Tuesday, June 28, 2011

Rumpun-rumpun hijau kesayangan saya...

Sy dh lama tak masukkan N3 masakn sebab utk 3 bln nih sy nk berehat jer dulu. Lepas kdgn dh kuat baru sy akn 'panaskan' blk oven kesygan sy tu ;) Hajat di hati nak buatkn kek lapis Sarawak utk rakan sekerja adik yg mengidam di sek tempat dia mengajar. Ksian pula bila dgr kwn adik yg pregnant tu teringin sgt nk mkn kek lapis keju Sarawak sy.. Insya'allah hujung bln 7 nih genap 3 bln sy bolelah mulakan aktiviti baking sy.
Sejak berehat dr aktiviti baking nih sy menumpukan pd mini garden sy yg ada di balkoni rumah. Wah, sangat hapi bila melihat ada dua pokok Orkid yg bercambah dgn tunas yg baru. Alhamdulillah...maknanya akan ada musim bunga lagi untuk Orkid2 kesygan sy itu. Bila ada tunas baru akan menghasilkan dahan baru dan bunga yg baru :)) Hubby pun seronok jer tgk pokok2 yg dia hadiahkan itu hidup subur.

Kalau pokok2 itu mati sy pun akan sedih sebab itu pemberian hubby, jd seolah2 sy tidak menghargai pokok2 itu. Setiap pagi sebelum ke sekolah sy akan 'berbual2' dulu dgn pokok2 kesyg sy itu. Bila petang2 takder apa2 nk buat sy belek2 dan sembang2 lg dgn pokok2 tuh hehehe...sebenarnya ia satu terapi utk ketenangan minda juga. Arwah nenek sy mcm itulah. Sering berckp2 dgn pokok2 yg ditanamnya. Mmg tgn arwah nenek kata org tua2  'sejuk'. Setiap bunga yg arwah tanam hidup subur dan bunganya gemuk2 belaka. Sylah cucunya yg nakal suka memetik bunga2 tersebut ;P Ayah sy juga mengikut jejak arwah nenek. Kalau tanam pokok2 mesti menjadi. Di kg, sy ada belikan 4 pasu Orkid dan minta ayah tlg jagakan. mmg hidup subur pokok2 Orkid tuh.

Ini pokok ati2 yg sy beli di Carefour. Skrg makin subur dan sy terpaksa mencari pasu yg lebih besar utk pokok ini. Sy sukakan daunnya yg unik dan cantik itu ;)


Inilah tunas baru utk pokok Orkid sy :)

Tunas yg baru ibarat satu kehidupan yg baru...

Yg ini tanaman renek sy. Suka dgn warna2 daun pd pokok ati2 ini. Mula2 beli daunnya kecil shj, lama-kelamaan menjadi subur dan daunnya bertambah banyak.



No comments: