Thursday, October 6, 2011

Eh, ZEBRA!

Hye , lately Fida bz sgt dgn tugasan sekolah. Maklumlah dh nk hujung thn mcm2 kena buat dan sediakan sebelum bercuti panjang. Tp mak Buyung ni menyempat gak baking dlm busy dia huhu ;PP suami  geleng kepala jerla tgk hobi sy yg satu nie..
Sy sgt teruja utk mencuba lagi buat kek yg berbelang sprt kek karamel dlm N3 yg lepas. Tgk resepi kek coklat pisang marble dr kak Azlita mcm menarik lalu sy mencubanya last weekend. Alhamdulillah kek itu menjadi dan rasanya sgt lembut, tidak kering (sprt lembab mcm kek chiffon) dan coraknya yg cantik mcm kuda belang Zebra kata En.HB ehek ;P

Cantik mcm belang ZEBRA! ;))


Harum semerbak bau kek ini dgn aroma pisang bercampur coklat. YuMMy!
Utk mengelakkan kek mendap, sebaik shj keluar dr ketuhar biar 10 minit kemudian terbalikkan atas jaringan penyejuk dan biar kek sejuk dlm keadaan terbalik.
 
Sy curahkan chocolate ganache sbg topping kek ini. Pergh, mmg lazat!n (^-^)v


Kek Marble Coklat Pisang
(Loyang 10x10 inch)
Bahan2:                          
250 gm pisang – dilecek@kisar
250 gm tepung kek
1 sdt baking powder
200 gm gula kastor
6 biji telur
1 sdb ovellette
2 sdb susu pekat
50 gm susu fresh milk @susu cair
90 gm minyak
1 sdb choc emulco (sy gantikan dgn 2 sdb serbuk koko)
1 sdk esen pisang

KAEDAH:
1-      Alas loyang dgn kertas minyak dan lenserkan mentega. Panaskan oven pada suhu 170’C
2-      Lenyek/kisar pisang hingga halus – ketepikan
3-      Dalam mixer satukan tepung (baking powder tlh diayak bersama),gula,telur,ovellette,susu pekat,dan susu cair. Putar hingga semuanya sebati dan bertukar warna pucat.
4-      Masukkan pisang lenyek dan esen pisang. Putar perlahan hingga sebati.
5-      Masukkan minyak, dan gaul dgn spatula hingga adunan rata dan sebati.
6-      Bahagikan adunan kepada dua bahagian. 1 bhgn letak coklat emulco atau serbuk koko, manakala satu bhgn lagi biarkan pada warna asal.
7-      CARA MEMBUAT CORAK:-
-          Letakkan 3 sdb aduanan asal di tengah2 loyang.
-          Kemudian diatas adunan asal letakkan 3 sdb adunan coklat. Adunan akn bergerak sendiri ke tepi Loyang jd jgn dikacau biarkan shj.
-          Ulangi proses ini sehingga ¾ Loyang.
-          Selepas itu kurangkan kepada 2 sdb beberapa kali kemudian bhgn terakhir letakkan 1 sdb shj.
8-      Bakar pada suhu 170’C selama 1 jam sehingga masak.




No comments: