. 

Saya: Ohw...adik saya kat hospital Muar dan Batu Pahat.

Pakcik teksi: Eh dulu pakcik pernah bertugas kat hospital Batu Pahat. Sapa name adik kamu tu? Kot2lah pakcik kenal dia. Ternyata pakcik driver teksi nie teruja apabila saya memberitahu yang adik saya bertugas di hospital Batu Pahat.

Saya: Azhar...Pakcik kenal ker?

Pakcik teksi: Hurm..rasa-rasa tak kenal sebab pakcik last kat sana tahun 2004. Sambil menggelengkan kepalanya.

Saya: Btola tu sebab adik saya bertugas tahun 2006.

Kami terus rancak berbual sambil teksi bergerak laju menuju ke destinasi. Saya amat tertarik dengan cerita pakcik itu tentang keluarganya.

Tiba-tiba Qaseh merenggek sebab waktu dia nak tido. Sedang saya memujuk-mujuk Qaseh apabila pakcik mencelah.

Pakcik teksi: Berapa umur anak tu? Teringat plak pakcik kat cucu pakcik. Seorang anak pakcik dah kawen dan ada sorang anak. Nak jaga anak2 nie kena ada ilmu. Yang paling penting asasnya ialah agama. Anak-anak pakcik semua pakcik didik dengan tegas tapi berhemah dan penuh kelembutan. Alhamdulillah pakcik ada 4 anak, dan semua mengambil kursus perubatan. Yang sulung kakaknya tu dah jadi doktor kat hospital Ampang dan sedang sambung blajar lagi.

Saya: Ya Allah..syukurnya..bagusnya pakcik...Dalam hati saya terbit rasa ingin tahu bagaimana pakcik ini berjaya membentuk anak-anaknya.

Pakcik: Itulah alhamdulillah...mengikut jejak mak ayah diorang kerja kat hospital .
Selorah pakcik lagi.
Kalau ikutkan anak-anak taknk pakcik bawak teksi nak pakcik berehat tapi pakcik nie jenis orang tak bole duduk diam. Tu yang bawak teksi. Pakcik bawak pon taklah beria sangat. Sekadar mengisi masa sebab orang rumah pon masih bekerja bosan plak dok umah.

Saya: Saya teringin nak anak saya berjaya macam anak-anak pakcik. Bole pakcik citer mcmana pakcik didik anak-anak tu?

Destinasi saya kian hampir. Dalam hati saya nak jer berbual lebih lanjut dengan pakcik teksi ni. Tapi masa tak mengizinkan plak.

Saya: Pakcik nanti berhentikan saya selepas lampu isyarat tu ya.

Pakcik teksi: Ok kat bangunan biru tu yer? Pakcik nak pesanlah kamu jaga agama maksudnya pendidikan agama jangan diabaikan. Ajar anak solat, mengaji dan hormat orang tua. Selain tu kamu amalkan surah Taha bagi melembutkan hati anak. Pakcik amalkan surah tu alhamdulillah anak-anak dengar kata dan berjaya. Pesan pakcik driver teksi tu sebelum dia menurunkan saya.

Saya: Terima kasih pakcik, in sha Allah saya akn amalkan. Mudah-mudahan anak saya nie akn berjaya mcm anak-anak pakcik. Tutur saya.

Pakcik tersenyum dan mengucapkan Insha Allah dan teksinya pergi meninggalkan kami berdua yang masih ada perjalanan yang jauh lagi meniti kehidupan ini...

Jauh di sudut hati saya terbit rasa kagum pada pakcik teksi tu. Orangnya sederhana, tapi siapa sangka di sebalik kesederhanaannya itu dia adalah bapa yang berjaya membentuk keempat-empat anaknya agar berjaya dalam pelajaran. Mungkin kejayaan anak-anaknya itu adalah berkat keikhlasan pakcik tu bekerja di hospital dulu. Ya, memang benarlah bahawa setiap perbuatan kita nie ada kesannya pada diri,keluarga dan anak-anak kelak. Untuk mendapatkan keberkatan hidup, ia datang dari kerja yang ikhlas, banyak membantu orang susah dan yang paling penting sumber yang halal. Biar kita tak kaya dan mewah mana tapi rezeki yang datang tu ada keberkatan dalam hidup, insha Allah.

Ya Allah, Engkau permudahkanlah perjalan kami berdua.., Engkau lembutkanlah hati anak ku ini agar dia menjadi anak solehah yang berjaya dunia dan akhirat...amin.


No comments: